Apakah Status Doa Bulan Rejab? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Harini hari apaaa? Iyee betul! Hari Isnin haha. Nope, I mean.. what date is today? 19 Mac 2018 bersamaan dengan 1 Rejab 1439H mengikut kalendar Islam. Masuknya kita ke dalam bulan Rejab bermakna kita sudah semakin hampir dengan bulan Ramadhan! Dup dap dup dap. Dan kebiasaannya juga, bila masuk je 1 Rejab, kita akan baca doa bulan Rejab betul tak? Tapi tahukah kita apakah status doa tersebut?
Actually saya tak pernah terfikir pun benda ni. Tapi semalam saya ada terjumpa satu artikel berkaitan dengan status doa berkenaan Rejab, Syaaban & Ramadhan yang ditulis oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al Bakri di Facebook. Dan saya rasa nak share di sini so that biar ramai lagi lebih tahu :)
STATUS DOA BULAN REJAB - Mufti WP
Apakah Status Doa Bulan Rejab? - Mufti Wilayah Persekutuan |
SOALAN:
Apabila memasuki bulan Rejab, maka para imam atau ustaz akan selalu berdoa dengan doa ini. Apakah status doa ini:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan persoalan yang diajukan, pertamanya kami akan menyatakan daripada mana sumber doa itu diambil, adakah ia disebut di dalam kitab-kitab hadith ataupun sebaliknya:
Takhrij lafaz “doa” tersebut
Antara kitab-kitab yang menyebut lafaz doa seperti di atas adalah:
Di dalam Musnad Imam Ahmad: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: "اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ". وَكَانَ يَقُولُ: " لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ غَرَّاءُ، وَيَوْمُهَا أَزْهَرُ".
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kepada kami pada bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”. [Musnad Imam Ahmad, no. Hadith 2228]
Imam Ibn Sunni, Imam al-Baihaqi, Imam al-Bazzar dan Abu Nu’aim juga menyebut hadith ini di dalam kitab mereka: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ: "اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ". قَالَ: وَكَانَ يَقُولُ: "إِنَّ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ لَيْلَةٌ غَرَّاءُ، وَيَوْمَهَا يَوْمٌ أَزْهَرُ".
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukan kami dengan bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”. [Ibn Sunni, Amal al-Yaum wa al-Lailah, 1:610, al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, 5:348, no. Hadith 3534, al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, 13:117, no. Hadith 6496 dan Abu Nu’aim, Hilyah al-Awliya’, 6:269]
Ulasan ringkas
Berdasarkan hadith berikut, terdapat sedikit perbezaan antara riwayat pertama oleh Imam Ahmad dan juga riwayat yang kedua iaitu pada lafaz ( وَبَارِكْ لَنَا ) dan juga ( وَبَلِّغْنَا ) walaupun kedua-dua riwayat ini datang daripada jalur Anas bin Malik RA.
Hukum Hadith
Hadith ini dihukum dhaif pada sanadnya oleh para ulama’ hadith. Antaranya ialah:
Imam al-Nawawi. [Al-Azkar, 1:189]
Imam Ibn Rejab. [Lathaif al-Ma’arif, 1:121]
Syeikh Syu’aib al-Arnaout. [Sunan Abu Daud, 4: 180]
Di dalam sanad hadith ini terdapat dua kecacatan sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli hadith:
Pertama: Pada Zaidah bin Abi al-Ruqqad (زائدة بن أبي الرقاد)
- Imam al-Bukhari, al-Nasa’ie dan al-Hafiz Ibn Hajar menghukumnya sebagai “mungkar al-Hadith”.
- Abu Hatim mengatakan bahawa “riwayat Zaidah daripada Ziyad adalah riwayat yang marfu’ tetapi mungkar dan kita tidak mengetahui adakah ia (hadith) daripadanya atau daripada Ziyad”.
Kedua : Pada Ziyad al-Numairiy (زياد النميري)
- Ibn Ma’in dan Abu Daud “mengdhaifkannya”.
- Abu Hatim mengatakaan “ditulis hadithnya tetapi tidak boleh berhujah dengannya”.
- Ibn Hibban menyatakan di dalam “al-Thiqat bahawa dia (Ziyad) tersalah dan di dalam al-Majruhin sebagai mungkar al-Hadith. Dia meriwayatkan daripada Anas perkara-perkara yang tidak menyamai hadith daripada orang yang thiqat dan tidak boleh mengambilnya sebagai hujjah”.
- Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan dia (Ziyad) adalah “dhaif”.
Tarjih
Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama’ berkaitan kesahihan hadith ini, maka cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini sanadnya teramat lemah kerana padanya terdapat dua orang perawi yang bermasalah serta dalam masa yang sama kita tidak boleh menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, matan atau teks hadith tersebut tidak mempunyai masalah jika kita ingin berdoa dengannya. Ini kerana di dalam berdoa, kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagimana perkara yang diminta itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Penutup
Sebagaimana yang kita ketahui, Islam sangat menuntut kita agar sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan sekalipun, berdasarkan firman Allah SWT dan hadith-hadith Nabi SAW. Lebih-lebih lagi pada waktu yang mustajab untuk berdoa atau pada bulan-bulan yang mempunyai kelebihannya yang tertentu seperti bulan Ramadhan. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima dan memakbulkan doa kita dan memberi kita peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang akan datang. Amin.
Wallahua'lam.
Panjang kan? hahaha. Panjang because Mufti's explaination is very detail. Which is very good.
Kesimpulannya.. boleh je kita mengamalkan doa bulan Rejab tersebut. Tak salah pun. Sebab apa? "Ini kerana di dalam berdoa, kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagimana perkara yang diminta itu tidak bertentangan dengan syariat Islam."
Yang tak bolehnya bila kita anggap "ohh doa bulan Rejab ni ada dalam hadis" atau "doa bulan Rejab ni sunnah Rasulullah lah. kita mesti ikut ni". Nope. Sebab apa? Seperti yang dah disebutkan tadi - sanad hadith itu tersangat lemah.
Yang tak bolehnya bila kita anggap "ohh doa bulan Rejab ni ada dalam hadis" atau "doa bulan Rejab ni sunnah Rasulullah lah. kita mesti ikut ni". Nope. Sebab apa? Seperti yang dah disebutkan tadi - sanad hadith itu tersangat lemah.
Semoga bermanfaat. Daa~ wassalam! :)
3 Comments
terima kasih untuk pencerahan ni :D
ReplyDeletegood sharing & explaination KC...
ReplyDeleteGood sharing kc. Segala kekeliruan sudah terjawab
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p