mengajar tutor ni penat lah tapi best - sayidahnapisahdotcom mengajar tutor ni penat lah tapi best
LightBlog

mengajar tutor ni penat lah tapi best

Siapa kata mengajar tak penat? Penat tau hahhaa. Baru tahu ponek sebab saya jadi tutor matematik dan matematik tambahan di Seremban sejak beberapa bulan yang lepas. So, memang terasa sangat penat dan lelah selepas mengajar student. Tu pun saya ajar secara personal, maksudnya secara1 to 1. Tak ambil ramai student sekali satu kelas. Satu session 1 atau 2 jam, ambil 1 atau 2 pelajar je. Kalau 2 pelajar tu pun sebab mereka adik beradik. So, ajar sekaligus dua beradik. Saya ajar banyak kelas dalam satu minggu tu tapi satu kelas tu saya ajar secara personal. Supaya pelajar lebih fokus dan saya pun boleh fokus kat dia je. Hee.

mengajar tutor ni penat lah
ajar tutor matematik dan matematik tambahan
Cuba bayangkan pula cikgu kat sekolah yang handle budak students ramai-ramai. Pelbagai karenah pula tu. Adehhh mesti penat. Den respect betul cikgu-cikgu di luar sana. 

Hmmm.. Saya kekadang tu penat bukan sebab apa. Penat sebab non stop mengajar kot. Bercakap, monitor student non-stop selama 1-2 jam tu. Tumpu kat dia jeee. Kalau dia tanya, kita jawab. Kalau dia tak faham, kena ulang balik soalam/jawapan sampai dia faham. Kadang-kadang soalan KBAT lagi laa susah nak bagi student faham. Berbuih-buih nak bagi dia faham. Siap bagi contoh. Lagi-lagi kalau soalan KBAT yang ayat belit-belit, sekali dengan cikgu nya pun pening haha.


mengajar tutor ni penat lah
teaching quote #1
Lepas habis ajar tutor, saya memang perasan yang saya rasa penat. Kadang-kadang tak penat pun, tapi badan rasa lembik + lemah. Macam dah kena sedut dengan pelajar-pelajar haha. Mungkin sebab time mengajar, kesabaran diuji + ketabahan melayan karenah + air liur dah keluar banyak. So semua faktor ni menjadikan seorang 'Sayidah' agak penat hahaha.


mengajar tutor ni penat lah

So, kalau selepas habis saya ajar tutor, saya lebih suka mendiamkan diri, tak bercakap. Sebab nak recharge energy. Kadang-kadang tu mood saya pun berubah tau lepas ajar tutor. Jadi moody hahaa. 

Tapi lepas beberapa ketika + rehat.. selepas dah recharge, kembali okay la. Bertenaga semula hikhik. 


mengajar tutor ni penat lah
teaching quote #2
Tapi penat penat pun.. mengajar ni best. First, mungkin sebab passion saya mengajar orang matematik. Yang best lainnya mengajar ni adalah apabila student tu ada peningkatan, faham apa yang kita ajar, seronok dan selesa bila belajar dengan kita. Dan paling best bila mereka panggil saya "cikguuu..cikgu.." hehhee. Kembang kuncup dengar.

mengajar tutor ni penat lah
keep calm and teach
Anyway.. Dalam dunia ni, kerja apa je yang tak penat kan? Semua penat. Tapi tak apa, demi mencari sesuap rezeki untuk keluarga (acewah), kita semua yang bekerja ni cekalkan hati dan meneruskan perjuangan kan kan kan hehe.

Chaiyok! Fighting!

Anyone yang mencari tutor matematik atau matematik tambahan darjah1,2,3,4,5,6 / tingkatan 1-5 / kolej / politeknik / matrik / universiti.. boleh hubungi/whatsapp saya di 0172008642 :)


tutor matematik, matematik tambahan
keep calm and hire me as math/addmath tutor

Post a Comment

3 Comments

  1. Hebatnyaaa. Saya minat Math tapi takde rezeki nak smbung dlm bidang yg fokus dekat Math. Hihi

    ReplyDelete
  2. Boleh lah ajar anak Kak Sue nanti KC..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p