cara kira waktu haid yang betul dalam Islam - sayidahnapisahdotcom cara kira waktu haid yang betul dalam Islam
LightBlog

cara kira waktu haid yang betul dalam Islam

Dari dulu memang persoalan tentang haid ni tak pernah selesai kan? Ada je persoalan dan kemusykilan tentang haid. Sebab apa? Sebab hal-hal tentang haid ni kadang-kadang rumit dan sukar untuk dijangka. Lagi-lagi pada wanita yang mempunyai masalah haid - contohnya lambat datang haid dari waktu yang sepatutnya, darah haid keluar sikit-sikit, jarak waktu haid pertama dan haid kedua adalah sangat singkat. Tapi... dari dulu memang saya nak tahu satu perkara berkaitan dengan haid ni iaitu macam mana cara kira waktu haid? Kadang-kadang keliru kan sebab tarikh datang haid tu tak konsisten. Berubah-ubah. Tapi kadang-kadang tarikh keluar darah haid sama bulan ni dengan bulan lepas. So, jom kita ushar cara kira waktu haid yang betul dalam Islam.


Soalan: Kalau haid tu berhenti, lama mana pulak nak mari pulak? (maksud soalan: berapa hari untuk haidh seterusnya selepas haidh pertama?)


cara kira waktu haid yang betul dalam Islam



cara kira waktu haid yang betul dalam Islam
cara kira waktu haid yang betul dalam Islam; credit image : wanita.fieraiesya.com
Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Paling awal dia mari pula selepas haid yang pertama - 15 hari mesti kosong daripada darah. Maknanya, kalau dia berhenti (haid) pada 31haribulan, mari pulak (haid) adalah 15 haribulan.. Bukan. Itu darah istihadhah. (Sepatutnya) kena mari pula pada 16 haribulan.

Antara haid pertama dan haid kedua mestilah jarak 15 hari (15 hari suci dari darah). Cuma, kebiasaannya lebih kurang 24 hari. Sebab sebulan ada 30 hari, haid 7 hari, 23 hari cuti (tak ada haid). Cuma, paling cepat 15 hari (15 malam).

Maksudnya, kalau berhenti 31hb.. nak mari pula paling awal (keluar haid) adalah pada 16hb.


cara kira waktu haid yang betul dalam Islam
doa wanita ketika datang haid dan nifas
Baca juga:

Bolehkah potong kuku / cukur bulu ketika datang haid/junub?
Bolehkah Perempuan Haid mengaambil Wuduk?
Kuning, kelabu, keruh, hijau : warna haid kah?

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p