kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis credit foto: tumblr.com |
"cuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah air mata
dalam pelukku kau curahkan semua
menangislah
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa air mata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahawa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu
menangislah
menangislah"
-sedikit lirik dari Lagu oleh kumpulan Nasyid Firdaus - Menangislah Di Bahuku.
Lagu Firdaus ni dah lama dah. 4 tahun yang lalu haha tapi masih saya ingat bait-bait lirik dia. Sebab dulu memang hafal sangat lagu ni. Boleh kata favorite. Boleh dengar lagu dia di bawah ni.
Siapa tak ada masalah dalam hidup ni kan. Semua orang ada masalah tersendiri. Semua orang susah hati dengan masalah masing-masing.
Kekadang buntu. Keliru. Kecewa. Sakit hati. Frustrated. Marah.
Kita tak tahu dengan siapa nak berkongsi masalah. Tak tahu nak cerita dengan siapa. Tak tahu orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan. Kita pun terus beku. Kaku dan tenggelam dalam dunia permasalahan yang sunyi..bersendirian.
Terus terang, saya jenis yang susah nak menangis depan orang. Sukar meluahkan perasaan atau masalah dengan orang. Orang tengok saya gembira, seperti tiada masalah. Orang tengok saya sentiasa tersenyum, seperti bahagia. Tapi memang bahagia pun haha. Tapi yelah bak kata saya tadi setiap orang mesti ada masalah. Besar atau kecil. Setiap orang ada. Cuma, saya lebih suka pendam sorang sorang. Selesaikan sorang sorang. Kalau nak kongsi masalah pun, tak berkongsi secara keseluruhan. Tapi.. tak bermakna saya tak menangis jika ada masalah. Saya akui bila saya sangat sangat stress, kecewa.. saya akan menangis. Tapi menangis sendiri sendiri la haha.
Tapi.. ada orang jenis yang berbeza dengan saya.. jenis yang suka luah masalahnya dengan keluarga atau sahabat baik. Dan saya sangat suka untuk menjadi sahabat itu. Sahabat yang dikongsi masalah tersebut. Sahabat yang menjadi bahu untuk sahabatnya menangis ketika ada masalah. Sahabat yang sentiasa ada di sisi.
Point pentingnya di sini adalah.. menangislah. Kalau tak tahan, menangis lah. Kalau rasa tidak mampu, menangislah. Menangis bukan erti lemah. Bukan juga bermakna kita kalah. Menangis adalah salah satu cara untuk kita melegakan dan melempiaskan keresahan di hati kita.
Dan berdoalah, semoga selepas kita menangis, kita akan diberi kekuatan dan juga ketenangan untuk menghadapi masalah tersebut. Amin.
Awan tak selalunya mendung. Mentari tak selalunya terik. Langit tak selalu cerah. Selepas hujan reda, munculnya pelangi yang indah. Anggaplah semua dugaan dan masalah dalam hidup membuatkan kita menjadi manusia yang lebih matang dan meningkatkan darjat kita di sisi Allah. InshaaAllah.
Be strong myself,
be strong my dear friendssss
and
be strong all people around the world.
never give up! credit foto: tumblr.com |
5 Comments
JM tak malu menangis walau JM seorang lelaki, tangisan takkan hilang lelakinya.
ReplyDeletebusyra kalau dh tak tahan sngt memang akan keluar air mata. sampai terkadang tu teresak2. sbb dengan air mata tu boleh buat kita rasa lega..
ReplyDeleteSebenarnya, bila menangis itulah kita ertinya kita kuat...cuba untuk kuat tuu. cuba bertenang dengan menangis, kerana kelegaan yang dirasa apabila menangis... kalau hati dah keras, tkut x menangis, takut mencarut, lagi bahaya kan..elok lah menangiss...
ReplyDeleteAllah bersama kita, suka atau duka... menangis sampai puas.... Allah tahu kenapa dan semuanya....
Cik sayidah, nona nak mintak awak komen sikit entri ni, bolehh?
Kalau awak, hadiah apa awak bagi for pengantin ehh?
http://nonasani.blogspot.my/2016/10/selamat-pengantin-baru-wawawan-perak.html
terima kasih sbb sudi join GA sy. sy dah masukkan link blog awak dalam bloglist sy. senang la untuk sy blogwalking :)
ReplyDeletelagu feberet I tuhh kak cik..hehehe
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p