She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang! - sayidahnapisahdotcom She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!
LightBlog

She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!

She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!


Sinopsis She Was Pretty

Semasa kecil, hero Ji Sung Joon (Park Seo Joon) dan heroin Kim Hye Jin (Hwang Jung Eum) berkawan rapat dan cinta mereka berputik sejak kecil lagi. Heroin ni bila kecik cantik tapi selepas dah mencapai kematangan(puberty), wajah heroin ni bertukar jadi agak buruk. Hero ni pula semasa kecil gemuk tapi bila besar kurus dan sangat kacak. 

Heroin dan hero bercadang untuk jumpa satu hari tu tapi heroin menyuruh kawan baik beliau,Min Ha Ri(Koh Joon Hee) untuk menggantikan beliau dan menyamar menjadi beliau. Yela sebab Min Ha Ri ni lawa, tak macam dia buruk. Cerita menjadi konflik bila Min Ha Ri ni jatuh cinta pula dekat hero. Dan terus-terusan menjadi watak Kim Hye Jin. 

Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi tengok lah sendiri ye hahaha. Sekarang di Internet baru sampai Episod 9. Keseluruhan episod katanya ada 16 episod. Haihh tak sabar-sabar nak tunggu episod seterusnya! Tapi kena tunggu minggu depan laa. Sebab seminggu dua episod je ditayangkan.

Hero She Was Pretty, Park Seo Joon

She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!
credit to : koalasplayground.com

Heroin She Was Pretty, Hwang Jung Eum


Lelaki kedua She Was Pretty, Siwon Superjunior


She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!
credit to : akpopworld.wordpress.com

Kawan baik heroin, Min Ha Ri


She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!
credit to : koalasplayground.com


She Was Pretty~Drama Korea Terhangat sekarang!


Seriussss best gilosss cerita ni! Lawak ada, romantik ada, sedih ada, saspens ada. Rating drama She Was Pretty ni pun agak tinggi dan sangat mendapat sambutan ramai.

Mula-mula saya dengar daripada kawan je drama She Was Pretty ni. Ingat nak tengok bila dah habis semua episod. Tapi, haritu terrrrrrrrrtengok episod 1. Lepas tengok episod 1, eh macam best pulak. Bukak episod 2. Dan nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Tengok episod 3. Dan seterusssssnya sehinggalah harini episod 9! Dan nak tengok episod 10!!!! Tapi kena tunggu minggu depan episod 10 She Was Pretty keluar. Lamanya lahaiii. Hehehe.

Cerita dia unik la sikit dan bawa mesej orang yang buruk tak semestinya tak ada orang suka. Dan orang cantik tak semestinya semua suka dia. Haa gitu lah. Hahahaha. Yang penting akhlak tu kan. Kalau baik akhlak, inshaaAllah semua akan suka dan selesa dengan kita :)

Siapa lagi geng dengan saya tengok drama She Was Pretty ni? HEHEHE.


Post a Comment

5 Comments

  1. ehhh...mcm best lak citer nihhhhh...hihih

    ReplyDelete
  2. Siwon!!!! Baru tau pasal drama ni. Nak kena tengok ni..

    ReplyDelete
  3. Mesti ada konflik emosi ni...hehehe...

    ReplyDelete
  4. Saya pun tengok cerita ni juga! Kelakar gila! Siwon paling daebak :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p