10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019 - sayidahnapisahdotcom 10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019
LightBlog

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019 | Tudiaaa. Al-maklumlah nak masuk tahun baru tahun 2019 ni, nak jugaaa selit selit entri yang ada kaitan dengan tahun 2019 hahahaha! The main focus of this entry adalah untuk para ibu bapa yang ada anak nak masuk darjah satu 2019. Haaa boleh la ikut nasihat dan tips yang dikongsikan oleh seorang Cikgu Tahun Satu ni yang memulakan ayatnya dengan "ada anak Darjah 1 tahun 2019? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa."
10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019
10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019
10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2019

Jom kita ikuti 10 tips cikgu ni...


1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.

Silibus KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) Semakan 2018 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.

Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). KSSR ni lain macam dia punya pergi.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta: Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta: Ada murid buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,

"Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."

Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

Fakta: Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.

Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta: Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta: Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta: Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.

Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.




Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT!

Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

*******************************************

Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.

Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.

#MFS
- Cikgu Tahun Satu.


10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2018
mencari guru tutor (cikgu tusyen) matematik atau matematik tambahan? boleh whatsapp saya 0172008642. lokasi: Seremban. mengajar level: sek rendah, menengah, kolej, matrikulasi.

Post a Comment

1 Comments

  1. haha..

    betul.

    bantulah cikgu.

    kekadang, terkebil-kebil cikgu nak mengajar bila budak satu huruf pun tak tahu.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p