Resepi Laksa Asam Penang - sayidahnapisahdotcom Resepi Laksa Asam Penang
LightBlog

Resepi Laksa Asam Penang

Penang Assam Laksa or Asam Laksa Penang or Laksa Asam Penang. Saya tak pernah pun merasa asam laksa style penang ni. Biasa makan laksa biasa je atau asam laksa Perak sebab biasa singgah di restoran pekena laksa bila balik kampung Kuala Kangsar hehe. Lagipun umi jarang lah masak menu laksa ni di rumah. Kalau teringin sangat nak makan, baru umi buat atau beli je kat luar. Kalau saya, saya tak ada la minat sangat dengan makanan laksa ni. Saya cuma minat kuah laksa tu je hahaha. Saya suka hirup kuah laksa berbanding makan kuah laksa sekali dengan laksa. Sebab kuah laksa sedap woh. Tak kisah la versi apa sekalipun, penang ke, jawo ke, thailand ke.. semua sedap hehe. Tapiiii, pada siapa yang nak masak di rumah, boleh la cuba resepi laksa asam penang di bawah ni. Walaupun proses membuat asam laksa penang ni renyah, tapi hasilnya ... aummmm! Hehehe.


Resepi Laksa Asam Penang


Resepi Laksa Asam Penang
Resepi Laksa Asam Penang
Bahan utama:  1 bungkus laksa

Bahan untuk kuah:

1 kg ikan kembung
1 tin kecil ikan sardin
20 biji cili kering | kisar
1 cawan nanas | dipotong dadu halus
20 gm pes asam jawa | campur dengan satu cawan air
3 keping asam gelugur
Air secukupnya
2 kuntum bunga kantan | belah dua setiap kuntum
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesum
Garam dan gula secukup rasa



Bahan kisar:

5 biji cili merah
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 batang serai | hiris
1 sm lengkuas
30 gm belacan

Bahan sampingan:

Hirisan daun kesum
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun | potong bentuk jejari halus
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (jika suka)
Belahan limau kasturi
Petis scukupnya

Cara memasak Laksa Asam Penang:


1. Rebus laksa. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Siang ikan kembung, cuci bersih dan rebus hingga masak.

3. Asingkan isi dan tulangkan ikan kembung. Kisar tulang-tulang ikan tadi dan tapis. Ketepikan.

4. Ikan sardin diasingkan daripada sosnya. Lecek isi ikan kembung dan isi ikan sardin hingga hancur.

5. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk. Masukkan cili kering, nanas, bahan kisar dan air daripada kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan jus asam jawa, asam gelugur dan air secukupnya.

6. Tambah belahan bunga kantan, daun pudina dan daun kesum. Masak dengan api perlahan selama 45-60 minit

7. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.



8. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa. Hias dengan bahan-bahan sampingan. Sedia untuk dihidangkan.


Sumber resepi: Akhbar Sinarharian

assam laksa
Laksa Asam Penang
assam laksa penang
Laksa Asam Penang
penang asam laksa
Laksa Asam Penang
Selamat mencuba resepi asam laksa penang ni! Semoga berjaya! Hehehe.

Daaa~wassalam :)

Post a Comment

11 Comments

  1. sedapnyaa.. nak try buat sendiri lah :)

    ReplyDelete
  2. kepekatan rasa masam kuah memang bagi orang terliuq

    ReplyDelete
  3. sedap..nie

    berkecur air liur saya tengok

    ReplyDelete
  4. alahai...terus terasa nak buat laksa weekend ni...

    ReplyDelete
  5. Ermmm.....resepi daah ade...kena paksa diri la ni buat hihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. mya suka makan laksa asam.. lepas ini nak order dengan makcik mya laa

    ReplyDelete
  7. Lama dah berangan nak masak laksa sendiri. Takut tak jadi haha

    ReplyDelete
  8. busyra yg x berapa suka laksa ni pun tetiba tngokkk gmbar jd laparrr. apa ni kccccc. hahahaha

    ReplyDelete
  9. merecik rasanya...tak pernah lagi buat menu laksa penang ni..tapi yang penting kuah kena pekat..baru best kan

    ReplyDelete
  10. aummm sedapnya...memang terbaik klu pekena laksa penang ...kat balik pulau ada satu restoran sempoi laksa penang!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p