Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM) - sayidahnapisahdotcom Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)
LightBlog

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM) 


Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)
Borang Penilaian Ujian Memandu Kelas A1/D (Motokar Manual) Bahagian II

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)


RPK adalah memulakan pemeriksaan mengelilingi luar kenderaan, bergerak mengikut pusingan jam. Masa yang diperuntukkan untuk RPK adalah 5 minit. (Bila borang penilaian baru digunapakai)

RPK terbahagi pada 5 pemeriksaan:

1) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN DEPAN
2) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN TEPI SEBELAH KANAN
3) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN BELAKANG
4) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN TEPI SEBELAH KIRI
5) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI RUANG ENJIN (membuka bonet kenderaan)



Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK)



RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) – 22 ITEM


Posisi
Pemeriksaan - SENTUH, PANDANG & NYATAKAN "...."
HADAPAN KENDERAAN
1.   "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak/…”
2.   "BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek/..."
3.   "LAMPU HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
4.   "LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
5.   "NO. PLATE PENDAFTARAN hadapan  XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/..."
6.   "BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah/..."
SISI KANAN KENDERAAN
7.   "TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
4,8.   "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik/tidak pecah/..."
9.   "CERMIN PINTU HADAPAN DAN BELAKANG, KANANdalam keadaan baik/retak..."

#.   Buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang.
#.   Tutup pintu 

7.   "TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
BELAKANG KENDERAAN
1.   "CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik/retak/..."
10.   "LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/...".
4.   "LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
2.   "BONET BELAKANG dalam keadaan baik/kemek/..." (merujuk kepada penutup boot) 
5.   "NO. PLATE PENDAFTARAN BELAKANG XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/..."
6.   "BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah/...".
(RUANG BOOT)
#.   Buka bonet (pemeriksaan ruang boot)

11.   "Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN
12.   "Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
13.   "Dilengkapi dengan TOOLS spana pembuka tayar/ pemutar jek/jek/jumper/…"

#.   Tutup bonet
SISI KIRI KENDERAAN
7.   "TAYAR BELAKANG KIRI  tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
9.   "CERMIN PINTU BELAKANG DAN HADAPAN, KIRI dalam keadaan baik/retak..."
4,8.   "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik/tidak pecah/..."
7.   "TAYAR HADAPAN KIRI  tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."

***.    Tempoh Sah Cukai Jalan - "Cukai Jalan masih sah tempoh sehingga nyatakan tarikh". *Hanya berkuatkuasa bila penggunaan borang penilaian baru.
HADAPAN KENDERAAN

(RUANG ENJIN)
#.   Buka bonet

14.   BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik” – (buka salah satu penutup) - "paras elektrolit/air bateri mencukupi/tidak mencukupi..."
14.   BATERI SEL KERING dalam keadaan baik” – (jika ada penunjuk) - "warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj/ditukar".
15.   (buka penutup)  “Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATORmencukupi/tidak cukup.
16.   (buka penutup)  “Paras AIR TANGKI RADIATORmencukupi/tidak cukup.
17.   (picit hos) "HOS AIR dalam keadaan baik/retak/..."
18.   (cabut dipstick, bersihkan, masukkan semula, cabut semula)“Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak cukup”
19.   (tekan) "TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"
20.   (buka penutup) - "paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mnencukupi..."
21.   (buka penutup) - "paras CECAIR BREK mencukupi/tidak mnencukupi..."
22.   (buka penutup) - AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi..."


#.   Tutup bonet

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK)
RUANGAN ENJIN VIVA


info maklumat RPK sumber dari : http://lp-services.blogspot.my/p/rutin-pemandu.html

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

Untuk makluman, pada hari kejadian ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta viva digunakan untuk RPK. Kereta kancil atau kereta viva digunakan ketika di litar. Manakala, kereta Axia digunakan ketika di jalan raya. Kereta viva dan kereta kancil lama memang klac dia tinggi. Saya haritu ujian JPJ dapat kereta kancil lama, saya dah lepaskan banyak klac tapi masih tak gerak-gerak lagi. Klac kena lepas banyak-banyak baru kereta jalan. Sabau jelah.

Rutin Sebelum Memandu (RSM)

RSM adalah satu rutin wajib yang perlu diamalkan sebelum memerlukan perjalanan. 

1. Masuk duduk dan brek tangan ditarik
2. Melaraskan tempat duduk
3. Menentukan kedudukan tangan dan stereng dengan selesa
4. Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi
5. Memastikan semua penunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik :
  • tolok bahan bakar
  • tolok suhu enjin
  • lampu amaran brek tangan
  • lampu amaran tekanan minyak enjin
  • lampu amaran bateri

Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Panel instrumen kereta Axia

Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Lampu amaran bateri axia


Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Lampu amaran tekanan minyak enjin axia



Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Lampu amaran brek tangan
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Tolok bahan bakar axia
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Tolok suhu enjin

6. Memastikan gear dalam keadaan bebas (N-neutral) atau berada dalam kedudukan 'P' bagi kereta auto.


Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
7. Menghidupkan enjin dengan menekan cekam atau brek
8. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik :
  • lampu isyarat
  • lampu hadapan
  • lampu hazard
  • hon
  • pemancut air/pengelap cermin
  • takometer / RPM
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Takometer (RPM) axia


9. Menguji keadaan tali pinggang kenderaan (dengan cara menyentap tali pinggang keledar) dan memakai tali pinggang kenderaan.

Sebelum masuk ke jalan raya, kita akan buat RSM ni. Kalau kat litar, tak perlu pun lakukan RSM ni. Tapi tali pinggang kenderaan memang kena pakai la sentiasa. Masuk kereta je, terus pakai tali pinggang kenderaan. Tidak memakai tali pinggang kenderaan dikira kesalahan mandatori (kesalahan berat).


macam mana ujian JPJ
keep calm and pass jpj test!
credit foto: www.keepcalm-o-matic.co.uk
Semoga berjayaaa ujian JPJ! :D

Klik link di bawah untuk baca entri :

LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG KERETA
DAPAT LESEN L
TEST JPJ KU GAGAL


Post a Comment

28 Comments

  1. erm, bgs ni... kena buat check up ni... kdg2 pemandu wanita terlupa dan tak tahu pasal kereta.... byk kes juga la student tpt akak problem pasal kereta.... ada yg bateri terus kong, ada yg air bateri kering....

    ReplyDelete
  2. Entry ni ingatkan saya balik masa ambil lesen pandu kereta dulu. Memang gabra sungguh. Tapi nasib baik 1st try dah lulus. hehe. Best entry ni. TQ sudi sharing

    ReplyDelete
  3. Masa test JPJ buat.. Dah biasa memandu.... Tak buat sgt dah...

    ReplyDelete
  4. Thanks share benda ni. Sangat membantu bagi ena yang drive jauh2 ni

    ReplyDelete
  5. Ni silibus baru..iera bru je lulus jpj..heheh

    ReplyDelete
  6. saya belom test jpj , dalam mood belajar lagi niii

    ReplyDelete
  7. Jemput join http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/giveaway-december15-by-icy-dan-para.html

    ReplyDelete
  8. Hahaha....kakak (ehem, or makcik) baru ja melalui segala ni bbrp bulan lepas. Info ni sgt2 berguna. Mula2 mcm susah, tp kalau ambil masa study betul2, jadi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah akak laa ye. betul2, kena selalu practice baru jadi mudah dan smooth je

      Delete
  9. awk.. terima kasih bnyk2 utk info ni.
    sy akan buat JPJ test dlm masa terdekat.. doakan saya lulus...

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang baik, semoga bermanfaat kpd semua. TQ

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Esok nak test jpj. Seram je ni, tq share 😃

    ReplyDelete
  13. semlm 13 October 2016 test JPJ, lain semua ok saya buat tapi disebabkan gagal 1 perkara iaitu remz dalam litar saya kene ulang balik semua sekali... mecikkk nya duit lagi

    ReplyDelete
  14. Sayidah napisah. Awak comel. tu je nk ckp

    ReplyDelete
  15. Salam,awak. Masa rsm tu semua tolok,n lampu amaran kena sebut kea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. yeap kena sebut dan beritahu semua tu dalam keadaan baik. boleh baca kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/01/rpk-dan-rsm-jpj-cara-mudah-ingat-dan.html untuk cara betul nak sebut time RSM nanti.

      Delete
  16. Sis mohon buat tutorial semasa di jalan raya..cara kawal gear ,belok, brhnti dn kawal cluch..harap sis dpt mmbantu😊😊😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana ye nak buat tutorial tu? Hahaha. InshaaAllah saya cuba kay. nanti dah siap, saya bagi link kat sini

      Delete
  17. Betul bantu sgt !! thankyou !!

    ReplyDelete
  18. Good sharing kc... CikLa tak tau bwk kete, tau duduk sebelah je. Hehe.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p