mydiary #1 ingat balik kau blogging sebab apa - sayidahnapisahdotcom mydiary #1 ingat balik kau blogging sebab apa
LightBlog

mydiary #1 ingat balik kau blogging sebab apa

10:24 PM
7 April 2017




Petang tadi borak dengan umi. Umi cerita.. sekarang ni kak yong sibuk dengan kerja. Kerja dari office bawa ke rumah. Abanglong pun makin sibuk kerja sekarang. Mesti penat. Uruskan anak-anak lagi di rumah.

Lepastu, umi share sedikit 'tazkirah' dengan saya. Sibuk dengan kerja dan kerja dan kerja dalam kehidupan seharian. Solat sekejap je, lepastu sambung kerja balik. Mengaji tak sempat. Thats why awal-awal pagi sebelum berkerja, kena niat .. "aku kerja kerana Allah". Niat kita buat kerana Allah. Kalau tak, sia-sia je.

Itu antara 'tazkirah' petang yang masuk ke dalam telinga saya sekaligus ke dalam hati. Dan saya bagai tersedar. Ohhhh.. Aku malas update blog satu dua minggu ni sebab maybe aku tak tetapkan niat aku blog kerana Allah kot. Aku terlupa nak niat.

Tu yang malasss memanjang walaupun ada idea nak update blog. Malas nak on broadband. Malas nak buka blog. Malas nak taip entri. Malas nak buat ayat. Malas nak kembangkan idea. Malas malas malasss. Padan muka.

Lepas dengar umi cakap macam tu, saya renung balik. Kau blogging sebab apa sayidah? Kalau sebab suka-suka, kenapa kau down bila trafik blog makin menurun? Kalau sebab nak penuhkan blog dengan cerita kau, kenapa kau rasa agak sedih bila tak ada orang beri perhatian kat entri kau? Ingat balik sebab apa kau hadap blog setiap hari. Ingat balik sayidah.

mydiary
at the end of the day you can either focus on what's tearing you apart or what's keeping you together~

Okay saya dah ingat.

++ Lillahi ta'ala. Kerana Allah. Saya harap blog ni dapat bantu saya di alam sana. Thats why I love share what I knew and good things that may help other people. Sesungguhnya ilmu bermanfaat yang kita beri pada orang lain adalah antara benda yang membantu kita di sana inshaaAllah.

++ Saya update blog setiap hari sebab saya suka. I found that blogging is my passion. Saya suka share apa yang saya suka dalam blog.

++ Saya suka share ilmu dengan orang lain, thats why I publish many kind of things or story on my blog. Tak tertumpu pada satu benda/genre sahaja.

++ Saya juga jadikan blog ni sebagai pendapatan sampingan saya yang utama. Thats why adakalanya saya berusaha keras update entri untuk earn money. So that trafik blog naik. Well, you know.. Adsense & Nuffnang and also productreview & paid job.

Yeahh. Saya dah ingat balik the reasons why I'm blogging. 

So, sila bersemangat ye Sayidah. Jangan malas-malas. Kalau malas, aku cepuk kau! Hahaha.
(sometimes cakap dengan diri sendiri will relieve yourself better hehehe)

Post a Comment

4 Comments

  1. insha Allah niat baik dapat pahala semua benda nak buat kena niat baik2 kan.airah pn kena betulkan balik niat

    ReplyDelete
  2. suka part moga2 blog ni bermanfaat utk orang lain & boleh bantu kita di alam sana. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p