Diabetes. Kencing manis. Paras gula dalam badan menaik dengan mendadak bila makan makanan or minum minuman manis. Sejenis penyakit yang berbahaya jika tidak dikawal. That's diabetes. Rasanya semua orang tahu kan hahaha. Saje je nak muqaddimah tu.
Semalam ada mak saudara share something kat whatsapp group. TRUE STORIES dari seorang doktor wanita yang berkerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya nak share status doktor ni sebab nak sama sama kita ambil iktibar dari status beliau tersebut. Apakah status beliau?
pabila Doktor korek cerita silam patient diabetes...
Bila saya jumpa patient diabetes, terutama sekali yang didiagnose pada umur yang muda, (definisi muda saya ialah bawah 35 tahun).. saya akan korek lagi cerita silam mereka..
Soalan wajib saya...
Boleh share tak apa yang u makan sehari-hari sampai boleh dapat diabetes pada umur yang muda...
True stories
1. 30 tahun, kerja jual nasi lemak. Hari-hari secara purata akan minum 1.5 litre teh o sepanjang bekerja. Mengamal cara hidup begitu selama 4 bulan sehingga di sahkan diabetic
2. 31 tahun, executive. Gaya hidup suka minum coolblog dan chatime (1 week atleast 2 or 3 times), kek seminggu sekali , ice cream seminggu sekali,chocolate lebih kurang hari hari... 8 bulan...diagnose diabetis
3. 27 tahun, jurutera. Memang suka minum coke. Boleh kate seminggu 4 ke 5 tin coke itu pasti. Frappucino starbucks semasa hari minggu bila keluar dengan kawan kawan.. 6 bulan diagnose diabetes
Sudah terang lagi bersuluh, cara pemakanan kita akan memepengaruhi kesihatan kita. dan saya rasa cara pengambilan makanan seperti 3 contoh di atas ni menjadi norma masyarakat sekarang..tak perlu setahun pun hidup macam ni, dan dah dapat diabetis
Coconutshake double scoop ice cream with whip cream
Burger bakar with tripple cheese
Milkshake with extra nuttela chocolate and chocolate sprinkle
Cakoi peanut butter..
Sedap memang la sedap.tapi you are slowly killing yourself
Kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, tak terkejut la klinik diabetes saya akan dibanjiri pesakit-pesakit muda diabetis.. dan lagi mengerikan ialah komplikasinya sendiri.....
Sumber : Dr Ain Mohd Ghazali
pabila Doktor korek cerita silam patient diabetes... |
Tapi kat rumah saya ni.. bila saya minum or makan benda tak berkhasiat sikitt, mesti kena tegur dengan abi. Mesti abi tak bagi sangat. Nasib baik ada abi hahaha.
Okay lah, so.. selamat mengawal diri dan nafsu daripada terlalu banyak ambil makanan&minuman manis! Daaa~
3 Comments
Betul tu... Ena paling gerun tengok patient2 ena yang ada diabetes.. Bau kaki dorang yang dah rosak tu, Allahu, tak tahu nak kata apa.. Btw, Nak makan banyak boleh tapi jangan lupa ganti balik dengan exercise... LEpas tu rajin2 minum air kosong yang banyak setiap hari.. Biarlah ulang alik pergi tandas, xpe..
ReplyDeleteTakut huhuhu
ReplyDeleteBenar tu, kena jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sehat. Almarhum ayah saya dulu meninggal juga sebab diabetis. :(
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p