tips kurus: 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu! - sayidahnapisahdotcom tips kurus: 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu!
LightBlog

tips kurus: 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu!

tips kurus | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! One of the azam saya pada awal tahun 2018 dulu dan tahun tahun yang sebelumnya adalah... nak kurus! Tapi.. sampai sekarang tak capai capai lagi. Hahahahhaa. Ni dah makin menghampiri 2019, I will try my best lah to reduce my weight yang sekarang ni I think maybe 60kg kot (which is obese sebab tinggi saya only 147cm sobsob). Dah agak lama tak timbang berat. Dalam rumah pun tak ada penimbang berat hee. So.. kalau kita nak kurus, kena lah kaut sedikit sebanyak ilmu dan tips untuk kurus kan? Kena juga ambil tahu teknik, cara, kaedah, petua, konsep, tips kurus yang betul, mudah dan sihat dari yang pakar.

Kalau tak boleh nak follow semua, istiqamah buat beberapa tips pun dah okay!

Jangan risau, tips kurus bawah ni tak perlukan ubat pun & tak perlu makanan yang mahal mahal. Murah je. Plus, tidak memerlukan peralatan workout di gym atau bahan alatan exercise yang payah untuk keluarkan peluh. Easy peasy jew jika ada disiplin & kemahuan! Cewahh hahaha.


Tips Kurus: 20 Tips Diet Sihat yang Berkesan Menurunkan Berat Badan Sepantas 7 Hari



tips kurus: 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu!
one of tips kurus: elakkan makanan manis/ snek!
Tips 1

Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut, kisar dan tapis untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati.

Anda boleh minum sebanyak 2x/hari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.

Alasannya?
– Lobak & limau nipis mengandungi banyak antioksida di dalamnya. Antioksida ni dapat meneutralkan radikal bebas & seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak dapat disingkirkan dengan mudah.

Tips 2

Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.

Alasannya?
– Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan.

Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

Tips 3

Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.

Alasannya?
– Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian.

Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

Tips 4

Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah: buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, & bijiran penuh.

Alasannya?
– Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tapi kaya dengan diet serat yang diperlukn oleh tubuh setiap hari.

Tips 5

Sediakan buah-buahan & sayuran berwarna hijau, oren & kuning pada waktu makan. Contohnya brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus seperti lemon atau limau. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi & boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Tips 6

Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.

Bagaimana?

Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.

Alasannya?
– Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7

Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal.

Apakah hasilnya?

Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.

Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja.

Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.

Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.

Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perutJadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.

Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari?

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
– Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
– Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.

Tips 9

Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaiki tangga selepas selesai makan.

Alasannya?
– Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.

Tips 10

Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan.

Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yg berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.

Tips 11

Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tips 12

Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.

Tips 13

Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan?

Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.

Tips 14

Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

Tips 15

Gunakan piring makanan yang kecil dan rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang sebegini, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.

Tips 16

Jangan percaya kepada mitos-mitos diet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren.

Sedangkan, (opposite) mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 17

Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkn berat badan.

Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.

Jangan timbang berat badan setiap hari.

Alasannya?
– Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Dicadangkan agar timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tips 18,19 & 20

Buat catatan atau diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, disarankan agar anda memiliki sebuah buku catatan atau diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali & berapa banyak anda makan, tahap kelaparan & perasaan anda ketika makan.

Alasannya?
– Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka pelan diet yang lebih berkesan.
tips kurus: 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu!
tips kurus: 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu!

Jadi, anda rasa anda boleh buat semua ini dengan bersabar?

Keep calm dan selamat mencuba!

BACA JUGA:

Tag: tips kurus, tips nak kurus, tips untuk kurus, cara nak kurus, tips kuruskan badan, cara kurus dalam masa yang singkat, tips diet, cara diet sihat berkesan, 20 cara berkesan turunkan berat badan dalam masa seminggu, tips kurus dalam 7 hari, cara kuruskan badan, tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat, tips kurus sihat, kuruskan badan cara tradisional, cara nak kuruskan badan bagi remaja, cara kuruskan badan dalam seminggu, cara nak kurus dalam masa seminggu, cara untuk kurus dalam masa 3 hari, makanan untuk kuruskan badan


Post a Comment

7 Comments

  1. Tips yang menarik, jom turunkan berat badan sayidah napisah hehe

    ReplyDelete
  2. nak kena try ni! nak kurus sebelum 2019 ehhhhh :p

    ReplyDelete
  3. Mnarik idea ni tapi biasa nya berakhir dengan hangat-hangat tahi ayam ja...Mula2 bermotivasi,bersemangat tinggi nak turun kan berat badan, lama2 semangat tu luntur..Last2 makan ja lebih lepas tu mana tak berat badan makin naik hihi,pengalaman diri sendiri

    ReplyDelete
  4. good tips mama nak apply la bila nak diet nanti

    ReplyDelete
  5. good tips KC...bila la nak start heheehe

    ReplyDelete
  6. Tips yang menarik.. tapi part senaman tu tak berapa nak rajin.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Adoiii! panjangnya tips ngeh! ngeh! ngeh!
    Syukur alhamdulillah Mrs. A takde masalah berat badan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p