Yeay duit JPA sem akhir dah masuk! - sayidahnapisahdotcom Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!
LightBlog

Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!

Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!

Semalam kawan jeritt.. "KAKCIKKK! DUIT JPA DAH MASUKK!". Saya terkebil-kebil. Likee seriousslyyy?! Ha?! Duit JPA dah masuk? Yeayy yeay yeayy alhamdulillah. Gembira terlebih sebab memang dah pokai dah ni haha. Dengan lecturer suruh beli buku nyaa, nak fotostat nota nya kan. Memang memerlukan duit sekarang ni. Dan alhamdulillah semalam dah masuk :D
Yeay duit JPA sem akhir dah masuk
Duit JPA untuk student UPM dah dikreditkan :D

Sebenarnya duit JPA tak masuk bank lagi, tapi duit JPA sudah dikreditkan ke pihak UPM. So, maybe 1 atau 2 atau 3 minggu selepas tarikh semalam, duit JPA masuk ke dalam akaun bank Islam. Tapi tahu benda tu pun cukup menggembirakan! Sebab boleh tahu bila duit JPA nak masuk bank.

Ohh ada orang yang nak tahu macam mana nak check duit JPA bila masa dia kredit kan. Kalau saya, saya tak payah check pergi ke mesin Bank Islam tengok dah ada duit ke belum. Yela malas nak menapak ke kafe semata mata nak tengok duit JPA dah masuk ke belum. So, saya check guna apa? Jengjengjengg~

Macam mana nak check duit JPA dah masuk?

Saya check dengan MySelf! Apa itu MySelf? Malaysian Student Engagement Online Feed. Kalau nak ambil maksud full di laman web MySelf sendiri, katanya

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah 'Single Sign-On'.
Yeay duit JPA sem akhir dah masuk
Laman Web Rasmi MySelf

Apa fungsi MySelf ni?

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

Sesiapa yang belum lagi mendaftar, boleh klik di SINI dan klik pada tempat yang tertulis 'Klik sini untuk mendaftar' (seperti di gambar atas). Haa lepastu daftar lah. Nanti untuk next next nak masuk, log masuk (login) je. Tak perlu daftar-daftar dah. 

Kalau yang dah daftar, tapi lupa laa pulak password aduyaii. Yang e-sila ID, memang la ingat sebab bubuh nombor IC je kat situ. Cuma password yela kadang-kadang mesti lupa. Tapi takpe jangan risau, boleh klik pada 'lupa kata laluan'. Nanti pihak MySelf akan email password baru. Haa password baru tu jangan lupa pula! Hahaha. Tetapi biasanya password baru dia bagi mesti pelik-pelik dan susah sangat nak ingat. So, ada dua cara sama ada catat password tu dekat mana-mana atau tukar password dekat MySelf kita. Kalau saya, saya catat dekat notes handphone saya hehe.

Haa soo senang je apa-apa hal, bukak je MySelf. Nak semak ke nak kemaskini ke nak lapor diri ke nak mohon ke.. segalanya ada di situ. Mudah kan sekarang ni? Tak payah susah-susah. Hanya memerlukan data internet, boleh akses ke MySelf ni. 

Okay itu sahajaaa~ senyum tak hilang lagi tengok duit JPA dah dikreditkan. Kuikuikui.


Entri lain yang berkaitan dengan JPA:

Post a Comment

45 Comments

  1. syukur alhamdulillah. bolehlah tampung apa yang patut. :)

    ReplyDelete
  2. Pergh..masyuk. belanja berhemah dan jangan lupa melabur sikit untuk masa depan.. melabur awal, nak kawen or beli rumah nanti senang.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...lepas tadah tangan syukur..sila lompat bintang 2 kali..hihihihi..

    ReplyDelete
  4. best nye......UKM x dikreditkan lg...huhu

    ReplyDelete
  5. yeayyyy..jom kfc...kc belanjaa..yahoooo...hahaha

    ReplyDelete
  6. waaaah..belanja akk heheheh


    Jemput segmen saya ye
    http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html

    ReplyDelete
  7. Untunglahh awak dapat JPA. Kita apply tak dapat. huhu

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanya berapa hari jpa bank in lepas biasiswa dikreditkan ya? #tinggalRM5

    ReplyDelete
  9. Macam mana arh klaw x dpt emel pengesahan tu biarpn kita sda ltk dlm adress emel

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, kena check sentiasa lah akaun bank kita. atau tanya kawan-kawan kot kot dorang ada terima emel.

      Delete
  10. Hai nak tnya selalunya duit jpa masuk awal sem ke hujung sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal. tapi tak terlalu awal. mungkin dalam 1-4 minggu dari start sem macam tu. mungkin lagi lambat.

      Delete
  11. Salam akak nak tanya masa permohonan biasiswa akak berjaya dulu lepastu ada interview pulak ke

    ReplyDelete
  12. Nak tanya semua tu jumlah duit yg akan dimasukkan ke akaun peribadi kita ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, nak tny. selalunya utk pljr yg baru dpt biasiswa jpa utk sem ni, elaun akan masuk sem ni atau sem depan?

      Delete
    2. tak sure tapi rasanya sem ni. mungkin lambat sikit. awak terima berita dapat biasiswa minggu ke berapa?

      Delete
    3. salam nak tanya...kalau saya penyerahan borang jpa 23/10..biasanya duit jpa masuk bila?

      Delete
    4. wassalam. tak pasti pula . boleh tanya kat pihak JPA :)

      Delete
    5. salam, nak tanya, jumlah dia bagi stiap kali dikreditkan memang trus untuk satu sem ke dlm 4-5k trmasuk elaun2 lain?

      Delete
  13. Hi..Says pelajar UPM juga.. Nak tanya tentang itu lapor diri selepas tamat pengajian boleh tak? Tak berapa faham selepas tengok steps tu.. Saya akan habis pada bulan Januari 2017, jadi bilakah yang sepatutnya saya isi borang mohon jawatan kat SPA? Sekarang dah boleh mohon ke? Lepas mohon adakah perlu pergi interview juga? Sorry banyak soalan.. memang confused tentang apa yang perlu diselesaikan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak habis pada bulan Januari 2017 tu maksudnya awak dah tamat belajar sekarang atau awak final sem sekarang?

      Delete
  14. Nak tanya, dalam kontrak ditulis kena kerja dgn kerajaan lepas grad. Tapi bila ya? Lama x nk tggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kerja kerajaan pun boleh, tapi pastikan company swasta tersebut didaftarkan under STAR.

      Delete
  15. Assalammualaikum,
    Nak tanya..macam mana sis mohon jpa? selalunya permohonan jpa buka waktu bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kena selalu tunggu update dari JPA bila permohonan dibuka http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php. saya pun tak pasti bila.

      Delete
  16. Salam nk tny mcm mna kita nk tukar nma penjamin yerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maaf.. tak tahu pula macam mana. cuba call pihak JPA :)

      Delete
  17. salam sis nak tnya saya mohon jpa masa sem 2 tahun 1.. kiranya duit akan masuk smasa sem 1 tahun 2, jadi utk tahun 1 jpa akan bagi duit jugk ke atau jpa hnya bagi start tahun 2 hingga habis grad? thank you sis

    ReplyDelete
  18. sis nk tnya sy mohon jpa masa sem 2 tahn 1 jd kiranya duit akan msuk pd tahun 2.. jadi mcm mn dgan thun 1 punya duit? adakh akn burn gitu je mksudnya jpa hnya bgi start thun 2 spai habis?? thank you sis

    ReplyDelete
  19. hi saya nak tanya if saya dah hantar borang perjanjian 2/10/19 selalunya bia ye duit akan masuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. tu saya tak tahu. maaf.

      boleh call or email JPA tanya untuk kepastian.

      Delete
  20. Saya bari apply jpa, macam mana nak tahu kalau dapat ke tak sbb cek link yg dia bgi tu macam takde apa 2 je

    ReplyDelete
  21. biasa bulan berapa duit jpa masuk

    ReplyDelete
  22. haii , saya nak tanya untuk portal myself bagi pelajar yang terima twrn jpa pidn perlu dftr baru ke ? sbb saya try login kluar " Rekod pelajar/pegawai masih belum diaktifkan untuk MySELF . Pengaktifan tajaan baru mengambil masa 3 bulan bagi tujuan pengesahan akademik dan semakan perjanjian. " boleh saya tahu apa ptot saya buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tanya setakat ni kita kena buat apa utk jpa ni sbb saya dah dapat tandatangan pegawai jpa tapi tiada pulaj email utk buat myself jpa

      Delete
    2. same here...so u tunggu je ke?yg aktifkan akaun tu perlu tunggu selepas blh login masuk ke MYSELF ke?

      Delete
    3. try login myself guna id register jpa haritu. saya punya dah diregister. pelajar jpa tak perlu create account myself sendiri. jpa akan buatkan. so boleh cuba2 try login kot dah boleh bukak

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p