BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU - sayidahnapisahdotcom BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU
LightBlog

BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU

Menurut mysumber.com, "pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bertujuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dengan kadar bantuan kewangan maksimum RM1,200 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 di Parlimen"..  Semua pun mesti dah familiar dengan BR1M ni kan, dan mesti ada yang dah pun memohon sebelum ni. Tapi apa salahnya kan saya share apakah kategori BR1M 2018 dan juga beberapa kriteria/ syarat kelayakan (siapa yang layak untuk memohon brim 2018). Kemudian, saya akan share juga macam mana cara untuk memohon BR1M 2018.


JUMLAH BANTUAN BR1M 2018 & KATEGORI + SYARAT KELAYAKAN

BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU
BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU | credit image: mysumber.com
(i) RM1,200

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:

  • berkahwin
  • ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang mempunyai tanggungan
  • bujang yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas
p/s: apa beza ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan DENGAN janda/ duda yang mempunyai tanggungan?

ibu atau bapa tunggal
-- kematian suami/isteri
-- ada anak

janda atau duda
-- bercerai
-- tak semestinya ada anak

-- maybe tanggungannya adalah mak or bapa yang uzur ke..

(ii) RM900

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,001 - RM4,000 (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:

  • berkahwin
  • ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang mempunyai tanggungan
  • bujang yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas

(iii) RM450 - KATEGORI INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM2,000 ke bawah
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Individu (bujang)
4. Berumur 21 tahun ke atas
5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017/ 2018 tidak layak untuk memohon BR1M 2018 bagi kategori Bujang.

Okay next!

Mungkin ada sesetengah orang yang kurang faham atau tertanya-tanya.. kalau dah daftar BR1M 2017, adakah perlu membuat permohonan baru BR1M 2018? adakah perlu memohon semula untuk brim 2018?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita kena faham bahawa:

+ mereka yang belum pernah memohon BR1M; atau
+ pemohon yang gagal/ tidak layak dalam permohonan sebelum ni; atau
+ pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia/ bercerai

sahaja yang perlu membuat permohonan baru BR1M 2018. Selain daripada tiga ciri/ kriteria di atas ni, just perlu kemaskini BR1M 2017 yang sebelum ni. 



Macam mana nak kemaskini BR1M 2017? Next artikel saya akan share caranya ye. Sebab saya pun tak kemaskini lagi hahaha.

Okay next!



PERMOHONAN BARU BR1M 2018


Tarikh Rasmi Pendaftaran Permohonan BR1M 2018:

tarikh mula - 27 November 2017
tarikh akhir - 31 Disember 2017


(i) secara Online (melalui E-BR1M) 

-- klik SINI untuk mendaftar secara atas talian/ online.
-- klik SINI untuk ushar guideline/panduan step by step cara memohon brim 2018 secara online.

ATAU


(ii) secara manual (guna borang)

-- borang permohonan BR1M 2018 boleh didapati di cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan ATAU hanya klik SINI untuk muat turun borang permohonan baru BR1M 2018.
-- kemudian, borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan sebelum tarikh akhir.
-- Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018: klik SINI

Yeayy thats all! Selamat memohon brim 2018! :)


BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU
BIOBAX COOL THERAPHY. nak order, whatsapp 0172008642 :)

Post a Comment

4 Comments

  1. saya nak tanya , kalau saya dah apply brim bujang . dekat brim ayah saya kena tulis tanggungan nama saya lagi tak? lepastu kalau saya mohon online , kena pi lhdn hantar salinan apa2 tak? saya konfius 2 tu ja �� terima kasih .

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p