azab cirit birit selama 6 hari! - sayidahnapisahdotcom azab cirit birit selama 6 hari!
LightBlog

azab cirit birit selama 6 hari!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Al-kisah haritu saya pernah kena cirit birit selama 6 hari! Ke, 7 hari macam tu. Ya Allah seksa weh cirit birit selama 6 hari! Masa tu saya still lagi tengah study kat UPM, final sem. Saya ingat lagi masa tu tinggal beberapa hari sebelum study week start. Memang menguji betul sebab dah la time tu tengah busy nak siapkan final tesis semua. Kena betulkan tesis, kena jumpa SV (supervisor) untuk report tesis. Pada masa tu juga lah sehari sebelum 1st Ramadhan. Dan kebetulan, saya period time tu. Pheww~ Alhamdulillah sangat saya tak boleh sembahyang time saya tengah cirit birit teruk tu. Saya tak boleh bayangkan keazaban kena cirit birit ketika menunaikan solat.

azab cirit birit selama 6 hari!

azab cirit birit selama 6 hari!
azab cirit birit selama 6 hari!
credit image : hmetro.com.my


First day saya kena cirit birit tu memang agak teruk. Plus, saya tiba-tiba demam pula malam tu. Plus, sakit kepala. Nasib baik la takde muntah-muntah. Dengan makan tak selera nya sebab kalau saya makan sikit je, mula lah perut kruk kruk krukk bergeladak. Lepastu pergi berkejar ke tandas. Nasib baik la bilik air tak jauh sangat dari bilik (saya stay kolej). 

Orang kata, ubat cirit birit ni adalah minum air teh pekat tanpa gula. Saya memang tak simpan gula pun dalam bilik. Uncang teh saya ada, tapi teh hijau. Saya pun buat jela air teh hijau pekat tanpa gula. Asalkan dia teh kan haha. Saya minum 2 gelas juga la malam tu. Nasib baik lah saya jenis dah biasa minum teh hijau tanpa gula, so rasa okay je. 

Saya tidur pun tak lena malam-malam sebab kejap-kejap tersedar, pergi ke tandas. Kipas bilik memang saya off. Sebab demam kan. Siap pakai stokin lagi haha. Nasib baik la masa tu saya seorang je kat bilik (satu bilik ada 4 orang), yang lain semua dah balik rumah. Sebab nak study week kan masa tu. So, boleh la tutup kipas dua-dua bahagian. 

Hari kedua macam lagi teruk. Still ada demam lagi sikit-sikit. Malam hari kedua tu sorang kawan saya temankan saya kat bilik. Sebab dia risau. Nasib baik la dia beli cool fever dan tolong urut kepala saya sekejap. Sebab saya sakit kepala sangat malam tu. 

Hari ketiga Alhamdulillah demam makin beransur pulih. Tapi still sakit kepala. Sempat la pergi ke bilik kawan sebab boring kat bilik sendiri. Yang tak bestnya cirit birit ni, kita tak boleh nak kentut hhahaha. Masa cirit birit ni la kita tahu betapa nikmatnya kentut. Yela bila rasa nak kentut je, mesti bergegas pergi ke tandas hahaha (if you know what i mean). Al-kisahnyaa.. Saya pernah terrrkentut time pergi ke bilik kawan (mungkin sebab saya lari time tu), lepastu saya pun terrr.... haa tahu-tahu lah apa yang terjadi lepas tu haha. Adoii ~ tu la tak bestnya cirit birit ni. Kita tak boleh nak kawal benda tu.

Tak bestnya lagi cirit birit ni. Sebab kita tak boleh nak makan banyak sangat. Sebab kalau makan banyak sikit je, perut mula la mengaram. Kena pergi tandas. Saya pernah .. time tengah makan pun, perut rasa tak selesa. Lepastu terpaksa stop makan, bergegas pergi ke tandas. Nak sambung balik makan lepastu dah tak ada selera. So, makanan tu saya bagi kat kawan haha. Bagus lah. Boleh diet sikit den kekkeke.

Lagi satu tak bestnya lagi, tak boleh ketawa kuatkuat sangat. Kalau ketawa, kena kawal. Tak boleh galak sangat gelak sebab takut terrrrrkeluar cirit hahaha.

Hari keempat hari kelima dah makin okay. Tak delah cirit birit teruk dah. Dia still lagi tapi tak kerap ke tandas dah. Sakit kepala pun dah tak ada. Mungkin sebab panas dalam badan & kepala dah hilang. Kawan-kawan dan keluarga saya dah naik risau dah kat saya sebab lama sangat saya kena cirit. Saya pun macam makin lesu, tak bermaya. Nak gelak pun tak ada daya. Orang suruh pergi klinik, saya tak nak haha.



Macam-macam ikhtiar la saya buat untuk pulihkan cirit birit ni. Seperti yang semua tahu, petua melegakan cirit birit : Makan pil ceketeon (Pil chi-kit teck aun) beberapa bungkus (kalau sakit perut pun, boleh makan pil ni). Antara usaha saya yang lain : minum 100plus, makan beberapa sudu madu, makan buah (sebab ada orang kata cara nak solve masalah cirit birit ni kena makan buah berserat banyak-banyak), minum air putih banyak (sebab banyak membuang kan, so nak recover balik air dalam badan, kena minum air masak banyak-banyak). 

Pil Ceketeon / Chi Kit Teck Aun
credit image: norazis2908.blogspot.com
Pantang larang cirit birit - jangan makan pedas, jangan minum minuman berais /sejuk, jangan minum minuman yang bersusu (contoh: milo, vico). Yang lawaknya, ada sorang kawan saya ni pernah suggest kalau nak baik cirit birit kena minum air yang bersusu. Saya pun minum lah air milo time breakfast. Tapi macam sama je cirit nya. Macam tak berkurang pun. Then, esoknya ada seorang kawan lain pula nasihat jangan minum minuman bersusu sebab doktor yang bagi tips tu sendiri. Saya pun gelak-gelak la sebab saya baru je minum milo. Adehh. Conclusionnya, jangan lah minum minuman bersusu ye ketika cirit birit.

Hari keenam tu memang hampir 90% dah baik. Saya banyakkan minum 100 plus je hari tu. Syukur sangat sebab hari yang keenam ni lah saya kena present FYP (final year project). Bayangkan kalau saya still cirit birit teruk time present FYP? Fuhhh tak terbayang den haha. Tapi time present tu pun, perut still rasa tak selesa la. Tapi muka kena maintain senyum la time present tu hahaha.

Itu lah pengalaman cirit birit ku yang paling lama pernah kena haha. Enam/tujuh hari macam tu kena. Pheww~ nasib baik la tak ada apa yang tak elok kena. 

Tapi punca cirit birit berpanjangan saya tu, saya still tak tahu. 
Adakah sebab saya makan kacang semasa sarapan beberapa hari berturut-turut dan juga time waktu tengahari sehari sebelum saya kena cirit (kacang kan angin) ? 
Atau adakah sebab beberapa minggu sebelum kena cirit tu saya pakai losyen kurus
Atau saya ada salah makan 
Atau adakah sebab saya berjangkit dengan cirit birit orang lain (sebab ada orang kata cirit birit ni boleh berjangkit melalui tandas) ? 
Wallahualam.

Kalau korang pula.. korang pernah ke kena cirit birit lama-lama sampai 6/7 hari? :)

Post a Comment

5 Comments

  1. Paling tak suka cirit sbb tak boleh control, sentiasa dlm bahaya, hahahha. Mai pun makan pil tu kalau cirit, insyaAllah mmg mujarab bg perut mai lah.

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh 😍 dan cemerlang dalam final 😃

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  3. huisy.... semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  4. AM memang tak boleh nak makan Pil chi-kit teck aun..
    erah try sekali..keluar semua balik..
    Tak tahu kenapa..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p