"Apa hukum seorang isteri ikut mengiringi jenazah suaminya hingga ke kubur?" - HARAM! - sayidahnapisahdotcom "Apa hukum seorang isteri ikut mengiringi jenazah suaminya hingga ke kubur?" - HARAM!
LightBlog

"Apa hukum seorang isteri ikut mengiringi jenazah suaminya hingga ke kubur?" - HARAM!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~! Baru-baru ni arwah pakngah saya telah meninggal dunia di Sungai Besar (Al-Fatihah~). Then, al kisahnyaa~ bila makngah (isteri arwah pakngah) nak ikut kami pergi makan di luar, baru lah teringat bahawa - wanita yang kematian suami tak boleh keluar dari rumah selama waktu iddah kecuali ada keperluan atau hajat penting sahaja. Mungkin ada yang fikir "alah keluar makan je, bukan buat apa-apa pun" or "takkan nak duduk terperap je dalam rumah dalam waktu iddah. lama tu". Iye. Tak boleh keluar melainkan ada hajat yang penting sahaja. Isteri nak pergi keluar iring jenazah arwah suami ke kubur pun tak boleh tau dalam Islam. Hukumnya haram si isteri mahu mengiringi jenazah arwah suami sehingga ke kubur.

"Seriously?!"

Iyeap. Jom dengar sedikit ceramah dari Serban Putih.

"Apa hukum seorang isteri ikut mengiringi jenazah suaminya hingga ke kubur?"


Ia adalah dilarang di dalam agama. Ini kerana isterinya sedang berkabung (tidak boleh keluar rumah melainkan ada hajat).

Setengah orang kita kata "boleh je. Asalkan dia duk dalam kereta". Bila tak ikut, dia kata- "teruk nya isteri tak ikut suami ke kubur". 

Pedulikan stigma yang macam ni. Hukumnya tetap tak boleh.

Begitu juga kaum wanita, kata ulama jangan ikut sekali waktu kebumian jenazah. Di dalam situasi sesak dengan lelaki yang sibuk mengurus jenazah, mendoakan buatnya. Ia adalah lebih baik bagi kaum wanita tidak ikut sekali.

Ini lah yang diamalkn di zaman Nabi ï·º . Ketika ada jenazah sahabat Nabi yang meninggal. Para kaum wanita tidak ikut hingga ke kubur. Yang ikut hanya sahabat lelaki sahaja. 

Nanti apabila sudah ramai dah pulang atau hari yang lain, boleh lah wanita datang ziarah.

Perempuan mati suami wajib berkabung dan iddah selama 4 bulan 10 hari atau melahirkan anak jika mengandung.

"Hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber'iddah) selama empat bulan sepuluh hari."
(Surah al-Baqarah: 234)

"Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh 'iddahnya adalah melahirkan kandungan mereka."
(Surah ath-Thalaq: 4)

Perempuan berkabung tidak boleh keluar rumah melainkan ada hajat. (Rujuk kitab ashbah wanazair)

Hajat seperti beli perubatan, ada kecemasan, bekerja (jika takde orang yang dapat menanggung dia). Ada pun mengiring jenazah suami bukan satu hajat.

Kredit: status Serban Putih di twitter
"Apa hukum seorang isteri ikut mengiringi jenazah suaminya hingga ke kubur?" - HARAM
"Apa hukum seorang isteri ikut mengiringi jenazah suaminya hingga ke kubur?" - HARAM
Sebelum lebih ramai yang tanya pelbagai soalan berkaitan dengan 'iddah, hukum, bukti hadis mahupun penerangan tentang keperluan/hajat isteri tersebut.. boleh baca FULL ARTIKEL berkaitan hukum wanita berhaid menguruskan jenazah dan pergi ke kubur di SINI oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam artikel ni, ada dijelaskan penuh teliti berkaitan dengan:

- Hukum wanita berhaid memandikan dan mengkafankan jenazah
- Hukum wanita berhaid mensolatkan jenazah
- Hukum wanita berhaid mengikuti dan menziarahi jenazah

Ada juga Mufti menyentuh tentang perkara isteri yang berada dalam iddah. Saya ambil isi penting ye dari artikel Mufti tersebut:

1.
Di dalam matan fiqh seperti Safinah al-Naja ada menyebut 10 perkara yang diharamkan ke atas wanita berhaid iaitu:

  1. Solat
  2. Tawaf
  3. Menyentuh mushaf al-Quran
  4. Membawa mushaf al-Quran
  5. Membaca al-Quran
  6. Puasa
  7. Talak
  8. Menetap dalam masjid.
  9. Melintasi masjid sekiranya dikhuatiri menitis darah haid.
  10. Istimta` (bermesraan secara seksual) antara pusat dan lutut.
  11. Perbuatan memandikan dan mengkafankan jenazah tidak termasuk dalam senarai perkara yang diharamkan bagi wanita berhaid. Para ulama juga tidak menyenaraikan syarat sah mandi dan mengkafankan jenazah mestilah orang yang memandikan dan mengkafankan itu orang yang suci daripada hadas kecil atau hadas besar termasuk wanita berhaid.
2.
Berkenaan hukum wanita memandikan jenazah suaminya, maka hukumnya adalah harus. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke- 211: Batalkah Wuduk Suami Apabila Memandikan Jenazah Isteri ?

3.
Solat jenazah yang dilakukan oleh wanita yang berhaid adalah tidak sah dan tidak memadai melepaskan tanggungjawab fardu kidayah satu-satu kawasan.

Ini berdalil hadith daripada Fatimah binti Abu Hubaish R.Anha, dia kedatangan darah istihadhah, lantas Rasulullah SAW bersabda:
Hukum wanita berhaid mensolatkan jenazah
Hukum wanita berhaid mensolatkan jenazah
4.
Secara umumnya, wanita adalah dimakruhkan daripada mengikuti jenazah ke perkuburan, sama ada dia berada dalam keadaan haid atau tidak

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ummu Atiyyah R.Anha, katanya:
hukum wanita mengiringi jenazah
hukum wanita mengiringi jenazah


Sebahagian ulama berpendapat hukumnya adalah haram terutama mereka yang tidak dipertanggungjawabkan untuk mengurus jenazah.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali RA, katanya:
hukum wanita ikut ke kubur
hukum wanita ikut ke kubur
Adapun wanita yang kematian suami, maka haram baginya untuk mengikuti jenazah suaminya ke kubur kerana mereka wajib melaksanakan iddah melainkan kerana hajat atau darurat.

Hal ini berdasarkan hadith daripada Ummu `Atiyyah al-Ansariyyah R.Anha, katanya:
hadis isteri haram mengiringi jenazah suami
hadis isteri haram mengiringi jenazah suami
Wanita yang ditalaq bain dan kematian suami yakni yang tidak diberikan nafkah, boleh keluar rumahnya untuk mencari nafkah dirinya dan memenuhi hajat dirinya. Ini termasuklah meminta fatwa daripada orang alim, berbual-bual di rumah jiran untuk menghilangkan kesunyiannya dan bersedekah dalam jarak bersebelahan dan berdekatan dengan rumah pelamin mereka, dengan syarat hendaklah dia bermalam di rumah pelamin dan bukan diluarnya.

Antara perkara yang tidak dimasukkan sebagai hajat ialah ziarah kubur. Berkata Syeikh Ibrahim al-Baijuri dalam Hasyiah-nya: “Dan bukan daripada hajat itu perbuatan ziarah, melawat orang sakit sekalipun ibu bapanya. Maka haram ke atas wanita beriddah itu untuk menziarahi dan melawat ibu bapanya yang sakit. Haram juga ziarah kubur para wali dan orang soleh bahkan kubur suaminya sendiri juga tidak boleh.”

Rujuk Hasyiah al-Baijuri (2/259)

Dalam satu hadis Jabir bin Abdullah RA:
hadis wanita dalam iddah
hadis wanita dalam iddah
5.
Wanita juga secara umumnya dilarang secara makruh untuk menziarahi kubur. Ini khususnya jika dikhuatiri wanita tersebut tidak dapat mengawal perasan lalu terjebak dalam perbuatan berdosa ketika di kubur seperti meratap dan mencarik-carik baju. Adapun jika diyakini wanita berkenaan akan melakukan dosa, maka hukum menziarahi kubur itu adalah haram bagi wanita itu.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda:
hadis wanita dilarang secara makruh untuk menziarahi kubur
hadis wanita dilarang secara makruh untuk menziarahi kubur
Namun sekiranya wanita tersebut seorang yang diyakini kuat imannya dan aman daripada melakukan kesalahan yang menyalahi adab menziarahi kubur, maka hukum ziarah kubur bagi wanita sebegini adalah tidaklah haram.

Ini berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik RA:
hadis wanita tidak haram ziarah kubur
hadis wanita tidak haram ziarah kubur
Sebahagian ulama menyatakan hukum sunat juga bagi wanita untuk menziarahi kubur kaum kerabatnya. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (1/389). Wallahua’lam.

hadis sunat wanita ziarah kubur
hadis sunat wanita ziarah kubur
KESIMPULAN

Berdasarkan keterangan di atas, kami (Mufti) menyatakan bahawa:
  • Harus bagi wanita yang berhaid untuk memandikan dan mengkafankan mayat.
  • Haram bagi wanita yang berhaid untuk menyolatkan jenazah.
  • Makruh bagi wanita, sama ada sedang haid atau tidak, untuk mengiringi jenazah ke perkuburan.
  • Adapun bagi wanita yang kematian suami, haram mengikuti jenazah suaminya ke kubur, sama ada berhaid atau tidak, kerana waktu iddahnya sudah bermula melainkan jika mempunyai hajat atau darurat dalam pengurusan jenazah. Sebetulnya, waris dan tetangga yang lelaki perlu membantu pengurusan jenazah agar isterinya tidak terbeban dan boleh melaksanakan iddahnya dengan tenang.
  • Makruh bagi wanita untuk menziarahi kubur, sama ada berhaid atau tidak, kecuali kubur Rasulullah SAW, maka hukumnya adalah sunat. Juga kubur orang-orang soleh, dan kaum kerabat dengan syarat menjaga adab-adab ziarah. Pendapat lain pula mengatakan haram. Pendapat lain menyatakan harus sekiranya aman daripada fitnah bagi wanita yang sudah tua berdasarkan hadis-hadis dan ini yang lebih sesuai diamalkan pada masa sekarang dengan syarat dijaga adab-adab ziarah. Begitu juga bagi wanita yang sudah tua. Pendapat lain pula mengatakan haram. 



Di atas ini adalah penerangan daripada Mufti WP. Ada disertakan juga hadis-hadis untuk menyokong hukum berkenaan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Wallahua’lam.


Question & Answer (Q&A) berkaitan isteri dalam 'iddah
kredit: @serbanputih.

Q: Kira kalau pergi hospital sebab appointment doctor takda hal ah kan?
A: Ada keperluan di situ maka boleh.

Q: Adakah iddah bagi kematian suami kerana takut lelaki lain akan cepat nak kahwini janda? Kesian orang perempuan kalau itu sebab kenapa wajib kurung diri ketika iddah.. lebih lagi yang jadi ibu tunggal besarkan semua anak & wali lain lepas tangan.

A: Hikmah iddah adalah untuk mensucikan nasab dan keturunan. Selepas kematian suami, wanita dilarang berkahwin jika mungkin dia mengandung anak kepada arwah suaminya. Bayangkan jika dia khwin dgn suami baru, dan mengandung dlm masa terdekat, anak trsebut mungkin menjadi salah faham.

Q: tu memang tahu.. tapi tentang mengurung diri sepanjang tempoh iddah hingga ke kuburan dan tempat lain.. apa faktor kepada keluarnya dalil? adakah kerana takut nanti banyak lelaki yang mahu menyunting walaupun dalam iddah?

A: Hukum syariat tak semestinya kene tengok pada logic. Tuhan dah syariatkan iddah begitu, maka begitu lah. Bukan pasal sama ada takut lelaki lain nak tackle dsb. Tapi sebab hukumnya sudah begitu. Macam contoh jamak qasar waktu musafir. Tuhan dah syariatkan boleh kalau lebih 2 marhalah. Ya, hikmahnya adalah untuk mudahkan urusan. Tapi kalau saya kata "ala naik flight 1 jam. Bukan penat pun." Ni bukan masalah penat atau tak. Tapi sebab hukumnya dah begitu.

Q: kalau ke surau/masjid untuk tujuan tahlil arwah suami?
A: Kalau masih dalam iddah tak boleh.

Q: Yeke ni ? Sebab pahala ikut urus jenazah apa semua bersamaan dua qirat and satu qirat bersamaan gunung uhud. Takkan orang taknak merebut pahala ni. Mohon pencerahan rujuk mana ni ye?
A: Tu untuk lelaki. Sebab ada hadis lain yang Nabi ï·º tak izinkan perempuan pergi.

Q: Adakah hanya yang bergelar isteri? atau wanita memang tidak seharusnya ke kubur walaupun jenazah tersebut bukan suami? Contoh seperti anak, sahabat, ibu atau ayah serta saudara mara adakah hukumnya sama?
A: Bagi isteri tak boleh keluar ziarah sampai habis iddahnya. Bagi kaum perempuan lain tak digalakkan (ada kata haram) untuk mengiring jenazah. Lebih afdal untuk ziarah waktu lain.

Q: Iddah tu macam mana ye? Tak berapa faham.
A: Tak boleh kahwin dgn lelaki lain hingga habis iddah. Dan berkabung pula tak boleh keluar rumah, tak boleh memakai make up, pakaian cantik sebagai tanda bersedih kematian suami.

Q: Kalau nak pergi kerja? Nak hantar anak sekolah ke camtu tak boleh jugak ka?
A: Itu semua ada keperluan maka dibolehkan.

Q: So kalau ayah saya meninggal, mak tak boleh lah pergi kubur masa nak tanam?
A: Tak boleh


Wassalam :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Ika pun baru baca pasal ni dalam twitter. Serius baru tahu hukumnya hm. Terimakasih kak sebab share. Semoga entry ni bermanfaat buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. betul2
    sebab dulu masa paklang saya meninggal..maklang saya dengan mak saya dan sepupu perempuan saya tak ikut
    masa tu saya tanya kenapa tak ikut dan diorang cakap perempuan tak boleh ikut
    baru tahu masa tu :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p