Penutup Aurat Dari Pandangan Jin - sayidahnapisahdotcom Penutup Aurat Dari Pandangan Jin
LightBlog

Penutup Aurat Dari Pandangan Jin

Pernah dengar tak "wanita disetubuhi jin" atau "jin terpikat dengan manusia"? Saya tak nak le komen lebih-lebih berkaitan dengan perkara tersebut sebab saya takde la arif pun. Tapi saya pernah dari yang lebih arif berkaitan perkara tersebut memang mengakui akan kebenaran hal tersebut. Dan mereka menasihati kita para wanita gadis ni agar tidak terlalu seksi semasa tidur. Supaya mengelakkan kita daripada diganggu sexually oleh jin.


Penutup Aurat Dari Pandangan Jin




Penutup Aurat Dari Pandangan Jin
Penutup Aurat Dari Pandangan Jin //  credit image: konsultasisyariah.com
Dalam buku al-Adzkar Imam Nawawi disebutkan bahwa diriwayatkan oleh Ibnu Sunni bahwa Anas R.A. berkata, bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Tirai penutup antara pandangan jin dan auratnya anak cucu Adam ketika ia melepas pakaian adalah ucapannya: Bismillaahil ladzi laa ilaaha illaa huu (maksud: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia)"

Penutup Aurat Dari Pandangan Jin
Penutup Aurat Dari Pandangan Jin

Doa Buka Pakaian a.k.a Penutup AURAT dari Pandangan Jin


Saya memang dah mengamalkan 'bismillaahi ladzi laa.......' dah lama dari dulu sejak umi suruh saya hafal dan amalkannya. Saya ingatkan ungkapan tu adalah doa buka pakaian. Tapi beberapa hari yang lepas baru lah saya tahu doa/ucapan tu adalah untuk menutup aurat kita dari pandangan nakal jin.

So, korang pun jom lah amalkan. Tak panjang pun nak hafal haha. Sikit je tu. Baca setiap kali nak buka pakaian. Bukan setakat pakaian, telekung ke, stokin ke, tudung ke, baca je ucapan tersebut. Mungkin mula-mula kekok atau ada masa kita terlupa bila kita nak cepat, tapi kalau dah selalu dan dah dilatih otak ni setiap kali nak buka something di badan kita, kita akan ucap 'Bismillaahil ladzi laa ilaaha illaa huu'.. inshaaAllah akan terbiasa. Kalau dalam tandas, jangan lafaz kat mulut. tapi lafaz dalam hati je. Yelaa dalam tandas mana boleh sebut nama Allah yang Maha Suci hehe.



doa buka pakaian
Penutup Aurat Dari Pandangan Jin

Selamat beramal! 

Daaa~wassalam :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Tq KC atas info ni. Mmg amat berguna

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM.
    TAHNIAH.
    https://belogsjm.blogspot.my/2017/07/pemenang-mini-giveaway-by-jmbelog-2.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p