Minggu lepas, abi bawa lunch ikan patin masak tempoyak di Restoran Beriani Warisan, Ampangan, Negeri Sembilan. Lokasi Restoran ni berhampiran dengan Petronas Ampangan. Selain daripada ikan patin masak tempoyak, di situ ada juga hidangan nasi beriani. Kedua-dua hidangan tersebut saya pernah try. Memang sedap! Patin tempoyak dia the best la! Cukup dengan rasa lemak dia. Dah la dia hidang time ikan patin tu panas-panas. Cicah pula dengan tempoyak. Perghhhhh A+++! *telan air liur*
Lunch Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan mantop!
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
Harga untuk satu hidangan (nasi+ikan patin satu+timun+tempoyak) hanya RM6 sahaja. Kalau nak tambah nasi tambah, charge RM1. Sangat-sangat berbaloi dan murah bagi saya. Abi kata kalau kat KL mahu nak dekat RM10 harga nya.
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
Memang berair la hidung lepas melantak nasi kuah ikan patin tempoyak ni haha. Ikan patin dia memang fresh. Tak ada bau hanyir ke apa. Plus, owner restoran ni memang cuci bersih-bersih ikan patin. Nampak la bersih dan fresh dia.
Saya recommend kan pada semua yang datang ke Seremban atau berhampiran dengan Seremban untuk datang singgah ke restoran sini. Rasai sendiri kesedapan patin tempoyak sini. Tapi kena cepat cepat la datang pada waktu pagi&tengahari sebab memang laku keras. Kalau lambat datang, memang dah habis.
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Nogori Sembilan |
|
Nasi Beriani |
Ni la tukang masak dan owner nya. Pasangan suami isteri. Cantik je dia senyum hehe.
Okay, sila terliur ye tengok gambar-gambar Ikan Patin Tempoyak di atas hahaha. Selamat menjamu selera!
4 Comments
myelerakan !!!! =D
ReplyDeletesedap terangkat x ni. hehehehe
ReplyDeletesedapnye..hehe
ReplyDeleteMemang terliur..lamanya tak makan ikan patin...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p