tanda-tanda si perempuan suka si lelaki - sayidahnapisahdotcom tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
LightBlog

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki


*background music : Perfect by Pink*

"Aku suka dia lah"
"Aku rasa aku dah jatuh dot dot la dengan dia"
"Aku tertarik la dengan sorang mamat ni"
"Aku minat la kat dia. Agak-agak dia minat kat aku tak?"

"Kalau kau suka dia... macam mana kau boleh pasti dan tahu kau suka dia?"

Yeazzahh that's the point! 

Wahai wanita/gadis/perempuan sekalian..macam mana kita nak tahu kita suka dekat seseorang lelaki ni?
Dan...
Wahai lelaki/pria sekalian...macam mana anda nak tahu perempuan tu suka anda ke tak?


tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
tanda perempuan suka lelaki


Ehem..Sebelum tu, jom kita tengok .. jenis-jenis wanita di dunia ni.

11 Jenis/Sifat Perempuan


  • garang
  • manja
  • lemah lembut dan sopan
  • tomboy-like
  • peramah
  • nakal (bad girl)
  • straight-forward
  • sombong
  • alim 
  • pemalu
  • pendiam


Girlss.. Anda jenis yang mana satu? Ermm ermm ermmm.. *jawab dalam hati lah eh haha*

Setiap jenis perempuan, ada cara dia sendiri dia untuk tunjuk kalau suka/minat seseorang lelaki ni. Lain jenis, lain cara. Tak percaya? 

Okay. Jenis yang perempuan garang a.k.a tegas ni.. agak-agak cara dia sama tak macam perempuan peramah? Of course not right? 
Jenis yang pemalu+manja pun cara dia lain. 
Jenis yang garang+sombong+straight-forward pun lain.

So, saya akan memberi pendapat yang umum. Yang general. Yang tidak secara spesifik. Yang kebanyakan kaum Hawa akan menunjukkan ciri-ciri begini jika mereka jatuh suka terhadap kaum Adam. 

Dan mahu saya tegaskan di sini bahawa.. Tanda-tanda perempuan suka lelaki di bawah ini ialah hanya pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang tak sependapat dengan saya. Tetapi tanda-tanda ini bukan saya saja-saja create. Ianya berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman saya sendiri. 

Gulppp...Pengalaman? Ehem ehem..yelahh saya perempuan jugak kan hahaha mesti lah pernah mengalami benda-benda ni kan. Ehem ehem ehem tetibe tekak gataii kekekke~

8 Tanda Perempuan Suka Lelaki

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
girls are complicated



1. Hati mudah tersentuh a.k.a sensitif (touching)

Perempuan ni memang hati nya rapuh, mudah tersentuh, sensitif dan jenis cepat terasa. Tapi hatinya lebih lebih lebih mudah tersentuh dengan lelaki yang dia suka. Mungkin sebab dia dah lembut hati dengan lelaki dia suka dan jiwa dia dah lebih terbuka dengan lelaki yang dia suka, so.... Kalau hal-hal yang kecil pun, dia nak merajuk. Benda-benda remeh pun dia nak tacing lebih. Kekadang lelaki yang dia suka tu gurau-gurau pun dia nak ambil serius. Lebih kurang begitu lah.


2. Cemburu



Perempuan dan cemburu memang tidak boleh dipisahkan. Perempuan ni kalau kawan baik(perempuan) dia rapat dengan perempuan lain pun kekadang boleh cemburu.. apatah lagi jika lelaki yang dia suka rapat dengan perempuan lain. Kekadang lelaki yang dia suka rapat dengan kawan baik(perempuan) dia pun cemburu. Yelaa perempuan ni kan sangat gemar feeling "insecure" a.k.a rasa tidak selamat. 

Lagi satu.. beza cemburu lelaki dengan perempuan ialah.. cemburu lelaki selalunya bertempat manakala cemburu perempuan kebiasaannya tidak bertempat.Haha. 

Yelah, kalau perempuan ni kan.. lelaki yang dia suka mesra sikit dengan perempuan lain..mesti akan jealous ..walaupun tak ada pape pun sebenarnya (kecuali perempuan yang tahap sporting dia menggunung tinggi setinggi bangunan Burj Khalifa, dia tak akan jealous). Tapi kalau lelaki pula.. biasanya dorang lebih sporting dan..erm tak bersangka buruk kot hahahaha.


3. Mahukan perhatian lebih 

Perempuan ni suka kan perhatian. Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang dia suka. Nak selalu message, pentingkan dia berbanding perempuan lain, mesra lebih, peramah lebih. Semua lebih lah, tapi jangan melebih-lebih pulak kan hahaha.


4. Tak tunjuk perangai tak senonoh/kekurangan

Biasanya yang saya jumpa, jarang la perempuan ni nak tunjuk perangai tak senonoh depan lelaki yang dia minat. In other words, dia tak tunjuk perangai sebenar dia. Mungkin perempuan akan beritahu kepada lelaki yang dia suka tu tentang perangai-tak-senonoh tu tapi dia takkan tunjuk depan lelaki dia suka tu. Kalau perempuan tunjuk sifat tak senonoh dia maksudnya.. dia tak suka lelaki tu atau dia memang jenis yang tak kisah even depan lelaki yang dia suka pun. Antara dua tu lah.


5. Perempuan ni suka kalau lelaki yang dia suka ada depan mata dia

Kalau nak tahu perempuan tu suka lelaki tu ke tak kan, senang je nak uji. Tengok perubahan muka dia bila lelaki yang dia suka ada depan mata dia dan juga kalau tak ada macam mana. Kalau mata dia bersinar-sinar dan muka dia gembira benar bila lelaki tu ada depan mata dia, betul la tu. Kalau muka dia sama je reaksi ada ke takde, sama je..maksudnya dia anggap lelaki tu kawan biasa je. 

Tapi ada juga perempuan yang jenis poker face. Jenis yang pandai kawal riak muka. Okay kalau jenis muka-tak-ada-perasaan macam ni,boleh uji dengan ushar pergerakan mata dia. Tengok dia tercari-cari someone ke tak. Tengok mata dia gerak sana sini macam sedang mencari seseorang ke tak. Tengok mata dia ushar ke mana. Kekadang kita boleh perasan dengan cara macam tu. Kalau dia duk sibuk ushar ushar, jeling jeling ke lelaki tu..haa suka lettuwww~


6. Cerita kat kawan/kenalan rapat 

Perempuan ni biasanya akan luahkan perasaan dia kat kawan baik dan rapat dia. So, kalau para lelaki nak tahu perempuan tu suka anda ke tak, anda boleh tanya kawan baik perempuan tu. Ada cerita ke tak pasal anda. Kalau ada cerita, apa ceritanya? Kena tahu juga lah ceritanya kan. Kot-kot cerita dia biasa-biasa je, tak ada fenfeeling butterfly kat perut kalau selisih dengan anda.. okay perempuan tu tak ada lah minat kat anda. *yeah the truth is hurt*

Tapi ada juga jenis perempuan yang suka berahsia, memendam rasa sorang-sorang, pemalu-malu malu kucing.. Ada jugak yang jenis pendiam tak suka kecoh-kecoh bila suka sorang laki. Jenis macam ni memang susah sikit nak dikenalpasti.


7. Perkenalkan kepada ibu bapa

Okay ni hint yang sangat crucial (penting). Perempuan ni kalau betul betul betul suka dekat seorang lelaki ni, dia akan beritahu dekat parents dia. Sooner or later. Sekarang atau pada masa yang akan datang perempuan akan bercerita juga siapa yang dia suka kepada ibu bapa dia. Jika dia beritahu kat mak ayah dia, maksudnya perempuan tu memang serius suka dekat lelaki tu. Kalau saja suka-suka main-main suka dia tak akan beritahu dekat mak abah dia. 

8. Masuk dalam doa 

Yang ni hint untuk para wanita sendiri. Kalau kita.. para perempuan..teringat nama seorang lelaki ni ketika berdoa tentang JODOH atau MASA DEPAN atau berKELUARGA , maksudnya kita memang suka kat dia.

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
love as long as you live


Okay cukup lah lapan. Ada lagi sebenarnya nak list. Tapi kang saya tambah lagi kang..takut sampai esok tak habis lagi taip hahaha.

Tapi korang korang...
tanda-tanda ni tak semestinya betul tau. 
Tak semestinya sama untuk semua perempuan. 
Tak semestinya boleh diapply kepada semua situasi. 
Ini secara umum sahaja. ye? :)

Oraitt  adioss~wassalam.


Boleh juga baca entri:

Hukum Berdoa Supaya Seseorang Itu Jadi Jodoh Kita

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
HARGA RM80 termasuk pos. Order dengan saya meh! 
WHATSAPP/SMS 0172008642
tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
HARGA RM80 termasuk pos. Order dengan saya meh! 
WHATSAPP/SMS 0172008642

Post a Comment

27 Comments

  1. point no 3 tu betol sangat.memang kalau boleh nak je hari2 dapat mesej dr dia..klu tak dapat rasa nak bagi petir je kat si dia..okbai..hahhahah

    ReplyDelete
  2. antara tanda yg saya boleh nampak:
    -perempuan masakkan sesuatu utk lelaki tu.
    -dia tetiba sibuk nak fesyen2 bila ada peluang jumpa lelaki tu
    -dia senyum yang tak dibendung
    -dia update lirik lagu
    -dia send sms/whatsapp ucapan harin raya,hari merdeka/hari minggu/hari isnin,selasa,rabu

    ReplyDelete
  3. Wanita/perempuan jenis yang diam/pendam dalam hati amatlah bahaya,susah untuk dijangka. ibarat bom jangka, bila dah sampai masa boommm. hancur menjadi abu fuhhh lesap.. :))

    ReplyDelete
  4. Hahaha sume mcm tak je kecuali no 3. Lulz~

    ReplyDelete
  5. Hehe... Kalau boleh jadi perempuan yang jujur dan tak berlakon depan lelaki...

    ReplyDelete
  6. Yang no 6 tu kak PC rasa famous di alam persekolahan...pening lalat bila kawan kita mula jatuh cinta...hihi..

    ReplyDelete
  7. 4,5,6 tu btul la kut hahahah sya ni gila+ jugk.
    Yg 3 tu sya pling tk suka :)

    ReplyDelete
  8. Sy perempuan tapi sy sendiri tak tahu sy ni jenis perempuan yg macam mana..haha

    ReplyDelete
  9. pompuan janganlah jual mahal sgt ye. byk kaum pompuan tk kawin skang ni. hahaha.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum
    nak tnya...ni psal kwan saya...dia baru sbulan break dengan awek dia...awek dia minx putus atas alasan awek dia xready nk bercinta n fobia untuk bercinta...tapi yg saya heran, knapa pompuan tu still ajak dia kluar walaupun da xde apa2...adakah pompuan tu mengharapkan kawan saya balik?mohon penjelasan...

    p/s : kawan saya ada ckap kat pompuan tu yg dia da buang jauh2 perasaan dia..dia takot pompuan tu trus x contact dia kalau dia masih ada perasaan kat pompuan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.
      Oh, ada tiga kemungkinan. sama ada
      1) perempuan tu dia hanya anggap kawan awak sebagai kawan rapat/kawan biasa ATAU
      2) perempuan tu masih lagi ada perasaan cuma bak kata perempuan tu dia masih tak ready nak bercinta n fobia ATAU
      3) perempuan tu ambil jalan selamat supaya tak de terikat pape dengan kawan awak.

      p/s: kalau saya, saya suruh kawan awak tu supaya tetapkan hati dulu. tanya hati "apa niat nak kawan dengan perempuan tu?". adakah hanya berkawan biasa atau masih mengharap? boleh je nak mengharap, tapi bersedia la untuk apa-apa kemungkinan a.k.a kekecewaan.

      Delete
  11. Hahahahhaha...kalau betul lah tanda2 nih.. ramai jugak yg suka saya kalau dikirakan semula hahahahaha || https://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wau gitu.. tapi aku pulak selalu confius gan pompuan bila terpancar signal2 pompuan suka.. tambah aku sedar kekurangan aku sendiri.. hahha

      Delete
  12. Sis lupa masuk Yang Ke 9. Kalau dia suka, dia akan telefon, cakap apa-apa sajalah, asalkan dapat cakap dengan lelaki tu. Sebagai contoh lelaki bekerja di bahagian pertanyaan, kaunter @ jawab telefon. Pompuan yang minat kat lelaki tu akan tanya soalan yang kekadang tak de kena mengena langsung dgn tugas lelaki tu. Contohnya awak balik pukul berapa? Jam berapa habis kerja? minggu ni free tak? ataupun awak balik dengan siapa?

    ReplyDelete
  13. Semuanya memang ada diri saya perasaan cinta itu hanya ALLAH SWT mengetahui semua ini adakah benar ataupun salah ^^.

    ReplyDelete
  14. Oh ni tanda-tandanya. Okay haha ..

    Kantoi .. (awak tengok kite eyh)

    ReplyDelete
  15. No 2 dan 3 paling senang nampak kottt. Haha :D

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak...
    Nak tanya ni.,mcm mana nak tahu seorang janda akan sukakan lelaki...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. errr tak tahu la plak secara spesifiknya hahaha

      Delete
  17. assalamualaikum
    saya nak tahu

    kalau perempuan itu ramah dengan lelaki sedangkan lelaki itu baru sahaja kenal
    bila dengan seorang lelaki itu,dia terus diam,boleh di katakan tak bercakap langsung,bercakap pun benda perlu sahaja,..

    boleh saya tahu kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada beberapa faktor. salah satunya mungkin perempuan itu suka dengan lelaki yang dia jadi pendiam tu. :)

      Delete
  18. hahaha x boleh blah fakta nih tapi betul

    ReplyDelete
  19. Kalau duga laut senang sbb ada kitab alam , tapi kalau duga perempuan aku fail , sampai skrg aku tak dapat jawapan , aku suka sorang prempuan ni , bila jumpa hati aku bergetar kuat , kadang2 dia lihat tajam dalam mata aku , kadang2 dia tunduk membisu , bila aku cuba dekati wajah dia merah padam , suara dia menggigil jwp salam aku , bila agak jarak kembali kepada lirikan mata dia , kadang2 aku toleh belakang tepat dia perhatikan aku , confuse tahap gaban bai .

    ReplyDelete
  20. Saya jenis pemalu,tapi suka pada seorang perempuan ni. Kami kerja satu tmpat. Kami x bertegur melainkan ada prkara penting. Tp kdg2 dia tegur saya. Saya pernah pandang dia masa dia tgh bz,bila dia perasan sy pandang ,dia pandang sy dn senyum kt saya. Saya tak tahu apa maksud senyum tu. Mungkin sekadar senyum kosong.

    Jadi saya nk tanya kt awak, yg mcm ni nk buat cmna?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p