TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple, Sup dan Berkuah SEDAP!

by - June 14, 2019
Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayyyy.. tiba tiba resepi sayur kan pagi pagi ni. Padahal saya ni sangat sangat tak ngam dengan segala jenis sayur-sayuran terutamanya jantung, terung, lobak putih, pucuk ubi, sawi, tauhu, labu, cendawan dan sayur campur. On the other hand, sayur seperti pucuk paku, petola, bayam, kangkung, kobis, taugeh, kacang panjang, buncis, brokoli dan bendi.. yeap saya boleh telan dengan rela. Satu je yang I love so soo muchh! Timun jepun hahahaha. Serius.. timun jepun sedap. Saya boleh ratah ngap ngap ngap macam tu je. Tapi, dalam saya tak suka sayur tu.. nak juga lah share aneka resepi sayur goreng simple, yang berasaskan sup dan juga berkuah.

Mudah ke tak penyediaannya? Some of masakan sayur di bawah ada yang sangat simple dan cepat. Mudah gilos step nya. Some of it banyak sikit lah step dia tapi okay je rasanya hee.

Sedap ke tak? Hmmmmmmm bagi mereka yang minat dan suka makan sayur, memang sedap lazat dan delicious lew. tapi kalau tanya kat saya sedap ke tak?

......

.......

Krik krikk~ hahaha!

Takpe takpe. Abaikan diri saya yang 'terpaksa' makan sayur setiap hari ni. soooo lets!


Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple, Sup dan Berkuah


Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan. Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.
resepi pak choy tumis
resepi sayur pak choy tumis sos tiram
Bahan-Bahan:

4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
satu hirisan nipis halia, cincang halus
sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sedikit bawang goreng
hirisan cili api

Cara Penyediaan:

Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.

Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.

Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.

Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.

Tips:
Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.

sumber Iresepi.com

RESEPI SAYUR CAMPUR
resepi sayur campur
resepi sayur campur Mat Gebu
Bahan-bahannya :
Seikat kacang buncis (atau 12 batang)
1 batang carrot
Bunga kobis
2 biji Tauhu.
1 biji dipotong 9
5 ekor Udang size M

Bahan-bahan untuk ditumbuk : 
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili merah/ api
1 genggam ikan bilis
2 cm belacan yang telah dibakar
gula1/2 sudu teh

Bahan-bahan untuk memasaknya :
Garam secukup rasa
2 sudu sos tiram
1 sudu teh perasa ayam maggie
1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
1 senduk minyak masak

Caranya : 
1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yang disenaraikan.
2. Goreng tauhu (tak perlu garing sangat). dan ketepikan
3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur sayur.
4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'. masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

#sayurcampur #resepi

Resepi Kailan Ikan Masin dan Udang
resepi kailan ikan masin
resepi sayur kailan ikan masin dan udang
Bahan-bahan:

1) Sayur kailan-dipotong
2) 5 ekor udang - buang kulit
3) 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
4) 1 sk air dari botol ikan masin jeruk
5) 1 biji bawang besar- dimayang bulat
6) 1 inci halia-diketuk
7) 3 ulas bawang putih-diketuk
8) 1 sb sos tiram
9) 1 sb sos ikan
10) Sedikit air asam limau nipis
11) Sedikit serbuk lada sulah

Cara Memasak

1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
2) Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.
3) Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
4) Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.

RESEPI SUP SAYUR BEBOLA DAGING

Salam semua. Resepi hari ini saya mahu berkongsi yang paling mudah dan ringan sahaja. Selain sedap dimakan bersama nasi, sup sayur bebola daging ini juga enak dihirup begitu saja. 

Selamat Mencuba! 
resepi sup sayur
resepi sup sayur bebola daging
BAHAN-BAHAN:

12 biji bebola daging dibelah 2
3 rumpun sawi bunga dipotong kecil 
5 biji tomato ceri dibelah 2
5 keping cendawan tiram dicarik kecil 
1 batang chineese leek dipotong kecil 
1/2 biji bawang besar holland dicincang halus 
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelage
1 sudu teh pes cili 
3 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis 

CARA PENYEDIAANYA:

1. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, bunga lawang, bawang putih & bawang besar hingga naik bau. 

2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan air, garam, gula, perasa & bebola daging, biarkan hingga 
mendidih. 

4. Masukkan semua sayur diatas. Kacau 2 minit dan angkat. 

5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang. 

#CorNadiECP
#ECPJantungSihat

RESEPI KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS
resepi kacang buncis
resepi sayur kacang buncis sambal tumis
Bahan:
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam & aji
sedikit gula

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. 
panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang..

RESEPI KARI IKAN BENDI TANPA SANTAN
[ unclenublikumz ]
resepi kari ikan bendi
resepi kari ikan bendi
Bahan-bahan :
Ikan apa-apa je (contoh: ikan tongkol)
3 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Rempah 4 sekawan
Air asam jawa
1 biji tomato -belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah
Daun bawang 
Garam 
2 tangkai daun kari

Bahan kisar :
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 biji bawang besar 

Cara cara :
Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris dicampur rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi... Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak... 

Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap. 

Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.

RESEPI SAYUR CENDAWAN GORENG
resepi cendawan goreng
resepi sayur cendawan goreng
BAHAN-BAHANNYA;-
Cendawan(ikut nak sebanyak mana)
50 sen daun sup serta daun bawang
5-6 ekor udang sedang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji cili merah
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA-CARANYA;-
- cendawan dicarikkan jika besar saiznya
- tumiskan bawang putih serta bawang besar yang dihiris
- masukkan udang..masukkan cendawan.
- masukkan garam, sedikit air serta cili merah yang dipotong serong.. akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak-agak 1 inci...siap 

Selamat mencuba dan kalau suke boleh share resepi ni

RESEPI SUP SAYUR TELUR
resepi sup sayur telur
resepi sup sayur telur
Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

Cara:

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

RESEPI SAYUR BETIK MUDA
resepi sayur betik muda
resepi sayur betik muda
Sapa suka lauk betik muda macam ni?
Layankan dengan nasi lembik sikit
Ada pulak ikan goreng.
Sedapkan?

Senang je bahan dia..
Bahan tumbuk:
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis

Cara-cara:
Tumiskan bahan tumbuk.
Masukkan betik sagat 
Tambah air & asam keping
Perasakan dengan garam

Sumber Resepi: Nurain Ain

RESEPI PAKCHOY TUMIS SIMPLE

Alhamdulillah cukup sekadar alas perut tengah malam dengan sayor pakchoy.. ada yang suka tak sayur masak macam ni simple tapi sedap anak-anak suka ratah sayur..
resepi pakchoy tumis
resepi sayur pakchoy tumis simple
Resepi:
Pakchoy dibelah dua
Seulas bwg putih dicincang
3 tangkai cili padi dicincang
1 sudu mkn myk masak
3 sudu besar oyster sos
Secubit garam

1. Tumis bawang putih dan cili hingga garing. angkat ketepikan..
2. Dalam minyak tumisan tadi letak air sikit. masukkan sos tiram prasakn dan masuk pakchoy celur je sayur manja-manja. angkat masukkan dalam pinggan..
3. Taburkan dengan bawang dan cili goreng tadi.. siap

RESEPI MUDAH TAUHU GORENG BROKOLI
resepi tauhu goreng brokoli
resepi sayur tauhu goreng brokoli
Nak resepi tak? Nahhh ni resepinya..

Tauhu tu potong-potong, gaul tepung jagung pastu goreng bagi ada crispy-crispy sikit...ke tepikan.

Cara buat Sos:
Bawang putih cincang & cili padi.. tumis-tumis pastu letak air & sos tiram.. garam tambah sikit je.. sebab sos tiram dah masin.. saya tambah minyak bijan 2 3 titis.. ada orang tak suka. Lepas tue bagi kuah dia pekat. masukkan brokoli & tauhu jepun tu...siap!

Sumber Resepi : Roziyanty Juhari

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api
resepi nangka masak lemak cili api
resepi nangka masak lemak cili api
Bahan-Bahan:
1 kg nangka muda, bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 batang serai- dititik
1 helai daun kunyit- disiat
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 keping asam gelugor
Air secukupnya untuk merebus nangka

Bahan Kisar:
1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara Memasak:
- Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
- Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
- Sementara itu masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yang telah direbus tadi.
- Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
- Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
- Rasa. kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.

Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.

Recipe oleh Yatiememories.com

RESEPI SAYUR CAMPUR CHINESE STYLE
Oleh: Zamilah product

Pening nanti berbuka nak Masak Sayur apa? Nah kita share sikit cara Masak Sayur campur Chinese Style..
resepi sayur campur chinese style
resepi sayur campur chinese style
Cara simple mak mentua kita, auntie Chew. semudah ABC!

Bahan ;
1. Shitakae Mushroom (rendamkan Ssmalaman, kalau malas, rendam air panas. Kalau malas juga..Tak payah makan la haha)
2. Brokoli
3. Carrot

Bahan hiris & tumis ;
1. Bawang Putih - Hiris nipis dalam 3 ulas 
2. Halia - 1 hiris
3. Sos Tiram
4. Tepung jagung (dalam 1 sudu teh kecik, larutkan dengan air setengah cawan)
5. Minyak *untuk menumis

Cara-cara ;
1. tumis halia & bawang putih. Dah naik bau & kekuningan . Masukkan sos tiram sikit. kacau sampai naik bau, masukkan air.. api sederhana kecik & kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom (Shitakae mushroom nak potong boleh. Tak nak potong boleh. Janji batang dia buang. Sebab keras)

2. Kacau..pastu masukkan carrot. Kacau lagi. Masa ni boleh la nak letak garam sikit atau serbuk perasa. Optional. Kalau rasa dah tak nak pun tak pe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis tu. Pastu kecikkan api sikit.

3. Masukkan brokoli. Kacau.. Pastu last masukkan air tepung jagung tadi.. kacau sikit sampai sebati then siap! Sedia utk dimakan.

Selamat mencuba.Halal Dunia Akhirat..

#ShitakaeMushroom
#iCook

Kredit Resepi : nini kimi via mahn

RESEPI CENDAWAN GORENG CAMPUR ASPARAGUS
resepi cendawan goreng asparagus
resepi sayur cendawan goreng asparagus
Resepi :

Bawang putih 3,4 ulas
Cili padi ikut cita rasa nak pedas mana
Lengkuas sedikit
Bilis sedikit, udang kering sikit sangat
Asparagus
Garam
Serbuk perasa (sedikit sangat) kalau suka

Caranya:-

Tumbuk dan tumis bahan-bahan hingga separuh garing, masukkan cendawan. tumis hingga cendawan separuh masak, masukkan asparagus. tak perlu masukkan air sebab air akan keluar daripada cendawan yang telah kita basuh tadi.. selamat mencuba.

Selamat mencuba.. Jangan lupa share..
Resepi Sheila Rusly

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
resepi kobis goreng
resepi kobis goreng ala mamak
Bahan-Bahan:
1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
- Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
- Masukkan pula kubis dan kunyit. Masak kubis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:
Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.

Resepi Asal: https://iresipi.com/

Resepi Dalca Sayur
resepi dalca sayur
resepi dalca sayur
Bahan-bahan:
Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang), buah pelaga takyah
Santan
Sayur yang digemari

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk..hehe.. penuh dinding korang ngan dal kang...
2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras
(aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)
6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je
7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan
8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api.

RESEPI LABU MASAK LEMAK DAUN SELASIH
resepi labu masak lemak
resepi labu masak lemak daun selasih
Bahan-bahan :
500 gm labu kuning - potong dadu
8 batang kacang panjang - dipotong
5 tangkai daun selasih
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan biji lada hitam - ditumbuk
Segenggam ikan bilis - ditumbuk kasar
1 biji cili merah - dihiris
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara :
- Masukkan santan kedalam periuk. Satukan bahan semua bahan yang dihiris, ditumbuk dan serai.
- Masak diatas api perlahan sambil kacau hingga mendidih.
- Masukkan labu, cili merah dan kacang panjang dan perasakan garam secukupnya.
- Masukkan daun selasih dan kacau hingga labu masak.

Sedia dihidang.

Resepi Petola Ular Goreng Belacan & Telur
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
resepi petola goreng
resepi petola ular goreng belacan dan telur
Bahan-bahan :

2 biji/ batang petola ular (yang panjangnya kira-kira 18 inci setiap satu)
2 biji telur
minyak masak secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
1 cawan air

Bahan-bahan tumbuk :

7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi
½ inci belacan

Cara-cara Menyediakan :

1. Petola ular hendaklah dikikiskan kulit luarnya dengan menggunakan pisau sehingga bersih. Potong pepat petola anggaran 1 inci/ 2 cm tebal. Potong sehingga habis. Masukkan air ke dalam besen berisi petola ular tadi dan cuci bersih dengan menyaring petola menggunakan tangan ke dalam tapisan sayur. Cucur air paip & tos.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & garing. Pecahkan telur & biarkan seketika sehingga telur beku sikit lepas tu baru kacau2 sikit.
3. Masukkan garam (jangan terlajak sebab dah ada belacan tu) & perasa secukupnya & kacau rata. Masukkan sayur petola & air sambil dikacau rata. Biarkan sehingga petola empuk sikit. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah. Tutup api & sedia dihidangkan.

RESEPI TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM
resepi terung bakar
resepi terung bakar sambal asam
Bahan Untuk terung:
3 biji Terung 
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam:
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati 
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam 
2 sudu gula

Cara :
-Terung di bersihkan, belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam, garam dan minyak zaitun. Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api, cili boh, bawang putih, bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan sos cili, bawang besar dan garam serta gula, akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit. ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan, senang hehehe macam gambar kat atas. grill la setakat mana kita mahu, tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe

Resepi Kulit Tembikai Masak Tumis Air
resepi kulit tembikai
resepi kulit tembikai masak tumis air
Bahan-bahan:

sebiji tembikai (jangan ambil kulit keras yang bewarna hijau, ambil kulit berwarna putih kira-kira 1.5 inci di antara isi buah tembikai dan kulitnya)

1 biji cili besar
10 biji lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
secubit belacan (agak-agak la. jangan banyak sangat, jangan sikit sangat)
1 batang serai
garam dan serbuk perasa secukup rasa
ikan bilis (segenggam tapi jangan banyak sangat)
air (dalam 2-3 cawan)

Cara-cara:

- masukkan air dalam periuk, serai dan tunggu mendidih
- sambil tunggu air mendidih, tumbuk semua bahan lain kecuali kulit tembikai, garam dan serbuk perasa (untuk menjamin keenakan, jangan blender ye.. guna lesung batu)
- bila air mendidih, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan biarkan sekejap.
- masukkan kulit tembikai, biar sampai empuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
- kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan sayur kubis dan pucuk manis untuk rasa yang lebih istimewa
- kalau family kami, bila makan kulit tembikai kena ada hidangan sampingan macam ikan masin dan sambal belacan.. barulah terangkat!

SELAMAT MENCUBA!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Related: aneka koleksi resepi masakan sayur sayuran, resepi sayur campur berkuah, koleksi resepi lauk sayur goreng mudah dan sedap, resepi sayur goreng simple, aneka resepi masakan sayur sedap dan mudah, koleksi resepi sayur mudah dan ringkas, resepi sayur campur goreng, koleksi resepi sayur, resepi sayur berkuah, resepi sayur kobis goreng, resepi sayur kampung, resepi sayur campur sos tiram, resepi sayur campur, resepi sayur goreng, resepi sayur kubis, resepi sayur paprik, resepi sayur masak lemak, resepi sayur manis, resepi sayur masak air, resepi sayur mudah, resepi sayur murah, resepi sayur mudah dan cepat,

You May Also Like

2 comments

  1. Sedap-sedap semuanya.Alhamdulillah kak PC suka sayur..kalau tak makan tu bukan sebab tak suka tapi tak boleh makan..kadang mulut tahan..tekak selera tapi badan tak tahan..

    ReplyDelete
  2. Kalau sayur saya kurang makan
    klau pucuk paku makan sedap sgt hihihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p