Mungkin 11 pesanan dari para alim & ustaz ni tak 'pedas' bagi sesetengah orang. Dan bagi sesetengah yang lain pula rasa 'pedas' dan membahang bila baca pesanan ustaz di bawah ini. Sebab bak kata orang dedulu.. siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.
1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
11 pesanan 'pedas' ustaz
1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
- Ustaz Azhar Idrus
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat.. Insyallah bahagia.."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun. Boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat. At least kalau mati, mati dalam solat.
- Ustaz Haslin Baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun. Baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun.
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
- TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya.
- Sheikh Abdullah Jahaf
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
- Ustaz Dasuki Rani
10. Jangan cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!". Tapi cakap: "Jom solat. Nanti kita masuk syurga ALLAH sama-sama ya. InsyaAllah".
- TG Harun Din
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
- Ustaz Pahrol
Saya paling rasa pedas tang no.11 tu. Iyelahhh selalu tengah solat tu laaa ngadeee sangat tiba-tiba nak ingat benda lain kan. Sebelum solat tak ada pula nak ingat benda tu. Time solat laa tetibe idea update entri muncul mencurah-curah. Time solat laa duk teringat kat tugasan kerja. Time solat laa tak henti-henti fikir nak makan apa kejap lagi hahaha. Nates (terbalikkan) la ni duk hasut. Dah tepis tapi datang juga suara-suara nates dalam otak duk suruh fikir benda lain selain Allah. Kekadang tu nak nangis rasa sebab tak fully concentrate khusyuk ingat Allah sepanjang dalam solat. Sobsobsob.
Takpe takpe. Saya pernah dengar ustaz kata.. Yang penting selepas setiap solat, kita kena berazam "nanti next solat aku akan cuba lebih khusyuk dari solat yang ni". Yang penting, effort! Usaha tangga kejayaan!
Chaiyok! :)

2 Comments
Assalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteSalam pagi rabu & apa khabar sis sayidah napisah
Memang dah solat tu wajib
Mesti ada hikmahnya kan
lagipun Allah swt jemput nabi SAW sendiri ke sidratul muntaha untuk beri ibadat solat pada umat islam
tak macam ibadat lain
mesti ada keistimewaan kan
TQ kc atas peringatan
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p