10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu! - sayidahnapisahdotcom 10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
LightBlog

10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Koleksi 10 Petua Di Dapur | Walaupun saya ni tak rajin memasak di dapur (sebab umi dah masak hahaha) & tak expert dalam memasak.. tapi saya suka ambil tahu ilmu dan petua di dapur. Seronok. Dan at the same time, saya rasa kagum dengan orang pertama yang find out & make all these very useful tips. Sebenarnya orang dulu dulu la yang banyak petua dan pantang larang semua kan. Then, mereka turun temurunkan pada anak anak dan cucu cucu mereka. Sehingga ke generasi sekarang.


10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!


Ada seorang hamba Allah yang baik hati sudi share koleksi petua beliau yang kebanyakkannya memang beliau amalkan dan memang membantu memudahkan kerja beliau. Jom kita tengok petua-petua dapur di bawah, mungkin berguna dalam kehidupan kita sehari-hari. Mana tahu dalam banyak banyak petua ni, ada yang kita tak pernah dengar kan. We can lean it and use it for our own good.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!

KOLEKSI 10 PETUA DI DAPUR


1. Cara Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lebih Lama

Tips cili padi tahan lama: buang tangkai dari badan cili. Masukkan dalam satu bekas yang dialas dengan tisu. Kemudian, letak seulas bawang putih yang dah siap dikupas.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
2. Cara Supaya Tauhu Tidak Melekat di Kuali

Seperti yang kita maklum, tauhu adalah sejenis sayur yang lembuh dan 'rapuh'. Jika digoreng, tauhu akan melekat di dasar kuali.

So, cara untuk mengelakkan tauhu dari melekat, taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
3. Tips Cili Kering Kisar Tahan Lebih Lama

Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar berkulat dengan cepat, kisarkan cili dengan sedikit minyak masak. Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya.

Sejukkan. Simpan dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
4. Kentang

Mencuci kentang sebelum menyimpannya boleh membuat kentang menjadi lembap dan mudah ditumbuhi bakteria hingga ia cepat rosak.

Selain itu, mungkin ramai tak tahu bahawa kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pertumbuhan tunas.

Seperkara lagi, elakkan menyimpan kentang dengan bawang kerana jika disimpan berdekatan, gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
5. Taugeh

Tauge mudah layu jika dibiarkan terlalu lama. Warnanya akan menjadi coklat dan lembik hanya dalam beberapa hari jika tidak disimpan dengan betul.

Untuk panjangkan jangka hayatnya, kita boleh menyimpannya dalam sebuah bekas berisi air dan dicampur dengan jus lemon.

Tauge akan tahan segar dan rangup sehingga sekurang-kurangnya seminggu.

Kalau tak ada lemon, boleh gantikan dengan sedikit garam.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
6. Sayuran Hijau

Sayur berdaun boleh tahan lebih lama jika balut dengan tisu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik ziplock.

Apabila dalam peti sejuk, ia melindungi sayur daripada lecur atau layu.

Satu lagi cara adalah dengan merendam sayuran di dalam air garam selama 2-3 minit. Kemudian, toskan airnya dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam perti sejuk.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
7. Cara Hilangkan Pahit Peria

Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
8. Tips Mudah Kupas Kerang

Caranya ialah apabila merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan mengupas/membuka kerang itu.

Selalynya tidak semua kerang terbuka kulitnya walaupun dah direbus lama.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
9. Santan/ Kelapa Parut

Masukkan sedikit garam kasar ke dalam santan dan kacau rata. Simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih yang berikat dalam bahagian beku (freezer) tanpa garam.

Bagi kelapa parut juga boleh menggunakan cara yang sama. Atau, ada cara yang lebih comel dan praktikal - gumpalkan kepada bebola seperti dalam gambar. Boleh tambah sedikit air kalau terlalu kering. Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam freezer. Boleh tahan sampai 2-3 bulan.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
10. Cara Hilangkan Pijar Tangan

Lumurkan garam/ gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.

Atau, boleh juga ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam/gula. Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda.
10 Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Petua Di Dapur yang Mungkin Anda Tak Tahu!
Sumber : Shakina Ismail‎

Secara jujurnya, antara 10 petua ini, saya tahu dan familiar dengan petua no.1 sahaja. Yang lain first time tahu haha.

Korang pula? :)


Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p