senang je topup guna cimbclicks - sayidahnapisahdotcom senang je topup guna cimbclicks
LightBlog

senang je topup guna cimbclicks

Antara sebab saya suka cimbclicks ni .. sebab kita boleh topup guna cimbclicks. Senang, mudah, cepat, pantas dan mutakhir! Hahaha. Tak kisah la nak topup nombor maxis ke, celcom ke, digi ke, U Mobile ke, Tune Talk ke, broadband YES4g ke, Altel Prepaid ke, haaa semua boleh topup guna cimbclicks ni. Kalau tahu caranya, 1 minit je dah settle!


cara-cara topup guna cimbclicks


1. Login akaun cimbclicks kita di https://www.cimbclicks.com.my/ [pada sesiapa yang ada akaun CIMB tapi tak ada cimbclicks, boleh register di kaunter CIMB or buat secara online je]

topup cimbclicks
cara topup guna cimbclicks
2. Klik Topup > Prepaid Reloads

cara topup guna cimbclicks
cara topup guna cimbclicks
3. Isi maklumat apa yang patut.

From: select akaun CIMB kita
Product Type: Mobile Reload
Buy: Pilih la nak mana satu - maxis ka, celcom (celcom airtime) ka, DIGI ka, umobile ka. 
Reload To: masukkan nombor phone/broadband yang kita nak topup tu
Then, klik Submit.

cara topup guna cimbclicks
cara topup guna cimbclicks
4. Klik Request 

topup phone cimbclicks
cara topup guna cimbclicks
5. Masukkan TAC (6 nombor XXXXXX yang dia message ke phone kita). 
Then, klik Confirm.

prepaid reloads cimbclicks
cara topup guna cimbclicks
Siap! Successful! 
Klik Ok
Then Logout.

successful topup cimbclick
cara topup guna cimbclicks
Kalau masa cimbclicks ni bengong sikit, dia tak tulis Successful, tapi dia tulis Accepted for Processing. Tapi jangan risau. Eventhough dia tulis macam tu, sebenarnya dia dah topup dah tu.

macam mana nak topup guna cimbclicks
cara topup guna cimbclicks
Senang je kan kann? Saya dah lama dah guna cimbclicks ni kalau nak topup. Topup nombor saya, topup nombor maxis celcom umi, topup nombor maxis celcom abi. Sekarang ni kalau umi nak topup, senang je suruh den kakcik, tolong topup maxis umi RM10. Sebab umi tahu saya guna cimbclicks, sekejap je siap hehe.

Lagipun.. kadang-kadang yelaa tengah-tengah malam tetibe je data internet phone habis. Nak pergi ke kedai dah malam, so guna cimbclicks jelah. 
Kadang-kadang juga tu.. tak cukup duit kat dompet nak beli topup kat kedai, so buka je akaun cimbclicks. topup dari situ. Simple.

Okay lah.. Tu je nak share, kot-kot ada yang tak tahu kan. Benda yang baik perlu di sharing ye dak? Hhehe.

okay nyte~!

Post a Comment

7 Comments

  1. Sekarang semua dah dekat hujung jari je kan kc hakhakhak. Elsa tak pakai prepaid so tak berpeluang nak buat semua nie huhu

    ReplyDelete
  2. Pernah sekali tu Mrs. A top-up guna cimbclicks RM50.00 kemudian dapat rebate RM50.00 semula macam tak percaya jer... lunch hour siap pergi check tengok betul ke dapat RM50.00 tu alhamdulillah memang ya dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh seriously? best giloss hahaha. rejeki kan :)

      Delete
  3. memang sulalu guna cimbclicks. senang je lagi2 kalau guna apps.

    ReplyDelete
  4. Bagus ni . Selalu CCL guna cimb untuk shopoing online je .. urusan topup ni tak pernah try

    ReplyDelete
  5. info sgt baik...bleh follow tutorial nie.

    ReplyDelete
  6. Kalau kita select celcom airtime , auto msuk dekat no kan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p