Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) & Nota Kursus Haji [FULL] - sayidahnapisahdotcom Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) & Nota Kursus Haji [FULL]
LightBlog

Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) & Nota Kursus Haji [FULL]

Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) Seluruh Negeri di Malaysia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Semalam, umi minta saya cari di Internet bilakah Tabung Haji buat kursus haji 2019 di Seremban. Umi nak join. Nak buat persediaan katanya. Saya pun check it out le. Search kat google "tabung haji kursus haji seremban", tapi tak keluar apa yang saya nak. Then, taip pula keyword "tabung haji" dengan harapan akan muncul lah page tabung haji yang ada kaitan dengan jadual kursus haji 2019 tapi... TAKDE JUGA! GRRRR. Yang saya jumpa semua jadual yang lama. Tarikh 2016, 2017 haih sabo jela. Then, for the last time. Search lagi, taip "tarikh kursus haji 2019". Fuhhh FINALLY! Jumpa juga the real and the latest jadual kursus asas haji 2019 (dan hujung tahun 2018). Complete sekali dengan hari, tarikh, masa dan lokasi masjid nya. Alhamdulillah~!

For those yang sedang mencari juga (untuk diri sendiri, mak ayah, pakcik makcik or atuk nenek) & berminat mahu turut menyertai kursus haji pada akhir tahun 2018 dan awal 2019 tahun depan, bawah ni ada jadual kursus haji di setiap Negeri.


Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) Tarikh dan Lokasi Seluruh Negeri


Muat turun Jadual Kursus Asas Haji (KAH) (details including daerah, hari, tarikh, masa dan lokasi/ tempat kursus) bagi Negeri:

Terengganu (Kemaskini terkini 5 November 2018) [KURSUS ASAS HAJI TERENGGANU MUSIM HAJI 1440H/2019M]

Negeri Sembilan (Kemaskini terkini 26 Oktober 2018) [LOKASI KURSUS ASAS HAJI 1440H/ 2019M]
Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) & Nota Kursus Haji [FULL]
Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) Negeri Sembilan
Sabah (Kemaskini terkini 26 Oktober 2018) [NEGERI SABAH KURSUS ASAS HAJI 1439M/ 2018M]

Sarawak (Akan dikemaskini)

Selangor (Kemaskini terkini 1 November 2018) [KURSUS ASAS HAJI NEGERI SELANGOR 1440M/ 2019M]

Labuan (Akan dikemaskini)

Perlis (Akan dikemaskini)

Pulau Pinang (Kemaskini terkini 30 Oktober 2018) [JADUAL KURSUS ASAS HAJI TH NEGERI PULAU PINANG MUSIM HAJI 1440H / 2019M]

Perak (Kemaskini terkini 1 November 2018) [NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KURSUS ASAS HAJI (KAH) 1440H/2019M]

Pahang (Akan dikemaskini)

Putrajaya (Akan dikemaskini)

Kedah (Kemaskini terkini 29 Oktober 2018) [NEGERI KEDAH DARUL AMAN KURSUS ASAS HAJI (KAH) 1440H/2019M]

Kelantan (Kemaskini terkini 31 Oktober 2018) [KURSUS ASAS HAJI NEGERI KELANTAN 1440M/ 2019M]

Kuala Lumpur (Akan dikemaskini)
Melaka (Akan dikemaskini)
Johor (Akan dikemaskini)

MODUL KURSUS ASAS HAJI (KAH) // NOTA KURSUS HAJI

Jadual Kursus Asas Haji 2019 (KAH) & Nota Kursus Haji [FULL]
Nota Kursus Asas Haji [KAH]
Sila klik LINK di bawah untuk download / muat turun nota kursus asas haji:


Dari segi bayaran untuk menghadiri kursus asas haji ini saya tak pasti berapa ringgit. Tak silap saya yuran free sahaja. Percuma. Hanya perlu datang ke lokasi kursus dan mendaftar di Masjid tersebut.

KURSUS HAJI

Kursus Asas Haji (KAH)

Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri). Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Objektif Kursus Asas Haji:
- memberi pendedahan dan panduan ibadat haji dan umrah kepada bakal haji serta perkara berkaitan dengan pengurusan haji dan penjagaan kesihatan
- sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum bakal haji berangkat ke tanah suci
- membantu ke arah mendapat Haji Mabrur

Kursus Intensif Haji (KIH)

Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun. Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulang kaji ibadat.

Modul juga merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

Kursus Khas Haji (KKH)

Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.

Kursus Perdana Haji

Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal di setiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri. Kursus ini diadakan selama 1 hari.

Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus. Hanya bakal jemaah haji yang  terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

p/s: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus haji, sila hubungi THCC di talian 03-6207 1919.

Fully credit to: Lembaga Tabung Haji (TH)

Semoga bermanfaat.

Daaa~ wassalam! :)
Tag: jadual kursus haji 2019 bagi semua negeri malaysia, jadual dan lokasi kursus asas haji 2019 seluruh negeri, jadual kursus asas haji 2019 dan lokasi seluruh negeri, jadual kursus haji 2019 di malaysia, jadual kursus haji terkini 2018 2019, Jadual kursus asas haji 2019, tarikh kursus haji 2019, nota kursus haji, kursus haji bersiri 2019, kursus haji 2019, kursus haji intensif 2018, kursus haji perdana 2019, jadual kursus haji, kursus perdana haji 2019 selangor, tarikh kursus haji 2019, tabung haji kursus haji seremban, panduan haji dan umrah tabung haji, nota kursus haji 2019, jadual kursus haji latest 2019. nota kursus asas haji, nota kursus asas haji kah 2019, kursus haji setiap negeri 2019, persediaan bakal haji,


Post a Comment

2 Comments

  1. semoga kita dipermudahkan dan dipanjangkan usia utk mengerjakan ibadah haji

    ReplyDelete
  2. Mohon izin copy page link. Saya download pdf KAH untuk tugasan kursus. Kena lampirkan rujukan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p