Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.
Bermula tarikh 14 Mei 2015 yang indah ni, setiap seorang ahli EFG akan direview. Dan insan pertama yang 'bertuah' di review adalah blogger yang menetap di Selangor.
Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashaari. Dikatakan juga beliau mempunyai hubungan yang istimewa dengan Awal Ashaari kerana ketampanannya yang setanding dengan Awal hingga beliau digelar Awal Sehari.
Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda sekali singgah, pasti akan singgah lagi selepas itu. Sebab apa? Kerana saya ingat lagi, first time saya masuk je blog Nota Purba ni, dunia ku serta-merta jadi gelap. Alamak! Kita takut gelap!
Tapi! Tapiii!
Tapii tajuk-tajuk entri Nota Purba sangat menarik hati dan gaya penulisannya yang santai, bersahaja dan gaya bahasa yang sesuai untuk para pembaca cukup menarik,tertaik kau memang dabom. Apa yang saya boleh gerenti ialah - tak sah kalau tak senyum atau gelak ketika membaca entri beliau. Nak cerita lebat kat sini pun tak best, nak tahu betul ke tak apa yang saya ceritakan sebentar tadi, pergi sendiri ke blog Nota Purba. Satu entry sahaja! Satu entry sahaja sudah cukup untuk membenarkan kenyataan saya di atas.
Blog yang jauh dari gosip-gosip liar dan hangat, Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian.
Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh dengan misteri nusantara. Oppss misteri sahaja. Nusantara buang.
Beliau merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupun EFG mempunyai ramai adik-beradik, abang FR lah antara yang paling suka cari gaduh dengan saya. Hmph. Tetapi, Abang FR walaupun sifatnya yang sehari tak sah kalau tak mengusik orang sangat menceriakan suasana di dalam group whatsapp mahupun telegram EFG.
Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!" Two words but it gives big impact to us.
Siapa yang tak tahu bahawa Abang FR ni seorang yang lucu. Dah la lucu, kelakar pula tu. Tak cukup dengan lucu dan kelakar, abang FR juga seorang yang funny. #lawakhambar. Ahli EFG masing-masing tak kering gusi bila abang FR keluarkan ayatnya walaupun sepatah. Okay la saya bagi satu contoh apabila abg FR cuba keluarkan lawaknya.
What is chemistry in academic words (not less than 200 words)
"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.
Dan, untuk pengetahuan anda, pemilik Nota Purba ni sangat berbakat orangnya. Pandai main gitar *i is jeless* dan juga secara tiba-tiba telah menjadi penyanyi tetap di dalam EFG dan dengan tidak sengaja nya beliau telah menobatkan diri beliau sendiri menjadi guru vokal pada sesiapa yang berminat mahu sertai rancangan-rancangan nyanyian seperti Vokal Bukan Sekadar Rupa, Mentor, Bintang Kecil dan The Voice. Pada sesiapa yang berminat, boleh e-mail beliau. Jangan risau, GST tidak diambil kira.
Entri paling saya sukai di dalam blog Nota Purba?
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
Tudiaaa tajuk entri sangat mantop menggambarkan pemilik Nota Purba ni mendapat sekurang-kurangnya A- dalam bahasa Melayu. Saya suka sebab? Biarlah rahsiaa. Gitu haha.
Okay lah rasa nya dah cukup dan sampai sini sahaja review untuk pemilik Nota Purba yang misteri ni. Dan ehem ehem nak buat ucapan sikit untuk abang FR yang dihormati :
Semoga abang FR ceria-ceria selalu! Tapiiii.. minta maaf ... Kakcik rasa... Suara kakcik lagi sedap dari abang FR he he heee~ Blog abang FR best. Penulisan abg FR best. Kekalkan kemisterian blog Nota Purba. Yang pentinggg.. Kakcik comel. Ngehngehngeh.
Ohh dekat tajuk atas nun, saya tulis pemilik Nota Purba tu jejaka kacak kan? Sebab apa kacak? Meh saya tunjuk gamba beliau satuuuu
Ye saya tahu. Mesti anda tertanya-tanya apa yang kacak nya abang FR dalam gambar itu kan? Abang FR memang kacak pun *jangan beritahu dia ye* hehe. One more thing, sebenarnya kacak itu subjektif. Kacak memberi definisi yang pelbagai. Abang FR kacak kerana penulisannya yang super duper mantap! Dan kacak kerana telah memberi inspirasi kepada orang luar sana dengan penulisannya, mungkin.
Jom singgah blog NOTA PURBA. Klik gambar di bawah.
18 Comments
ok..singgah
ReplyDeletecubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya
ReplyDeletehanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR
ReplyDeleteKegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..
ReplyDeleteFR & EFG ada chemistry...
ReplyDeletebetul ke ni
Deletejarang-jarang dapat baca pisah membebel, biasa asik running man dgn hati perempuan je.
ReplyDeletesaya tak misteri pun, pemalu je.
hahahahahaaa.... ini kelakar...!! :p
Deletejangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi
ReplyDeleteperrrgggghhhh....!! review kaw-kaw dari KC untuk FR.....
ReplyDeleteFR sila ambil KC jadi adik angkat..... *kekekekekeeke...*
nanti leh karaoke secara duo..... :p
penulisan yang tak jemu dibaca :)
ReplyDeleteBlog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)
ReplyDeleteyg xtahu tu lah kena selidik jejaka kacak nota purba ni. ^_^
ReplyDeletepenulisannya menampakkan dia seorang yang meminati penulisan dan kerap baca novel...
ReplyDeleteha ha ha,,dah tak kerap
Deletepergh. mmg kacaklah. sampai ramai x tahu. hehehehehe
ReplyDeletegaya penulisan yang santai..boleh gelak sorang2 baca blog FR tu~~
ReplyDeletepisah, saya tak pandai mana main gitar
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p