"Esok-esok, jikalau awak bertemu jodoh tetapi mempunyai dua pilihan, lakukan solat sunat istikharah. Insya Allah! Allah temukan jodoh yang sekufu. Jodoh yang tertulis dalam buku setiap insan."
"Bukankah jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan?"
"Ya, untuk jodoh kita boleh lakukan ia bagi menetapkan hati supaya setiap keputusan yang dibuat, kita tidak menyesal nanti, apatah lagi bersedih. Redha dengan ketetapan daripada Allah Yang Maha Kuasa."
Saya pegang kata-kata Tok Abah.
"Ya Allah, jikalau jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan. Temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya, yang bersedia menerima saya seadanya. Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata, tetapi sudi menerima apa juga keadaan keluarga.
Semoga jodoh saya nanti menyayangi emak dan abah saya sebagaimana saya menyayangi mereka. Semoga jodoh saya mengambil berat kebajikan emak dan abah sebagaimana saya ingin menjaga kebajikan mereka. Biar nanti, perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati, malah menjalinkan ukhuwah antara keluarga. Bagaikan isi dengan kuku.
Ya Allah, apa yang penting, temukanlah jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri. Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Sama ada saya ataupun dia yang sakit dipanggil oleh-Mu dahulu, kami saling setia sehingga akhirnya kami menemui-Mu, di firdaus yang satu.
Ya Allah, jikalau ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurga-Mu dan menemui jodohnya 'Si Bidadari Bermata Jeli', berikanlah saya peluang ya Tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau untuk seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah untuk saya tahu dia berada di situ."
Terima kasih Tok Abah.
-- dari buku bertajuk Kandil Di Gunung; penulis Roza Roslan
"YaAllah, jikalau jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan...." |
2 Comments
Soal.jodoh adalah rahsia Allah SWT..
ReplyDeleteNamun bila tiba masanya akan tahu la jawapannya
semoga kita berjodoh dengan org yang baik-baik.. amin..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p