PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH - sayidahnapisahdotcom PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH
LightBlog

PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH

Diceritakan bahawa Ibn Khafif menderita sakit pinggang. Jika kesakitannya datang, beliau tidak mampu bergerak sama sekali. Biarpun begitu, setiap kali masuk waktu solat beliau meminta agar dibawa ke masjid.

Seseorang berkata kepadanya : “usah paksakan dirimu.”

Ibn Khafif membalas: “Jika engkau mendengar seruan muazin, hayya ‘ala al-solah, namun engkau tidak melihatku di saf-saf masjid, maka carilah aku di tanah perkuburan!”

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Syurga dikelilingi dengan kesukaran, sementara neraka dikelilingi dengan keseronokan.” (Riwayat Muslim)

Imam al-Busiri pernah berkata dalam madah syairnya yang sangat terkenal,al-Burdah:
Nafsu seperti budak kecil yang masih menyusu,
Jika engkau biarkan, dia akan terus menyusu hingga dewasa.
Namun jika engkau paksa, dia boleh terpisah daripada sususan.

*memaksa diri sendiri satu kemestian demi perubahan kea rah lebih cemerlang, tiada siapa yang dapat melakukannya melainkan kita sendiri. Jika kita tidak berusaha untuk memaksa diri, kita tidak mungkin akan berubah.*

Allah mengingatkan: “Terangkanlah kepada-Ku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka adakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya? Atau adakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya daripada binatang ternak itu.” (Surah al-Furqan 25: 43-44)

Cara-cara para ulama terdahulu memaksa diri dan menundukkan nafsu kadangkala kelihatan sangat keras, namun kekerasan terkadang memang diperlukann untuk mendidik jiwa yang nakal ini.

Diceritakan bahawa al-Syibli(seorang ahli tasawuf) tertidur tanpa sengaja, dia akan memukul tubuhnya dengan sebatang buluh. Pada kesempatan lain, dia sengaja naik dan berdiri di tepi tembok yang tinggi untuk mengusir rasa mengantuknya.

*kalau saya tengah baca Quran, tersenguk-senguk menahan ngantuk, tak tahan sangat terus tutup Quran. Pastu mata terus segar-bugar! Ish2 teruk kan?*disappointed to myself*

Diceritakan apabila Imam al-Junayd al-Baghdadi hampir nazak, beliau semakin rajin beribadah. Beliau tidak henti-henti membaca Quran dan berzikir.

Seseorang berkata kepada beliau: “Kasihanilah dirimu. Jangan engkau paksakan diri.”

Lantas beliau membalas: “Siapa lagi yang lebih memerlukan amal ibadah berbanding diriku pada saat ini? Lembaran buku amalanku sekejap lagi akan ditutup!”

subhanallah!

“Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi. Maka gilaplah ia dengan zikrullah, mengingati mati dan tilawah al-Quran.”(Riwayat al-Baihaqi)

:: Cerita –cerita yang ada di atas ini diambil dari majalah solusi isu 56. Jun 2013. :) ::






Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p