"benda yang paling jauh adalah tadi" - sayidahnapisahdotcom "benda yang paling jauh adalah tadi"
LightBlog

"benda yang paling jauh adalah tadi"

copypaste dari status page Fynn Jamal. Semoga memberi motivasi dan semangat pada kita inshaaAllah :)


"benda yang paling jauh adalah tadi"


"benda yang paling jauh adalah tadi"
"benda yang paling jauh adalah tadi"

benda yg paling jauh adalah tadi. sbb mcmmana kau cuba nak kejar dia-- dia dah tak ada. zero peluang utk kembali. apatah lagi memperubah apa2.
.
benda dah jadi.
lepaskan saja.
.
segala apa yg kau telah buat. segala dosa. segala jahat. kalau kau sungguh2 taubat dan berjanji utk tidak lalu semula-- tutup buku. tamat.
.
lepaskan dan jgn keterlaluan meratap atasnya. benda dah jadi. ingat utk pedoman. kalau tersugul dek mati harapan-- berhenti.
.
sungguh. الله maha menerima taubat, الله maha penyayang.
baqarah:37
.
kalaulah kita boleh dapat resit pengesahan penerimaan selepas taubat. mcm lepas settle online payment ada tulis success. lega. tapi nak buat macammana. semua itu di akhirat sana baru kita tau apa keputusannya.
.
hidup kena memegang dua:
1) fear
2) hope
.
takut dgn amarah الله.
harap dgn kasih sayang الله.
kena balance.
.
tak boleh tak takut langsung. tak boleh mengharap kosong. kena sama tara.
.
bila hidup sedih semata mengenang dosa-- mmg sampai bila2lah tak ada semangat nak bangkit semula.
.
"aku terlalu jijik utk tuhanku"
"takkan الله sudi sama aku"
.
jgn merapu. الله maha suci. tak ada apa jenis najis mampu mengotorkan dia yg maha terjaga. jgn rasa mampu mengotorkan الله. jgn merapik. syaitan yg bubuh idea tu dlm kau punya kepala.
.
syaitan--
dan dialog2 drama.
.
"rahmatku MELANGKAUI amarahku". janji الله tu. dia tak pernah tipu.
.
dosa tinggi gunung, dlm mcm laut pun-- الله jauh lagi besar. let go. benda dah lepas. taubat sungguh2-- dan berharaplah dgn pelaburan ibadah dan kebaikan kita.
.
berharap seiring usaha. bukan angan2 petang sambil kopi.
.
syurga itu tidak didapatkan dari angan2mu yg kosong
an-nisa:123
.
lepaskan benda2 yg dah lepas.
sebab APA je kita boleh buat?
.
cuba fikir satu dosa yg kau wallahi takkan nak buat lagi walau sekali. renung balik siapa kau hari ini. alhamdulillah-- kau bukan kau yg selamba kering buat dosa yg itu.
.
kalau kau yakin kau bukan kau yg dulu, الله MESTILAH lagi tau.
.
istighfar.
hanya الله pengampun masa silam kita.
.
dan pd dosa2 kita atas org-- tagih kemaafan. moga2 diampunkan. kalau pun tidak-- lepaskan. semula minta ampun dari tuhan. akui kebodohan kita.
.
moga الله lepaskan kita dari benda lepas kita.

lepaskan
ramadhan day 13 : lepaskan~

Post a Comment

1 Comments

  1. Yang lepas dah jadi sejarah.
    Boleh dijadikan iktibar untuk masa akan datang.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p