TERPUKAU DENGAN NASI BERIYANI ENDAU CATERERS DAN KAMBING GOLEK CAFE CERITA KAMBING!
Seperti yang diceritakan di blog Endau Beriyani Caterers, Endau Beriyani Cafe Cerita Kambing adalah Resepi Terbaik serta Enak untuk dirasai oleh penggemar Nasi Beriyani. Cuba sekali pasti nak dua kali tiga kali dan banyak lagi lah! Bukan sekadar Nasi Beriyani yang ditawarkan, tapi bermacam-macam juadah lagi lah.. Kambing Golek, Juadah Tradisional Melayu, Ayam Masak Merah Endau, Daging Masak Beriyani Istimewa, Dalca sayuran, tulang temulang BBQ Kambing yang sangat lazat hingga menjilat jari slurp! Ahhhh kecuq air liuq!
Kambing Golek |
Nasi Beriyani Endau Caterers |
Pelbagai juadah menarik dan lazat disediakan oleh Cafe Cerita Kambing Chef Zack |
Kambing Masak Lemak Cili Padi perghhh! |
Kuih muih, dessert |
Ulam-ulaman |
Ohh sedap tak sedap nya Nasi Beriani Endau Caterers ni kan.. sampai masuk majalah (pada tahun 2010) dan di surat khabar Kosmo tau! Dalam majalah tu, siap dengan resipi Nasi Beriani Endau Caterers, Kambing Masak Beriani, Ayam Masak Merah Endau, Acar Timun Bertumis, dan Dalca Sayuran lagi. Gambar-gambar nya pun arghhhhhhh dah terpukau, apatah lagi kalau korang jumpa depan depan, mesti rasa nak terkam je kan haha.
Cafe Cerita Kambing di Akhbar Kosmo! |
Nasi Beriani Endau di majalah! |
Resepi ayam masak merah Endau & Acar Timun bertumis |
Resepi Nasi Beriani Endau Caterers & Kambing Masak Beriani |
Saya selaku orang yang dah merasai juadah Cafe Cerita Kambing ni (seperti Nasi Beriyani Endau Caterers, BBQ Kambing, ayam masak merah, daging blackpepper sos) ..memang saya bagi thumbs up! 5 bintang saya bagi! Tak percaya saya bagi 5 bintang? Aihhh~ Boleh tengok di Facebook Page Rasmi Cafe Cerita Kambing (link di bawah entri ni) kalau tak percaya. Tengok di bahagian Review. Tak cukup dengan 5 bintang saya beri, mesti lah saya selitkan kata-kata pujian juga! Sebab sedap giloss kan. Kalau tak sedap atau kureng sedap, tak ada lah saya nak beri kata-kata pujian sebegitu rupa. Nak tahu apa yang saya tulis kat situ, boleh pergi ushar kat sana.
Nasi Beriyani Cafe Cerita Kambing memang sangat lembut, wangi dan sedap! Masakan kambing dia pun adoiiiii sedap okayyy! Dah la daging dia lembut je, tak liat pun, senang nak gigit, senang nak kunyah telan masuk dalam perut. Tapi saya tak makan la acar timun bertumis dia. Bukan sebab tak sedap ye! Saya tak makan dan tak usik langsung pun sebab saya tak suka sangat makan sayur hahaa. Tapi blogger lain yang makan acar tu puji sedap. :)
Cafe Cerita Kambing |
Jadi, saya sarankan kalau anda yang memerlukan khidmat Caterer untuk majlis kahwin, harijadi, gathering, hari keluarga atau apa-apa event lah... Boleh gunakan kepakaran Endau Beriyani Caterers dalam memenuhi cita rasa pelanggan dengan pelbagai menu yang lazat! Sesuai untuk pelbagai majlis. Dan...!
Mereka berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dan berbagai sajian yang sungguh lazat, yang pasti memukau setiap orang yang menikmati juadah mereka!
Orang yang berani berjanji ni biasanya sebab dia yakin dengan janji dia. Kan? So, apalagi...
Jika berminat dan mahu bertanya lebih lanjut, boleh hubungi/contact mereka dengan message di:
No telefon : 010-292 8248 / 012-314 7293
Instagram : www.instagram.com/cafeceritakambing/
Facebook Page Cafe Cerita Kambing : www.facebook.com/Cafe-Cerita-Kambing-جريتا-كمبيغ-130544873626640/
Alamat : Lot 1.12, Anggerik Mall, Shah Alam
Alamat Cafe Cerita Kambing Chef Zack |
4 Comments
nyum nyum (>.<)
ReplyDeleteWah tengok pun dah nampak lazat..menarik...masak daging kambing agak susah sebenarnya sebab baunya agak kuat...kalau kurang bau kambing tu memang sangat sedap jawabnya...
ReplyDeleteboleh lah suggest dekat encik suami..dia memang suka betul dengan masakan macam ni..thanks for the info
ReplyDeleteSedapnya tengok mbekkkk.. aummmm
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p