January 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Sunday, January 29, 2017

January 29, 2017

blog pun nak bercuti

Blog saya yang 'comel' ni dah start bercuti 2 hari yang lepas. Sehingga selasa depan, mungkin. Haha.

Selamat bercuti semua! Happy Chinese New Year! :)

#firsttime
#buatentripendekgilos
#spendtimewithfamily
#kbai

Thursday, January 26, 2017

January 26, 2017

cerita jpa hantu?

Haritu check dekat Google Analytic > Acquisition > All Traffic > Channel > Organic Search & juga bahagian dashboard blog > Stats > Keywords. Ada la terjumpa keyword luar biasa ni muncul : cerita jpa hantu hahaha. Luar biasa sebab rasanya tak pernah lagi saya jumpa keyword "cerita jpa hantu" sebelum-sebelum ni.

cerita jpa hantu?
cerita jpa hantu

cerita jpa hantu?


cerita jpa hantu?
cerita jpa hantu
Saya tak pernah lagi buat entri cerita jpa yang berhantu haha. Tapi pernah laa buat entri JPA & entri seram hantu. That's why la bila orang search keyword tu, akan keluar blog saya. 

Dari hasil penyiasatan, bila saya search keyword tu di Google, keluar DUA ENTRI BLOG SAYA di 1st page Google! hahaha tak sangka betul.

cerita jpa hantu?
bila search keyword "cerita jpa hantu" di Google
Tapi yang lawak dan peliknya, kenapa la dia search keyword tu. HAAHAHA.

JPA tu tak berhantu dik. Cuma JPA tu menghantui kita je kekeke.

Wednesday, January 25, 2017

January 25, 2017

tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)

Wahhh gitu~ tips tingkatkan trafik blog FINALE gituww hhaha. Dah macam episod k-drama dah ada finale ni. Seperti yang saya katakan di tajuk, series 'tips tingkatkan trafik blog' ni dah sampai ke penghujungnya dan entri ni adalah yang terakhir. So.. apa tips yang terakhir?

tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)
tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)
cilok image Naruto hahaha

tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)


Tips ketujuh: BLOGLIST


Bloglist yang kita selalu nampak kat sidebar atau bawah blog tu kan? Haa yang tu lah. Blog kita berada di bloglist blog lain tu lah antara benda yang boleh tingkatkan trafik blog kita. Kalau tak banyak, sikit mesti ada.

Saya ni antara jenis yang kalau pergi blog orang, mesti ushar bloglist blog tersebut juga. Ushar ada tak tajuk-tajuk menarik yang boleh dibaca. Ataupun ushar ada tak blog saya terselit kat bloglist dia hahahaha.

tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)
tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)
Macam mana nak tempatkan blog kita ke dalam bloglist blogger lain?

1. Join segmen bloglist 
2. Join giveaway yang hadiahnya bloglist
3. Exchange bloglist (kita masukkan blog dia dalam bloglist kita, dia masukkan blog kita dalam bloglist dia. win-win situation)

Di atas ni antara cara paling mudah lah kalau nak masukkan blog kita dalam bloglist orang. Saya biasa buat yang no.1 dan no.2 tu. Dan juga pernah buat no.3 tu haha. 

Ada cara lain tak selain bloglist?

AFB FEEDS.

tips tingkatkan trafik blog #7 (finale)
AFB FEEDS
AFB FEEDS ni lebih kurang macam bloglist. Tapi dia lagi special. 

Konsep AFB Feeds: satu blog akan memaparkan (minimum) 5 entri terkini blog AFB lain secara AUTOMATIC SCHEDULE FEED. Setiap hari feed akan bertukar sesama ahli AFB secara AUTOMATIK. AFB Feeds ni akan diletak di bahagian atas blog.

Tak faham?

Okay cuba tengok di sudut atas blog saya. Ada tak jumpa AFB Feeds? Okay cuba klik salah satu entri situ. Anda akan dibawa ke entri tersebut (entri blog ahli AFB). Kemudian, tengok pula ada tak AFB Feeds di blog ahli AFB tersebut? Kalau ada, klik pula salah satu entri di situ. Anda akan dibawa ke entri tersebut (entri blog ahli AFB lain pula). Dan seterus seterusnya macam tu juga. 

Maksudnya, semua ahli AFB ada AFB Feeds ni dan akan bertukar-tukar feed secara AUTOMATIK setiap hari.

Tak faham lagi? 
Atau nak join AFB?

Boleh whatsapp saya di 0172008642 atau ketua AFB kak irra (www.irrayyan.com) di 0133560192

Faedah-faedah or advantages join AFB:


  • promote blog dalam kalangan AFBians (meningkatkan trafik UV PV blog)
  • kembangkan network blogger yang positif 
  • ketahui lebih mendalam tentang ilmu blog (SEO blog, SEO entri, template responsive, Adsense, Google Analytics)
  • ada medium untuk memberi dorongan dan nasihat berblog (boleh bertukar-tukar pandangan&pendapat)

Okay itu sahaja tips yang saya kongsikan untuk harini. Dan seperti yang saya katakan.. series TIPS UNTUK TINGKATKAN TRAFIK BLOG ni akan berhenti pada harini. Mungkin pada masa lain saya akan buat series yang lain pula. 

Korang nak series entri apa pula? Korang nak saya buat entri apa yang berkaitan dengan blog? Boleh buh cadangan di kotak komen di bawah hehehe. Saya cuba usahakan :)

Okay daaa~!

January 25, 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my




Product:  Backpack
CNY2017 Sales price: RM22.60
Date: 12/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 98 units only Sold Out


Product: Haniya Blouse
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only


Product: Haniya Blouse
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 169 units only


Product: Cardigan
CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only


Product: Woman Jeans
CNY2017 Sales price: RM20.90
Date: 11/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 141 units only  Sold Out

Tuesday, January 24, 2017

January 24, 2017

Puisi #11 lelah sudah bermanis-manis

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #11 lelah sudah bermanis-manis
Puisi #11 lelah sudah bermanis-manis
Puisi #11

Lelah sudah bermanis-manis,
sebab hidup satu jam saja
dua, di malam ini.

Korek api kayu,
kuyu kepalanya
tak mau menyala,
hendak tenggelam dalam puisi saja katanya

Malam sepi,
siapa hendak bersepi-sepi,
dengan si penyepi?

Di antara rak-rak buku,
kutemukan kamu
Di antara rak-rak pikiranmu,
kutemukan aku

Nukilan: @Nulisbuku



p/s: Nunittee!
January 24, 2017

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?

Belajar Buat Blog. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay harini saya nak join 1 Contest SEO: Belajar Buat Blog, anjuran Blog coretananuar. Apa yang menarik dan apa yang bestnya dengan Contest SEO ni? Eh, tak syok la kalau saya cerita kat sini hehe.

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Kalau nak tahu apa yang bestnya dan kalau rasa nak join, boleh klik banner di bawah.

Contest SEO: Belajar Buat Blog




Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?


Mungkin ada dalam kalangan daripada non-blogger yang tertanya-tanya atau terdetik persoalan: "kenapa nak buat blog?", "best sangat ke buat blog ni?", "apa yang menarik dengan blog? baik layan drama korea", "kenapa nak belajar untuk buat blog? ada apa dengan blog?".

Mungkin la ada kan orang tanya cenggitu. Mungkin juga tak ada haha. Tapi kalau laa ada orang tanya soalan-soalan sebegitu kepada saya, saya akan jawab....

1. Berkongsi cerita, pengalaman, perasaan

Saya tak ada buku diari. Saya juga tak ada adik (tetibe haha). So, blog ni antara medium saya berkongsi cerita dan kisah saya. Secara tersirat mahupun tersurat. Secara terang atau kelam. Walaupun bukan setiap hari saya share kisah saya dalam blog ni, tapi bak kata saya tadi.. mungkin saya luahkan perasaan saya dalam bentuk lain, dalam genre entri lain. Bukan entri personal.

2. Jadi manusia yang bermanfaat pada orang lain

"Semoga aku dapat saham yang baik daripada blog ini, yang dapat bantu aku di akhirat sana". Percaya atau tidak.. reason kedua ini lah yang antara menguatkan saya. Yang mengukuhkan niat saya untuk terus menjadi seorang blogger. Yang membantu saya untuk terus menulis entri ketika saya malas nak karang entri. Saya fikir saya tulis entri blog ni untuk dapat pahala, untuk bantu orang, untuk beri manfaat pada orang, untuk beri inspirasi pada orang, untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.

3. Belajar tentang ilmu blog

Ilmu di dunia ni banyak. Ilmu blog salah satunya. Dulu-dulu saya tak peduli pun dengan ilmu blog ni. Atau saya berminat nak belajar tapi tak ada orang nak ajar sepenuhnya. Atau ada kelas yang ajar tentang ilmu blog tapi saya tak mampu dari segi kewangan dan masalah lain. So, akhirnya saya temui juga satu medium untuk saya belajar tentang ilmu blog (SEO, Adsense, Responsive Template, Google Analytics, UV PV dan sebagainya). Alhamdulillah. Seronok tau once dapat belajar ilmu-ilmu blog ni. Lagi-lagi selepas dah praktikkan dan nampak hasilnya. Memang BEST!

4. Buat duit dengan blog

Macam mana nak buat duit melalui blog?

  • adsense
  • nuffnang
  • innity
  • orang sewa ruang iklan di blog
  • paid review
  • 8share
  • promote business kita dalam blog

Dapatkan side income / pendapatan sampingan dengan blog ni memang best. Siapa yang tak nak kan? Tinggal usaha kita je. Yeap usaha. EFFORT. Usaha belajar ilmu blog, usaha bersengkang mata untuk karang entri, usaha bina ayat nak bagi orang faham, usaha perah idea nak buat entri, usaha ping (share) entri blog di FB/Google+, usaha blogwalking. Kesimpulannya, USAHA untuk MENINGKATKAN TRAFIK BLOG tu kena ada dan sentiasa buat. Baru lah side income pun masyuk, inshaaAllah.

5. Make good & positive friends/family

Saya tak sangka pun saya boleh dapat kawan dan family dalam kalangan blogger. Kawan blogger yang saya boleh harap dan percaya, keluarga blogger yang saya boleh bergurau senda dan berkongsi pendapat. Alhamdulillah.

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Secara spesifiknya, kalau orang tanya saya.. apa tips untuk kekal bersemangat dan terus stay dalam dunia blogging ni? Reason no.1-5 lah jawapan saya. 

Oh, kalau korang nak tahu tentang panduan ringkas mengenai langkah-langkah blog dengan Blogspot, buat duit dengan blog, rahsia Affiliate dan banyak lagi.. boleh la dapatkan E-Book di bawah ini.


Okay itu sahaja, semoga bermanfaat! Daaa~ wassalam :)

January 24, 2017

PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!

Wahh wahhh! Coway sedang buat promosi Ulang Tahun Ke-10 Coway! Jangan lepaskan peluang ni! Kena cepat-cepat grab! Kenapa? Sebab tawaran promosi ulang tahun ke-10 Coway - Coway Water Filter And Purifier ni sangat sangat terhad! First come, first serve. Tapi, apa yang ditawarkan nya?


PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!


PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!
PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!
Produk Neo (Asal RM115/bulan) 

SEKARANG RM95/BULAN!

Apa yang anda dapat? 

1. PERCUMA tukar filter dan servis setiap 4 bulan.

2. PERCUMA alat ganti, jika berlaku segala jenis rosak.

3. WARANTI DAN SERVIS selama 5 tahun.

4. PERCUMA penghantaran dan piping di seluruh malaysia

Senang cakap, anda guna je coway..segala servis, tukar filter dan rosak. SEMUA COWAY TANGGUNG!

PROMO MASA TERHAD!

Berminat nak beli? Whatsapp code "NEO95 5242" ke 016-7085242 (Salwa).

PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!
PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!

Mampu-Milik Coway NanoTrap

  • 3 suhu
  • isipadu lebih besar
  • setiap penapisnya 100% dijamin halal
  • penulen air berkualiti tinggi dicipta khas untuk keluarga anda dari The Water Specialist.
  • sebelum RM115 sebulan, sekarang RM95 sebulan (MASA TERHAD)!

Berminat nak beli? Whatsapp code "NEO95 5242" ke 016-7085242 (Salwa).
PROMOSI ULANG TAHUN KE-10 COWAY! TAWARAN SANGAT TERHAD!
mampu-milik coway nanotrap

January 24, 2017

Hukum Inaikan Rambut Beruban Dengan Warna Hitam

Hukum Inaikan Rambut Beruban Dengan Warna Hitam


Hukum Inaikan Rambut Beruban Dengan Warna Hitam
Hukum Inaikan Rambut Beruban Dengan Warna Hitam
credit image: rangtalu.wordpress.com
Soalan: Umur saya 29 tahun tapi rambut uban. Boleh tak saya warnakan dengan warna hitam?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Masalah menginai atau meng-dye kan rambut uban hukumnya sunat. Tetapi dengan warna hitam..jumhur (jumhur = majoriti) ulamak mengatakan dilarang. Yang membolehkan dengan warna hitam (inai hitam) qaulul dhaif (dhaif = lemah).  Perkara tentang ini ada disebut dalam kitabul Limas, kitab Aidul Bukhari.

Ada dua orang sahaja ulamak (kalau tak silap) yang mengatakan tidak haram dengan warna hitam (inai hitam). Jadi, benda ini khilafiah (tidak ijmak/tidak bersepakat). Yang kuatnya (pendapat yang kuat) adalah dilarang dengan warna hitam.

rambut uban
credit image: sweetlikeapeach.com
Ada orang kata kalau kita cabut uban, nanti uban akan bertambah lebih banyak. Betul ke?

Saturday, January 21, 2017

January 21, 2017

JUALAN ANAK BENIH SEMAIAN POKOK TIN, BUAH DELIMA, ANGGUR & LAIN-LAIN DI PUTRAJAYA

Sebaran dari Group Whatsapp yang perlu disebarkan:

Bagi rakan-rakan yang berada di sekitar Putrajaya boleh la ke Figger Day yang bermula hari Jumaat (20/1/17) hingga Hari Ahad (22/1/17). Jualan anak benih semaian pokok tin, pokok buah delima , pokok anggur dan lain-lain.

JUALAN ANAK BENIH SEMAIAN POKOK TIN, BUAH DELIMA, ANGGUR & LAIN-LAIN DI PUTRAJAYA
JUALAN ANAK BENIH SEMAIAN POKOK TIN, BUAH DELIMA, ANGGUR & LAIN-LAIN DI FIGGERS' DAY, PUTRAJAYA

Jemputlah ke Gerai Telok Baking Fig Garden.

FIGGERS' DAY
Lokasi : Myfarm Outlet Kasih Presint 7,Putrajaya
Tarikh :  20-21-22 January 2017
Masa : 10 pagi hingga 10 malam

Untuk ke sana , boleh hubungi Puteri El Suraya 019-567 6689.

p/s: Kesian rakan-rakan yang sewa gerai di Figgers Day ni.Tiada promosi. Barangan yang dijual bagus. Tapi kosong tak ada orang datang sejak pagi Jumaat. Mohon bantu uar-uarkan.

Moh le kita support mereka dengan sebarkan maklumat ni :)
January 21, 2017

6 Tanda Kita Wajib Detox & 9 Contoh Kombinasi Air Detox

Apa maksud detox itu sebenarnya? Detox atau detoksifikasi merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan racun (toksin) dari tubuh badan manusia.

6 Tanda Kita Wajib Detox Sekarang!


6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Wajib Detox
1. Sembelit

Sering terjadi kepada wanita dan lelaki. Kadang-kadang berbadan kurus pun mengalami masalah sembelit. Sembelit menyebabkan toksin berkumpul dalam usus dan tak dapat membuang setiap hari.

6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Kita Wajib Detox
 2. Berat badan susah nak turun

Ia menunjukkan toksin banyak di dalam badan kita dan perlu detox untuk menyingkirkan toksin tersebut.

6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Kita Wajib Detox
3. Badan mudah lesu

Mudah terasa penat dan mengantuk walaupun baru buat kerja.

6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Kita Wajib Detox
4. Perut buncit

Perut nampak buncit sebab toksin berkumpul dan tak dikeluarkan. Alamak, cuba pegang perut anda sekarang. perlu detox tak? (alamak, memang terasa yang ni =.=)

6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Kita Wajib Detox
5. Sukar untuk tidur malam

Susah nak lelapkan mata kerana toksin yang berlebihan menyebabkan sukar tidur dan mudah terjaga di waktu malam.

6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Kita Wajib Detox
6. Jerawat dan ruam

Toksin yang berlebihan di dalam badan menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Bukan sahaja di muka, malah di belakang badan juga.

6 Tanda Kita Wajib Detox
6 Tanda Kita Wajib Detox

9 Contoh Kombinasi Air Detox


1. Watermelon (tembikai) + Mint (daun pudina)

2. Orange + Lemon + Lime (limau)

3. Lime + Kiwi + Strawberry

4. Strawberry + Mint + Lemon

9 Contoh Kombinasi Air Detox
Contoh Kombinasi Air Detox
5. Teh hijau (green tea) + Daun pudina + Limau [ gabungan ni bagus untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala ]

6. Timun (cucumber) + Strawberry + Kiwi [ gabungan ni bagus untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman ]

7. Timun + Lemon + Limau [ gabungan ni bagus untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan ]

8. Oren + Lemon + Limau [ gabungan ni bagus untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati ]

9. Timun + Daun Pudina + Lemon + Halia (ginger) [ gabungan ni bagus untuk kempiskan perut ]

9 Contoh Kombinasi Air Detox
Contoh Kombinasi Air Detox
Atau, ada orang kata juga ..selain dari resipi di airdetox atas ni, boleh juga minum air teh hijau tanpa gula.

In case pada sesiapa yang mempunyai tanda-tanda wajib untukdetox tapi malas atau tiada masa untuk membuat airdetox, saya cadangkan untuk mengambil produk Shaklee yang baik untuk penghadaman iaitu Herb-Lax dan Alfafa Complex.

Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh pula mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.

herb-lax
Herb-Lax
alfafa
Alfafa Complex
lecithin
Lecithin
omega guard
Omega Guard

Berminat untuk beli produk-produk Shaklee di atas ataupun produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi/whatsapp saya di 0172008642 (Sayidah).

Selamat berdetox! Selamat menyahtoksik! Ehe.

Friday, January 20, 2017

January 20, 2017

tak semua benda kita boleh kawal


tak semua benda kita boleh kawal

"tak semua benda kita boleh kawal.."

Iye, saya setuju. Tak semua benda kita boleh kawal 
-Perasaan manusia. 
-Perangai, sikap manusia. 
-Pandangan manusia terhadap kita.

Kita tak boleh nak kawal. Tak boleh nak ubah.

tak semua benda kita boleh kawal

Nasihat lah sebanyak mana pun,
beri lah sejuta cadangan pun,
berharaplah setinggi langit pun,
perli lah sebanyak mana pun...

Jika Allah tak menghendakinya berlaku, ianya takkan berlaku. Never. Ever.

tak semua benda kita boleh kawal

Ada satu masa.. kita rasa sangat kecewa dengan diri sendiri.
Ada satu masa kita rasa sedih sangat dengan perkara yang berlaku di sekeliling.
Ada satu masa.. kita tak faham dan tak mengerti kesusahan yang melanda.
Ada satu masa.. sesak dan lelah menguasai diri.
Ada satu masa.. kita berfikir dan berfikir dan berfikir, tetapi bukan noktah yang dijumpa 
tetapi hanya koma.

Da
Jikalau masa itu berlaku, letaklah tangan di hati. Menghayati.

"Ya Allah.. berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Ya Allah.. tetapkanlah hatiku di jalan-Mu.
Ya Allah.. pimpinlah aku. Beri lah aku jalan.
Tunjukilah aku ke jalan yang lurus.
Beri lah aku dan orang di sekeliling ku hidayah.
Ya Allah.. tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu ya Allah"
January 20, 2017

Lunch Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan mantop di Restoran Beriani Warisan!

Minggu lepas, abi bawa lunch ikan patin masak tempoyak di Restoran Beriani Warisan, Ampangan, Negeri Sembilan. Lokasi Restoran ni berhampiran dengan Petronas Ampangan. Selain daripada ikan patin masak tempoyak, di situ ada juga hidangan nasi beriani. Kedua-dua hidangan tersebut saya pernah try. Memang sedap! Patin tempoyak dia the best la! Cukup dengan rasa lemak dia. Dah la dia hidang time ikan patin tu panas-panas. Cicah pula dengan tempoyak. Perghhhhh A+++! *telan air liur*

Lunch Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan mantop!


Lunch Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan mantop!
 Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Harga untuk satu hidangan (nasi+ikan patin satu+timun+tempoyak) hanya RM6 sahaja. Kalau nak tambah nasi tambah, charge RM1. Sangat-sangat berbaloi dan murah bagi saya. Abi kata kalau kat KL mahu nak dekat RM10 harga nya. 

Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan

Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan


Memang berair la hidung lepas melantak nasi kuah ikan patin tempoyak ni haha. Ikan patin dia memang fresh. Tak ada bau hanyir ke apa. Plus, owner restoran ni memang cuci bersih-bersih ikan patin. Nampak la bersih dan fresh dia.

Saya recommend kan pada semua yang datang ke Seremban atau berhampiran dengan Seremban untuk datang singgah ke restoran sini. Rasai sendiri kesedapan patin tempoyak sini. Tapi kena cepat cepat la datang pada waktu pagi&tengahari sebab memang laku keras. Kalau lambat datang, memang dah habis.

Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan


nasi beriani Nogori Sembilan
Nasi Beriani
 Ni la tukang masak dan owner nya. Pasangan suami isteri. Cantik je dia senyum hehe.

Restoran Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan


Okay, sila terliur ye tengok gambar-gambar Ikan Patin Tempoyak di atas hahaha. Selamat menjamu selera!