Waahh . ha semangat gitu gambar ni. Tapi aku tak berapa nak semangat macam dia nak pegi U esok. haih tak tahu lah sebab apa. mybe cuti lama sangat. ni la padahnya! wohoho ingat nak packing baju tadi. tetibe sedara datang nak beraya. okay kena la bagi layanan tip top gitu. hihi. malam nnt la kot sambung packing. Huh macam mana la ye keadaan esok? apa akan jadi esok? hidup lagi tak aku? best tak kat sana? mesti ramai orang kan. dui dui dui. Tak yah nak pk sangat la sayidah oiiii. Tawakkal tu 'ala Allah okay.
Selamat Datang UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.. Haaa vogue gitu kan. itulah yang aku akan nampak esok. lawa kan? jangan jelesh! aha.
Aku tak tahu sama ada UPM adalah tempat yang terbaik utk aku belajar. Tapi aku yakin apa yang ALLAH takdirkan itu semuanya yang terbaik untuk kita. kan? :)
Iya aku tahu perjalanan aku masih jauh seperti terowong panjang ni. aku tak tahu apa kesudahannya. baik ke buruk . Mesti banyak rintangan yang aku harus lalui.
Jadi aku akan cuba menjadi lebih baik setiap hari. So that i'll never do the same mistakes. : D
InsyaAllah aku akan menjadi insan yang baik,sabar dan ikhlas . Bantulah aku Ya Allah untuk menjadi insan seperti itu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Amin!
Sahabat? Kawan? Teman? Pasti aku temui di U nanti. semoga kawan-kawanku di sana soleh dan solehah. Boleh membimbing aku. supaya tidak kecundang. Aminn!
InsyaALLAH aku akan berubah untuk menjadi lebih baik setiap hari. untuk menjadi hamba-Nya yang bertakwa. AMIN!
Aku akan tidak takut kalah. Aku akan berani mencuba. Aku akan terus memasang impian. Aku akan terus merancang. Aku akan terus percaya.
Sebelum mengundur diri. Ini ada renungan bersama. :)
Ooooppss ! comel pulak jam ni aku tengok. Ha! Aku akan tersenyum manis macam ni bila bangun esok. Tapi idok le 6.20am aku bangun. Subuh berjemaah tidak ku lupa okayyy. :p
Lastly! Goodluck all for those who will be mahasiswi mahasiswa UNIVERSITI tomorrow and next tomorrow. chaiyok2! Malaysia boleh! Kita boleh. Kan? Akhir kata. wassalam :)