Doa Qunut Nazilah Dan Terjemahan - sayidahnapisahdotcom Doa Qunut Nazilah Dan Terjemahan
LightBlog

Doa Qunut Nazilah Dan Terjemahan

Memandangkan sekarang ni pihak Israel telah menutup tempat suci Masjid Al-Aqsa dan melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.. kita digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa, seperti Qunut Nazilah. Yelahh kita tak mampu nak tolong apa-apa selain doa. Jadi, kita niatkanlah semasa membaca Qunut Nazilah, semoga Allah menjaga keselamatan umat Islam di Palestin.

Doa Qunut Nazilah Dan Terjemahan
Sejumlah petugas keamanan Israel menyingkirkan pemindai logam yang berada di pintu masuk masjid Al Aqsa di Yerusalem, 25 Julai 2017. Israel memasang pemindai logam di pintu masuk Masjid Al Aqsa menyusul kematian dua polis Israel keturunan Druze oleh tiga warga Palestina pada 14 Julai. AP/Mahmoud Illean // credit: https://nasional.tempo.co

Apa itu Qunut Nazilah?


Doa Qunut Nazilah biasanya dibaca untuk meminta pertolongan Allah atas terjadinya musibah besar, bala bencana, atau peperangan. Doa qunut nazilah ini juga boleh dilakukan pada solat fardhu atau masa-masa lain juga. Tak kisah pun bila-bila. Kita nak baca selepas solat atau sebelum tidur pun boleh. Tak perlu ada wudhuk pun. 

Nak baca dalam Bahasa Arab boleh, bahasa Inggeris boleh, bahasa Melayu boleh. Up to you. Allah faham semua bahasa :)

Dan apa yang saya tahu.. Qunut Nazilah ni tak ada bacaan yang specific pun. Tak ada doa yang khusus. Tapi saya suka follow bacaan qunut nazilah dari kumpulan nasyid UNIC. Sebab liriknya senang dan mudah diikuti. Lagipun suara ahli-ahli UNIC ketika membaca doa qunut nazilah bersemangat! berwibawa! tegas!  

Doa Qunut Nazilah - UNIC


Terjemahan Doa Qunut Nazilah


[terjemahan bahasa melayu]

Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka.

Ya Allah, hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah, pecahkan pakatan mereka
Ya Allah, leburkan pendirian mereka
Ya Allah, musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka.

Ya Allah Yang Maha Memaksa,
Ya Allah Yang Maha Perkasa,
Ya Allah Yang Maha Membalas,
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah..

Yang turunkan Kitab,
Yang gerakkan awan,
Yang tewaskan tentera Ahzab,
Kalahkan mereka. Kalahkan mereka. Kalahkan mereka.
Dan kemenangan untuk kami.

[Terjemahan Bahasa Inggeris]

O Allah, we believe in You for taking the lives of our enemy
and to You we seek refuge from their evil acts

O Allah, destroy their company
O Allah, destroy their colonies
O Allah, destroy their stance
O Allah, destroy their evil steps
Release Your soldiers to them
The Subduer, The Almighty, The Avenger, O Allah

The One who revealed the Holy Books
The One who moves the clouds
The One who vanquish the soldiers of Ahzab
Defeat them, defeat them, defeat them
and please give us victory

Doa Qunut Nazilah tv al hijrah
Doa Qunut Nazilah Dan Terjemahan [TV Al-Hijrah]

Jika nak memahami dengan lebih mendalam tentang tata cara yang betul dan juga hukum dalil berkaitan dengan Qunut Nazilah, boleh rujuk di SINI.

Post a Comment

1 Comments

  1. Insyaallah Allah ada!

    termenangis dengar qunut nazilah ni apalagi dihayati dengan makna

    ihzimhum ihzimhum..allahu hancurlah kafir

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p