Penerangan Asas ASB dan ASBF untuk beginner | Cara buka, konsep kira - sayidahnapisahdotcom Penerangan Asas ASB dan ASBF untuk beginner | Cara buka, konsep kira
LightBlog

Penerangan Asas ASB dan ASBF untuk beginner | Cara buka, konsep kira

Penerangan Asas ASB dan ASBF untuk beginner | Cara buka, konsep kira

Ditulis oleh: Ain Zaabar

Penerangan Asas ASB vs ASBF.

Untuk beginner.
penerangan asas asb asbf cara buka konsep kira
penerangan asas asb asbf cara buka konsep kira
Ya, ramai yang dah tweet pelbagai cara untuk maximize keuntungan dengan ASB/ ASBF ni, tapi sebenarnya ramai yang tak tahu macam mana nak mula.

So untuk memulakannya, Ain bagi penerangan simple dulu. Apa beza dua pitok ni?

ASB - akaun simpanan pelaburan
ASBF - akaun pinjaman pelaburan

ASB ni satu pelaburan ya sebab kita akan dapat dividen tahunan. So far pelaburan paling stabil dan low risk. Digalakkan untuk beginner.

So siapa yang boleh buat ASB ni? Kaum bumiputera seawal usia 6 bulan. (Betulkan Ain kalau salah ya).

Tapi kalau bawah 18 tahun, anda akan dikategorikan dalam akaun remaja, perlu ibu bapa sebagai guardian.

18 tahun ke atas pula dah boleh daftar sendiri.

Macam mana nak daftar ASB ni? Pergi ke mana mana cawangan ejen ASNB. Cakap je nak daftar. Minimum pembukaan akaun RM10 je.

Dulu lepas daftar akan dapat buku, sekarang dah go online di MyASNB tau!

Yang penting time daftar ialah IC dan cap ibu jari kiri anda. Agak boleh cabut ibu jari tu boleh ler suruh orang lain daftarkan. K gurau haha.

So dah daftar apa semua, sekarang Ain nak fahamkan how it works.

ASB ni sama je macam akaun bank rimau ke sotong ke unta kita tu. Tak kosah kita nak masukkan berapa and keluarkan berapa. No restriction!

Yang berbeza ialah dia takde kad. Pengeluaran boleh dibuat over the counter sahaja!

Haa! Kalau korang buka ASB dekat Maybank, korang still boleh keluarkan/ masukkan dekat CIMB/ Post Office tau! Asalkan dia cawangan ejen ASNB.

Ni yang best kan? Takde caj RM1.06 macam kad ATM rimau keluarkan kat ATM sotong ya.

So ASB ni anda akan dapat dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan!

Contoh anda konsisten masukkan RM100 setiap bulan dan takde pengeluaran. Start masuk Januari. Baki terendah Januari ialah 0.

So beginilah lebih kurang illustration untuk baki terendah.
penerangan asas asb asbf cara buka konsep kira
penerangan asas asb asbf cara buka konsep kira
Harap boleh faham ya sampai sini. Now ain nak perkenalkan si pitok ASBF pula.

Seperti yang Ain terangkan, ASBF ialah akaun PINJAMAN. Yes, kita buat pinjaman dengan depa untuk melabur so kita dapat better dividen.

Eh, macm mana boleh dapat dividen tinggi? Kan still bayar bulan-bulan.

Haa nak tau? Teruskan membaca.

Dividen jadi tinggi sebab pinjaman kita dimasukkan sekaligus dalam akaun ASB kita. Tapi kita takleh nampak amaun tu dalam akaun ASB lah.

Tapi boleh cek dalam akaun ASBF. Yes, akan ada akaun asing. And kalau apply di CIMB, still kena bayar masuk akaun CIMB untuk ASBF.

Taknak banyak fikir buat je autodebit. Settle weh problem!

Macam mana ASBF ni boleh bagi higher dividen pula? Ingat tak Ain kata dia masukkan duit sekaligus? Makanya baki terendah bulanan jadi tinggi.

Nampak tak permainan dia?
penerangan asas asb asbf cara buka konsep kira
penerangan asas asb asbf cara buka konsep kira
Yang kita apply 50k lah, 100k lah, ini lah yang dipanggil sijil ASBF tu. Paham ke idok?

Now nampak tak why ASBF dikatakan lebih untung? Yes, sebab baki terendah yang lebih tggi.

Tapi jangan keranakan gila nak dividen kaw kaw sampai apply 200k, tapi sesak tiap bulan nak bayar. Memadailah buat yang sesuai dengan situasi kita.

Itu sahajalah perkongsian asas Ain tentang ASB vs ASBF. Harap membantu korang yang kekusutan tu. Untuk tau pelbagai teknik ASBF ni, boleh follow twitter @faizwahab & @faridbahrudin untuk lebih ilmu ya.

Wajib buka akaun ASB dulu sebelum apply ASBF!

Walaupun awak nak terminate lepas 3-5 tahun, apply lah untuk tempoh paling lama untuk minimizekan cost anda. Ada faham?

Harus diingat ASBF ni pinjaman. So akan ada interest. Normal rate dalam 5%-5.2%. So ada promo 4.8% tu cepat cepat lah grab dik oi!

Masih ada yang keliru?

Ambil contoh bank rimau. Buka akaun simpanan dengan bank rimau tak memerlukan kita untuk bekerja, tapi...

kalau nak meminjam dengan bank rimau untuk beli kereta ke apa, kita kena bekerja sebab kita akan ada komitmen bulanan dengan bank rimau ni.

Sama lah ASB ni macam akaun simpanan dan si ASBF sebagai akaun pinjaman. Nak pinjam duit banyak lah kriteria yang diambil kira. Kalau simpan je tak kisah.

ASB ni takde tempoh matang. Boleh keluar and masuk bila bila sahaja dan tiada komitmen tetap.

Yang ada tempoh matang dan komitmen bulanan dan masuk ccris tu is ASBF. Haaa nampak tak beza?

Yang masih keliru boleh cuba hadam thread ni ya. Kalau thread ni pun susah faham, jangan berangan buka asbf. Kang buka semata ikutan je nanti.

Q: Kalau buka akaun asb dekat CIMB sama ke rate dividen dengan yang buka dekat RHB?

A: Sama je. Bank tu hanya ejen ASNB sahaja. Macam beli takaful AIA dari ejen A dengan ejen B, pakej sama je. Haa macam tu la lebih kurang.

Atas kesan kenaikan BR, sekarang min rate untuk apply ASBF ialah 5.05% ya.

Kalau dah faham tentang ASB, bolehlah berjinak ke MyASNB pula.

Q: Ada perbezaan tak antara agen agen ASBF? Dari segi dividen or interest?

A: Dividen tiada, interest rate ada.

................

Q: Hai sis. Nak tanya. If kita apply ASBF, kita boleh keluarkan tak duit yang kita masukkan tu? In case ada emergency ke.

A: Hi. Nope, tak boleh. Yang boleh dikeluarkan is bila dapat dividen nanti, which will be updated on january.

.................

Q: Hi, kalau dah buat asbf 100k nak tambah bagi jadi 200k boleh ke?

A: Boleh kalau lepas kelayakan dan cukup kuota.

................

Q: Hi ain. Nak tanya apa beza ASB vs ASN?


A: Ianya 2 dana yang berbeza. ASB dana harga tetap, 1 unit = RM1, ASN pula harga berubah.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:




Post a Comment

2 Comments

  1. Hi sayidah, if dah 7 tahun buka asbf and suddenly nak terminate, any penalties? Satu lg soalan, asbf ni boleh dibuka under myASNB ke atau mana mana bank pun boleh?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p