mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak? - sayidahnapisahdotcom mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak?
LightBlog

mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak?

bolehkah mandi junub selepas azan subuh? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Cuba teka salah satu keyword apa yang paling famous amos time bulan Ramadhan? Yesss, mestilah topik yang berkaitan dengan puasa kan? Hehe. Kalau blog saya, antara keyword yang paling popular adalah berkaitan dengan mandi wajib/ mandi junub selepas azan subuh.

Antara keyword yang terdapat di Google Analytics blog saya:
- mandi wajib lelaki di bulan ramadan
- bolehkah mandi wajib selepas azan subuh
- adakah boleh makan sahur dulu lepas tu mandi junub
- boleh ke puasa kalau mandi wajib sebelum pukul 1
- mandi wajib puasa selepas subuh
- mandi wajib sebelum zohor sah puasa
- mandi wajib selepas subuh pada bulan ramadhan
- puasa selepas mandi wajib selepas subuh
- sah atau tidak mandi wajib selepas habis subuh di bulan ramadhan
- tak mandi tidak sah puasa
- wanita haid mandi hadas selepas subuh di bulan puasa
- tak mandi wajib masa puasa

Itu lah keywordsss yang orang taip di Google, Yahoo & lain-lain channel enjin carian kemudian klik entri saya ini: boleh ke tidak mandi wajib selepas Subuh di bulan Ramadhan?

Berdasarkan keyword yang saya perhati kat atas tu, saya rasa kebanyakan yang cari tu adalah wanita. Tapi orang lelaki ramai juga tu kan.. lagi lagi kata kunci yang 'mandi wajib lelaki di bulan ramadan'. Haha. Which is good sebenarnya. It means mereka menitikberatkan hukum hakam berkaitan dengan sah atau tidak puasa mereka.

So.. apakah jawapannya? Boleh atau tidak mandi wajib selepas azan Subuh?

Mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak?

mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak?
manid wajib/ mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak? | credit image: Google
Ustaz Azhar Idrus

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:

Hadas besar ni ada DUA. 
Yang pertama - hadas janabah. 
Yang kedua - biasa orang perempuan: hadas haid.

hadas yang menyebabkan puasa tidak sah adalah hadas haid.
hadas janabah tak ada masalah. Hadas janabah dengan sebab berlaku persetubuhan (jima') ataupun keluar air mani, sama ada laki laki atau perempuan. Sesiapa yang ada berlaku dua ni, sama ada dia jimak ATAU keluar mani.. dipanggil orang itu junub. Hadasnya nama janabah.

Jadi, hadas janabah tidak mencegah. Dia bukan penghalang.

syarat sah puasa ada banyak. Antara syarat sah puasa-suci seseorang itu daripada hadas haid. Hadas janabah tidak menjadi syarat. Maknanya, siapa yang berpuasa dalam keadaan junub kemudian baru dia berpuasa, sah.

contoh mudah: malam berlaku janabah. Suami isteri jimak. Mereka bangun pukul 6.30pagi. Subuh 5.45pagi. Mereka telah berpuasa dalam hadas besar. Hukumnya sah. Tiada masalah. 

ATAUPUN 

dia puasa okay. Dari awal suci murni. Pukul 10 pagi tu, dia letih sangat kat pejabat. Mimpi... bila mimpi keluar mani. Jadi, batal tak puasa dia? Tak batal. Sama ada dia keluar mani bangun tidur atau dalam mimpi tu keluar mani. Tak batal belaka (dua dua kes tersebut tak batal puasa). Kemudian masalah mandi wajib. Bukan untuk sahkan puasa, tapi untuk sahkan sembahyang.

bolehkah mandi wajib selepas azan subuh
mandi wajib/ mandi junub selepas azan subuh.. puasa sah atau tidak?
Dr. Maza

Soalan: Bolehkah mandi wajib dilakukan selepas azan subuh & bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Jawapan:

Boleh. Riwayat Aisyah R.A. Dia menceritakan bahawa sesungguhnya dia telah mandi wajib setelah bersama dengan Nabi tapi dia mandi wajib apabila telah azan subuh.

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah mendapati fajar di bulan Ramadhan (siang) , padahal beliau dalam keadaan junub kerana jima'. Lalu beliau mandi dan berpuasa" (Sahih Muslim)

Maksudnya telah azan subuh, dia mandi wajib dan kemudian sembahyang subuh lah. Tak lah kata mandi wajib time zuhur. Teruk la tu tak solat subuh.

Maksudnya, katakan lah. Contoh yang praktikal. Kita 'bersama' dengan suami kita, kemudian kita sahur dengan suami kita. Quran dah sebut dah..

"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh/mengadakan hubungan seks) dengan isteri-isteri kamu........." - Al-Baqarah (2) : 187

So katakanlah.. lepas sahur, makan makan, dia bersetubuh dengan isteri dia. Lepas selesai je bersetubuh,  tiba-tiba orang azan. Kemudian kita mandi wajib semua, pergi masjid. Boleh atau tak? Boleh.

TAPI! Kalau bersetubuh selepas orang azan, haa tu memang tak boleh.

----------------------------------------------------------



Saya paling suka DUA jawapan ini kerana bagi saya, ianya sangat jelas dan mudah untuk kita faham. Situasi yang diberi pun kita boleh bayangkan kerana biasa berlaku in real life.

Okay kalau nak lagi mudah faham, saya buat kesimpulan daripada penjelasan di atas.. Terbahagi kepada empat:

1. Orang perempuan yang dah suci dari darah haid (habis period): kena mandi wajib/mandi hadas besar sebelum azan Subuh untuk sah puasa hari itu.

2. Orang lelaki yang keluar air mani sebelum azan Subuh: boleh mandi wajib selepas azan Subuh.

3. Orang lelaki yang keluar air mani secara TIDAK SENGAJA semasa berpuasa: puasa sah. mandi wajib untuk sah sembahyang.

4. Suami isteri yang bersetubuh SEBELUM azan subuh: boleh mandi wajib/mandi junub selepas azan Subuh.

Sekian.. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p