Biasa kita dengar ego lelaki lebih tinggi dari perempuan kan? Ni kita up level sikit. Para suami lebih ego dari para isteri. Benarkah? Betulkah? Saya pun tiada jawapan sebab saya belum kahwin lagi hahaha. Tapi.. saya just nak share satu status dari seorang lelaki yang bergelar suami...
"kerana, suami lebih peduli ego sendiri"
Statusnya berbunyi:
Kalau isteri marah.
Kalau isteri marah.
Kita tampar dia.
Kita pun herdik sekuat hati kita.
Kita buat isteri diam tanpa melawan.
Ya!
Yang puas kita!
Tapi yang akan terus melepas amarah, adalah isteri.
Apa yang di balas isteri lebih teruk dari yang kita bagi.
Dia takkan balas penampar yang dia dapat, sebab dia tahu dia tak mampu.
Tapi dia akan melepaskan marah dia pada sekeliling yang ada.
Dia akan luah di fb.
Dia akan upload gambar-gambar seorang diri di fb.
Dia akan layan semua lelaki-lelaki.
Dia akan buat seperti mana marahnya suami pada dia tadi.
Kita tahu?
Kita peduli?
Kita ambil berat tentang ni?
Tak!
Sebab kita ego dan buta serta tuli.
Maaf cakap sekali lagi.
Itu yang berlambak cerita di KRT.
itu yang menyemak segala komen di fb.
Itu yang membuak amarah sang isteri.
Kerana, suami lebih peduli ego sendiri.
Dari hancur dan rosaknya perasaan seorang isteri.
Kita mungkin boleh blah ikut dan buat hal sendiri, tapi isteri akan hidup tapi hakikatnya semakin hari semakin mati!
Saya bercakap tentang seorang lelaki dan suami.
Saya itulah juga, adalah diri saya sendiri!
Titik!
KRT: Kisah Rumah Tangga
7 Comments
hurmm ramai yg camtu... pentingkan ego sendiri.. Bila ditegur atau dimarah, kite diherdik balik.. huhuhu
ReplyDeleteSuami isteri kena la mainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing barulah hubungan kekal aman dan sentosa kan
ReplyDeleteTerima kasih sudi accept sis syaidah. Maznee pun dah buat
ReplyDeleteNanti cek ya :)
Semoga bertambah rezeki cik sayidah lepas ni
Amin
Sama sama dapat manfaat
Ego tu membuatkan isteri lebih jauh dari suami..
ReplyDeleteEgo seorang lelaki mmg mcm tu..suami itu kan lelaki..
ReplyDeleteCuma si lelaki itu perlu kurangkan ego, kerana ego lah si lelaki boleh melindungi wanita..hehe
Kerana ego, rumahtangga binasa.. Minta dijauhkan dengan semua tu..
ReplyDeleteSebagai suami, ego memang kena kawal. Kalau ego tinggi melangit memang rumahtangga bermasalah
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p