Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan 6 minggu? Apa maksudnya? - sayidahnapisahdotcom Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan 6 minggu? Apa maksudnya?
LightBlog

Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan 6 minggu? Apa maksudnya?

Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan 6 minggu? | Assalamuaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Pernah tak dengar kes pasangan suami isteri yang baru bernikah tapi selepas beberapa minggu, dah muntah muntah, menunjukkan tanda awal hamil? Usia perkahwinan baru 2 minggu tapi usia janin dah 4 minggu? Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan dah mencecah 6 minggu? Atau ada yang menggelarkan "bunting pelamin". Sebenarnya situasi begini normal atau tidak? Ada sesetengah orang yang masih lagi tidak tahu cara betul kira usia kandungan sehingga menimbulkan salah faham terhadap pengantin perempuan. Menuduh si wanita melakukan zina dengan lelaki lain sebelum berkahwin dan mengandung anak luar nikah.

Walhal pasangan suami isteri dan keluarga seharusnya bersyukur kerana mereka subur dan diberi rezeki untuk pengantin perempuan mengandung awal.

So.. bagi mengelakkan salah faham, moh le kita tambah ilmu tentang ni ye. Terutamanya bakal pengantin dan pengantin yang baru kahwin. Let's!


Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu?

(pelajar lepasan Bachelor of Medicine di Jordan)

Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Kahwin baru sebulan. Tapi bila check, usia janin dah cecah 6 minggu. Pastu salahkan isteri “bersama” dengan orang lain before wedding.

Please educate yourself before judging. Ramai tak tahu yang usia janin dikira bermula hari pertama keluar haid yang terakhir. Bukan tarikh yang korang “bersama”

Sebagai contoh. Kawen 14/1/2019. Dan “bersama” pada tarikh itu. Isteri cakap hari pertama haid dia pada 1/1/2019. 5 minggu selepas 14/1, pergi cek, hamil dan usia kandungan dah dekat 7 minggu.

Hal ini kerana, usia janin adalah dikira berdasarkan USIA “telur” (ovum) yang dihasilkan oleh wanita. USIA tu pulak bermula pada hari pertama keluar haid. Bermaksud, start je haid, dah ade telur yang sedang berkembang. Cuma tak available lagi nak disenyawakan

Guys what I’ve said here is the ideal scenario that could happen. In real life, we encounter thousands of complicated cases. If you have any concern, please by all means go and talk to your doctor.

Kalau tengok kat sini, telur wanita mula berkembang pada hari PERTAMA period. Tapi tak dilepaskan untuk disenyawakan. Tengok hari ke 14 (ovulation), ia dilepaskan dan boleh disenyawakan. Kalau tak senyawa apa jadi? Telur tu akan mati. Dan kitaran baru akan bermula.
Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Question & Answer (Q&A)

Q: Kalau kahwin baru seminggu tapi pregnant dah 6 weeks tu kira macam mana? Confuse.

A: "Yang tu kena tanya elok-elok pasangan. margin janin hanyalah 1-2 minggu lebih tua dari usia perkahwinan."

Q: Tapi kalau irregular period macam mana? Kalau last period dua bulan lepas, then.. nak kira macam mana pulak?

A: "Kalau irregular period, we will not rely on LMP (1st day of last menstrual period). We will rely on ultrasound to estimate your due date and age of fetus."

Q: Kalau jenis yang period tak stable nak kira mcm mana?

A: "Doktor akan estimate guna ultrasound. Jangan bimbang"

Q: Tapi kan sebab kira ikut last period..due date selalu tak sama dengan yang doktor bagi.. mesti nak sama dengan kiraan last bersama.

A: "Biasanya doktor akan check berdasarkan last period and also berdasarkan ultrasound. Kadang-kadang ultrasound lagi tepat disebabkan oleh beberapa faktor seperti irregular period, not sure of the date, etc etc."

Q: What do you mean by hari pertama period yang trakhir? Adakah hari yang first keluar atau hari last keluar?

A: "Hari yang first keluar haid"

Q: Ohhh good infoo.. baru tahuu.. kena ambil tahu jugak kalau tak dok bengap situ lahh, and yang saya tahu kalau nak cepat dapat baby pasangan perlu bersetubuh selepas 14 hari habis period time tu wanita tengah subur dan cepat lekat betul ka?

A: "Betul. Kalau cycle saudari 28 hari. Basically dia separuh dari cycle kita (kalau 30, so 15). Cumanya, benda ni not exactly perfect. So try and error."

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)



Post a Comment

4 Comments

  1. okayyy baru betul2 faham pasal ni. sebelum pernah baca n dengar explanation but baru boleh hadam ni. thnk youuuuu

    ReplyDelete
  2. kena belajar dgn cikgu bio semula ni,

    ReplyDelete
  3. Sangat bermanfaat terima kasih perkongsian.Semua kena ambil tahu..termasuklah jiran tetangga..kerana yang sering kecoh adalah orang luar yang hanya mendengar dan buat kesimpulan..bahaya boleh jadi fitnahkan.Kecuali baru bernikah sebulan..bulan kedua dah melahirkan..itu memang wajar diragui..walaupun tidak perlu sebenarnya.Sayang pahala terbang melayang-layang.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p