HUKUM ORANG YANG TAK MAHU MERAPATKAN SAF SOLAT
|
credit : addienblog.blogspot.com |
video youtube : HUKUM ORANG YANG TAK MAHU MERAPATKAN SAF SOLAT - Ustaz Azhar Idrus
Soalan : Apa hukum orang yang tak mahu merapatkan saf solat?
Jawapan :
Dia kehilangan satu fadhilat. Bukan luput fadhilat jemaah, paham baik baik. Dalam solat jemaah ni, ulama bilang ada 27 fadhilat. Misalannya, jawab azan satu, jawab iqamat satu, rapat saf satu, betulkan tumit satu, duduk saf depan satu dan seumpamanya. Akhirrnya, kita amin sama dengan imam satu. Jadi bilang semua-27. Jadi kalau kita tinggal satu perkara, kita akan jadi 26. Contohnya, semua benda kita buat melainkan rapat saf, kita hanya mendapat 26 fadhilat. Atau kita tinggal 2-tak rapat saf dan amin kita senyap, tak kata amin sama dengan iman- 25 sahaja.
Perbuatan sengaja tak rapatkan saf, makruh. Apa maknanya makruh? Makruh-perkara yang tidak disukai oleh agama. Walaupun tak berdosa tapi tak molek.
Kalau imam kata-
rapatkan saf, samakan saf kamu. Semoga Allah merahmati kamu.
Rapatkan saf maksudnya biarlah bersentuh bahu ataupun tumit. Bila samakan saf, tengok tumit. Tumit belakang biar kena dengan barisan. Itu samakan saf.
|
credit : jomfaham.blogspot.com |
|
credit : google |
|
credit : www.hasrulhassan.com |
|
credit : ilmusunnah.com |
|
credit : al-fikrah.net
|
|
credit : groups.yahoo.com |
2 Comments
Nice sharing...
ReplyDeletememang ramai yang agak 'malas' nak merapatkan saf..kadang-kadang geram juga dibuatnya..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p