TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Puasa Sunat Hari Putih 2019 gabung dengan puasa sunat Syawal dan ganti

by - June 16, 2019
Puasa Sunat Hari Putih 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tahu tak esok (17 Jun), lusa (18 Jun) dan tulat (19 Jun) adalah hari putih 2019 untuk bulan Syawal 1440H? Haa actually, kita digalakkan untuk puasa sunat hari putih pada setiap bulan. Jika tak nak puasa sunat putih, its okay. Tak paksa. Its just puasa SUNAT. Buat.. dapat pahala. Tak buat, tak berdosa pung.


Apa itu puasa sunat hari putih?


Apa itu Hari Putih? Kena warna putih? Kenapa tak warna lain?

Mungkin ada yang masih belum tahu maksud hari putih ni. Saya dulu pun tak tahu, tapi lepas dengar kat radio Ikim.fm baru lah dapat ilmu berharga ni. Okay back to the point..

Menurut Islam, puasa sunat hari putih ini adalah puasa sunat yang dilakukan pada setiap 13, 14 dan 15 Bulan Hijriah (kalendar Islam). 12 nama bulan dalam kalendar Islam : Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. Okay, so setiap pertengahan bulan - 13,14,15 bulan Hijriah dinamakan hari putih.

Sebab apa hari putih?

Yang saya tahu, sebab bulan pada malam hari 13,14,15 tu merupakan bulan penuh; bulan mengambang dan cerah (putih).
puasa sunat hari putih 2019
apa itu puasa sunat hari putih?
Bila Puasa Sunat Hari Putih 2019?

13, 14 dan 15 Syawal 1440H bersamaan Isnin 17 Jun, Selasa 18 Jun dan 19 Jun.

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan sekurang kurangnya tiga hari. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada "ayyamul bidh", yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah).

Puasa tersebut disebut "ayyamul bidh" (hari putih) karena pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.

Dalil: 

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata,

أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَصَلاَةِ الضُّحَى ، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ

“Kekasihku (Rasulullah SAW) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: 
1- berpuasa tiga hari setiap bulannya, 
2- mengerjakan shalat Dhuha, 
3- mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” 
(HR. Bukhari no. 1178)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” 
(HR. Bukhari no. 1979)

Dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika kamu ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada 13hb, 14hb, dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” 
(HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa hadits hasan).

Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

“Rasulullah SAW selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13hb, 14hb dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” Dan baginda bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” 
(Hadith Sahih riwayat Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434)

Dari Ibnu ‘Abbas ra, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ

“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak musafir maupun ketika bersafar.” 
(HR. An Nasai no. 2347. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.).

Namun dikecualikan berpuasa pada 13hb Dzulhijjah (sebahagian dari hari tasyriq). Berpuasa pada hari tersebut diharamkan. Oleh itu diganti ke 16hb.

Referensi:
Al Fiqhu Al Manhaji ‘ala Madzhabil Imam Asy Syafi’i, 
Penyusun: 
Dr. Musthofa Al Bugho, dkk, 
Perbitan: 
Darul Qolam, cetakan kesepuluh, tahun 1431 H, hal. 357-358

Kredit FB: Mohammad Haidzir Hussin
puasa sunat putih
puasa sunat hari putih
Macam mana lafaz niat puasa sunat Hari Putih?

Ada tiga atau lebih, suka hati nak niat ikut mana satu. Boleh pilih mana-mana.

1. Sahaja aku puasa pertengahan bulan kerana Allah Ta'ala

ATAU

2. Sahaja aku berpuasa sunat kerana Allah Ta'ala (paling simple)

ATAU

3. Sahaja aku puasa pada hari-hari putih, sunat kerana Allah Ta'ala.

ATAU

4. Sahaja aku berpuasa Sunat Hari Putih kerana Allah Taala.

GABUNG NIAT PUASA SUNAT DAN PUASA GANTI

Kalau nak gabungkan niat puasa-puasa sunat dan puasa wajib (contohnya puasa ganti Ramadan) pun boleh. Tapi kena utamakan/ dahulukan puasa wajib ye.

Contohnya: "Sahaja aku berpuasa ganti fardhu Ramadhan, Sunat Hari Putih, Sunat Syawal dan Sunat Hari Isnin esok hari kerana Allah Taala"

p/s: memandangkan Hari Putih yang pertama jatuh pada hari Isnin, boleh niatkan sekali puasa sunat Isnin. Bagi yang perempuan, niat sekali dengan puasa ganti. Bagi yang lelaki (yang berpuasa penuh di bulan Ramadan), tak perlu lah niat puasa ganti.
puasa sunat hari putih 2019
puasa sunat hari putih 2019
Tapi kalau selain dari hari Isnin, niatnya:

"Sahaja aku berpuasa qadha' fardhu Ramadhan, Sunat Hari putih dan sunat Syawal esok hari kerana Allah Ta'ala"

Kalau niat yang takde puasa sunat Putih + jatuh pada hari Khamis?

"Sahaja aku berpuasa ganti fardhu Ramadhan, sunat Syawal dan sunat Khamis esok hari kerana Allah Ta'ala"

p/s: niat niat ni semua actually takde format yang specific. Yang penting keyword jangan tinggal. Iyee ada keyword yang wajib ada dalam niat ye.. Mesti ada word "sahaja aku berpuasa", kena state dengan jelas sunat atau fardhu (or both), "esok hari", "kerana Allah Ta'ala".
puasa sunat dan puasa ganti
Hukum qadha' puasa wajib sekali dengan puasa sunat - Mufti Wilayah Persekutuan
Bagi yang berkesempatan, jangan lepaskan puasa pada hari esok dan hari seterusnya! Puasa 4 pahala in 1 day! Hehehe inshaaAllah~

Till next time, daa~ wassalam! :)


You May Also Like

4 comments

  1. Insha Allah, akan berpuasa. seronoknya 3 niat dalam satu perkara.;)

    ReplyDelete
  2. Dulu suami suka amalkan puasa putih, jadi ringan badan

    ReplyDelete
  3. esok la start puasa...orang pompuan ni tangguh2...lepas tu cuti pulak...habis cuti tangguh lagi...last last zulkaedah..melepasss

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p