ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS! - sayidahnapisahdotcom ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
LightBlog

ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!

7 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU | Time is precious. Masa itu emas, maka gunakanlah sebaiknya. Gituu mukaddimah nya haha. Okay.. Dalam banyak banyak kerja rumah yang melibatkan baju atau pakaian seperti basuh baju, sidai baju, lipat baju dan angkat baju, mana satukah pilihan kalbu? Kalau saya, saya paling suka kerja melipat. Yelah, tak perlu berdiri atau mengeluarkan peluh, hanya duduk dan tangan sahaja yang bergerak. Nampak macam mudah kan? Walhal, kalau tidak kena dengan cara, ianya mengambil masa yang lama untuk siap. Tapi tahukah anda bahawa ada tips mudah untuk kita menjimatkan masa ketika melipat baju? Let me tell you SEVEN tips on cara jimat masa melipat baju.


BAGAIMANAKAH CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!

ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU
1. The more, the merrier

Minta lah bantuan daripada suami/ adik beradik/ anak-anak yang sudah besar untuk sama-sama berganding bahu dengan kita melipat baju. Apa orang kata tu? Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh? Sepakat membawa berkat? Bagai aur dengan tebing? Haaa sama lah macam dalam kes melipat ni (macam tak kena je kan? hahaha). Kalau ramai orang (lebih dari satu) tolong kita melipat baju dalam satu satu masa, kan lagi mempercepatkan proses melipat baju? kan lagi cepat siap? Lagi jimat masa kan?

2. Jangan bertangguh

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kalau kita bertangguh dari sehari ke sehari ke sehari ke sehari, makin bertimbun dan menggunung lah pakaian yang harus kita lipat. Dan bila makin banyak, ianya mengambil masa yang lebih lama untuk kita siapkan. Plus, bila kita nampak makin banyak timbunan baju, we will feel down dan tak semangat untuk menghadapnya. So.. the tip is lipat lah kain setiap hari atau dua kali sehari. Yang penting jangan drag terlalu banyak hari. Nanti siapa yang susah? Diri sendiri juga hikhik.

3. FOKUS!

Dalam mana-mana kerja pun, jika kita fokus melakukannya, pasti hasil lebih mantap. Pasti proses menyiapkannya mengambil masa yang lebih sedikit. Yeahhh ~ we all know that kaum Hawa terkenal dengan kehandalan skill 'multitasking' nya, tetapi for saving time melipat baju, lebih baik fokus kepada lipat baju sahaja. Jangan ketika lipat baju tu lah nak juga memasak, tengok TV lah, makan buah/keropok lah, tidurkan anak lah, layan phone laah (whatsapp, facebook, instagram, Youtube, twitter), menari menyanyi karaoke lah. No no no. Ianya akan melambatkan lagi masa kita melipat baju.
ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU
4. Asingkan mengikut pemilik baju

Kes ni appliable bila kita lipat baju selain dari baju kita contohnya emak/ayah/abang/kakak/suami/anak-anak. Sebelum mula nak lipat tu, iyelah.. kita baca Bismillah kan. Then, kita asingkan dulu pakaian mengikut pemiliknya. So that bila time kita lipat baju, smooth dan lancar je. Tak perlu nak fikir selepas lipat satu baju, ohh yang ni punya. Lepas lipat satu baju lain lagi, fikir pula siapaa punya ni.
ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU
5. Jauhi gangguan

Bukan gangguan makhluk halus ye saya maksudkan di sini hahaha. Maksud saya - contohnya gangguan dari persekitaran. Gangguan budak-budak dan bayi terutamanya. Saya yang tak ada anak lagi ni pun, bila anak buah kacau saya ketika lipat kain, GRRRR rasanya. Lagi GRR bila dah selesai lipat baju semua, mereka pergi jatuhkan atau musnahkannya dengan sekelip mata. perghhh rasa nak menitis air mata menahan rasa di jiwa haha.

Gangguan orang dewasa pun harus kita jauhkan. Yelahh kang bila dah buka gosip, mode makcik bawang pun dah turn on.. mana nak siap lipat baju kalau sibuk berjemah? hahaha.

Makanya, kalau nak cepat siap dan jimat masa melipat baju, elakkan dari gangguan sedemikian rupa. Apabila persekitaran sekeliling aman damai tenteram harmoni, kita pun boleh lipat dengan efisen dan pantas.

6. Make sure tisu takde dalam poket sebelum basuh

Pernah tak ketika lipat baju, kita tengok baju semua penuh dengan cebisan tisu? Seksa wohhhh. Nak bersihkan, nak buang satu satu cebisan tu.. it takes time and patience. Lagi-lagi jenis tisu yang sangat mudah hancur, habis berterabur kecil-kecil lekat di baju. perghh pedih hati nengoknya. Berat mata memandang, berat lagi baju yang menanggung.

That's why kalau nak jimat masa, pastikan tiada sebarang tisu di dalam poket seluar/baju sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh. Anda mampu mengubahnya! #tetibe

7. Mana pakaian yang nak gosok, tak perlu lipat

Kan ada sesetengah pakaian yang kita nak gosok untuk pergi kerja atau untuk tujuan event-event penting kan? Haaa jangan dilipat pula. Sebaliknya, asingkan ke tepi. Atau masukkan ke dalam bakul untuk kita gosok nanti. Ataupun hanger kan sahaja. Kat situ dah save masa dan tak perlu buat kerja dua kali.

ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU
Okay cukuplah tujuh (dah kekeringan idea sebenarnya hahaha). 

Itu sahaja, selamat melipat baju! Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. selalunya gosok je sebab tak payah nak kelam kabut nak gosok dah bila nak pakai nanti. Lipat baju tidur je. Sambil layan movie sambil gosok baju. Settle dua kerja

    ReplyDelete
  2. 7 tips sudah bagus, bermanfaat sekali.

    ReplyDelete
  3. sllu mmg husband akan tlg lipatkan baju
    sbb kalu sy y lipat mmg byk la gangguannye

    ReplyDelete
  4. Part paling stress.. lipat baju.. hehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p