TOTAL PAGEVIEWS BLOG

SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN?

by - May 16, 2019
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Biasa orang tanya "boleh ke mandi wajib selepas waktu Subuh?" atau "adakah sah puasa jika tangguh mandi junub sehingga berkumandang azan Subuh?". Soalan tu saya tak nak kupas sebab dah pernah bincangkan sebelum ni. Nak tahu jawapannya, boleh baca di entri SINI dan SINI. Okay for the next kemusykilan, "jika seseorang keluar air mani di siang hari Ramadhan ketika berpuasa, batalkah puasanya atau masih sah?"

Contohnya, selepas solat Subuh kita tidur balik atau balik dari kerja waktu petang rasa penat sangat, lelap sekejap. Bangkit dari bangun eh eh tengok ada cecair (air mani) melekat di seluar. Senang cerita, ketika tidur tadi dia telah pun ber-'mimpi basah'.

Ha? Macam mana ni? Takkan burn puasa haritu? Bukannya sengaja pun. Kita bukan boleh kawal apa yang terjadi dalam mimpi?

Kalau situasi itu berlaku, jangan susah hati. Jangan panik dan gusar. Jom baca jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan!


SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN?

SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? | image Google
Soalan:
Apakah sah puasa orang keluar mani di siang hari apabila menyedarinya ketika bangun daripada tidur?

Jawapan:

Daripada Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak berbuka (batal puasa) sesiapa yang muntah, tidak juga sesiapa yang bermimpi dan tidak juga sesiapa yang berbekam." - Riwayat Abu Daud: 2376

Daripada kitab al-Muktamad di dalam mazhab al-Syafie:

“Keluarnya mani dengan sengaja dengan tanpa bersetubuh seperti bercium, onani dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau onani dengan sentuhan kerana ia dikira sebagai inzal (terpancutnya mani) dengan cara mubasyarah (berseronok dengan bersentuhan tanpa lapik).

Adapun jika mani itu keluar dengan cara tidak sengaja (bukan disebabkan perkara-perkara di atas atau dengan bermesraan) maka hal tersebut tidak membatalkan puasa. Begitu juga, jika dia melihat dengan matanya walaupun diulang-ulang penglihatan tersebut tanpa bersentuhan atau berfikir di dalam hatinya tanpa bersentuhan lalu inzal (terpancut atau keluar mani) maka hal ini tidak membatalkan puasa kerana tidak berlakunya mubasyarah.

Selain itu, hal ini sama juga bagi sesiapa yang bermimpi pada siang hari Ramadhan maka tidak membatalkan puasa secara ijma’ (ulama’) kerana perkara ini di luar kawalannya”.
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? | image Google
Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Al-Bakri menyimpulkan:

"Tidak batal puasa bagi orang yang keluar air mani ketika tidur dengan syarat air mani itu keluar DENGAN SENDIRINYA bukannya dengan sebab-sebab kemesraan. Ini kerana, perkara ini berlaku bukan dengan kehendaknya dan ia juga di luar kawalannya. Tambahan pula, orang yang tidur taklifnya diangkat dan tidak ambil kira."


SUMBER: IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN #88 [LINK]
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? Jawapan dari Mufti WP
Moga jelas dengan penerangan Mufti di atas.

Dan jangan lupa share ilmu ini dengan anak-anak! Terutamanya anak lelaki yang sedang meningkat remaja atau yang sudah pun dewasa. Mungkin mereka mengalami situasi di atas tapi tak tahu nak buat apa atau mereka menganggap puasa mereka telah batal.. dah jadi salah faham pula.

Okay semoga bermanfaat.

Daa~ wassalam! :)

You May Also Like

2 comments

  1. kalau lepas ni ada yang bagi alasan ni boleh pandang kecik besor dah ni

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p