Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Malam kelmarin tiba-tiba terima call dari kakak sulung, kakyong. "Aikk awat yong call ni". Den pelik dah. Bila angkat, kakyong terus cakap "kakcik, tengok Baiti (group family) sekarang". Okay okay. saya tengok lah ada apa kat Baiti. Rupa-rupanya soalan Matematik! Kakyong suruh saya selesaikan soalan Matematik tu cepatt sebab group kerja dia yang tanya soalan tersebut. Hahaha. ingatnya apa laa urgent sangat tadi.
Soalan Matematik apakah?
when she asked me soalan Matematik kelmarin.. hmm agak mencabar~ |
Haaa ce teka jawapannya berapa? hahaha.
Agak lama juga la saya tenung soalan tu. Fikir macam mana 1 + 4 jadi 5. Macam mana 2 + 5 jadi 12. Macam mana 3 tambah 6 jadi 21? Hmmm.. Saya fikir adakah ini soalan Matematik the real maths or just a trick? Saya rasa soalan betul ni.
Saya fikir macam mana eh nak solve. Then, I remember soalan macam ni mesti ada formula dia tersendiri. Dalam matematik, ianya dipanggil induction. Maksudnya daripada case & result yang diberi, kita kena induce jadi satu rule (mechanism/formula). So, bila di-ushar dan ushar dan ushar.. saya simpulkan
1 + 4 (1) = 5
2 + 5 (2) = 12
3 + 6 (3) = 21
4 + 7 (4) = 32
5 + 8 (5) = 45
.
.
.
.
n + (n+3)(n) dimana n=1,2,3,4,5,.....
Tu lah inductionnya. So, jawapan bagi soalan tu adalah 45~! Yeayy hahaha.
Tapi yang saya pelik tu.. apa maksud kat gambar tu only ENGINEERS can solve that problem? Menipu sangat tau hahaha. Sepatutnya MATHEMATICIANS lah dapat solve soalan tu. Tak puas hati pula kan kihkih.
Okayy itu sahaja kelas Math kita harini hahaha. Daaa~wassalam! :)
5 Comments
kdg tgk mcm tu je pon.. dah pening... dan ckyan pon mulalah hmmmm hmmm hmmm.. pastu tido.. hahaha
ReplyDeletelama tak buat calculation math mcm ni.. favourite mama nak kira2 ni
ReplyDeleteBoleh sambung phd dah ni.. Hehe
ReplyDeleteuikk master pun belum ada lagi hahaa.
DeleteBagus juga buat latihan matematik ni sekali sekala. Asah minda.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p