Teringat zaman sekolah dahulu.. menunggu bas sekolah datang selepas waktu Subuh bersama-sama dengan kawan adalah antara pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Seperti yang kita semua maklum, bas sekolah adalah salah satu perkhidmatan pengangkutan yang sangat sinonim di negara Malaysia bagi pelajar yang hendak pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu.
"Ilmu Jambatan Hidup" dan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" -- itulah antara dua kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam hidup manusia. Jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan kesannya, mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendalami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.
Bas sekolah merupakan keperluan wajib bagi ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah. Semakin ramai bilangan anak, semakin tinggi kos pengangkutan anak-anak ke sekolah. Tinggi lagi harapan ibu dan ayah supaya anak-anak rajin belajar demi mengubah nasib keluarga.
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA! |
Sejak awal tahun 2017 hingga kini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma kepada semua anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara.
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA! |
Rata-rata menyifatkan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Wilayah tersebut jelas merupakan bantuan yang diperlukan dan lahir daripada denyut nadi rakyat. Justeru, ia terus dimanfaatkan oleh golongan sasar khususnya penduduk yang tergolong dalam kalangan berpendapatan rendah.
Pelajar yang terpilih dalam program Bantuan Bas Sekolah Percuma dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan (DBKL) - UTUSAN ONLINE |
Program Bantuan Bas Sekolah Percuma banyak memberi manfaat terutamanya kepada penduduk miskin bandar - UTUSAN ONLINE |
Usaha murni pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan. Mereka tak perlu risau lagi mengenai kos pengangkutan anak ke sekolah. Malah, peruntukan sebanyak RM80 diberikan kepada setiap pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma. Terbaru, pada tahun 2018, program bas sekolah percuma meliputi 74 kawasan PPR dan PA.
Bantuan Bas Sekolah Percuma merupakan salah satu inisatif yang dekat dengan denyut nadi warga kota - UTUSAN ONLINE |
36 Comments
Bagus perkhidmatan bas ni utk warga PPR mmg sgt memerlukan kan..yuran bas memang hal lagi2 di KL..
ReplyDeleteBagus perkhidmatan yang ditanggung oleh DBKL harap dapat dilaksanakan di daerah Dan negeri lain secara tidak langsung membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteMudahnya sekarang ada perkhidmatan macam ni. Lagi bersemnagat budak nak ke sekolah kan
ReplyDeleteMommy baru tau ada bas percuma. Boleh la cuba apply minta untuk kawasan mommy. Ramai yang perlu dibantu. Walaupun kawasan kampung tapi kos van sekolah tinggi juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga digunakan dengan sebaik2nya. Saya dulu xnaik bas sekolah, naik trak polis sebab anak polis. Seronoknya...
ReplyDeletetambang bas sekolah mahal sangat skrg ni...klu anak 3 4 orang sakit juga nak bayar kan...hrp sangat program ni ada kat tempat kak lin..
ReplyDeleteSangat membantu parents yang ada kekangan masa untuk travel ambil dan hantar anak ke sekolah.
ReplyDeleteLagi lagi yang kurang mampu
Harap perkhidmatan bas percuma ni meluas dekat semua tempat.. Bagus sgt.. Sbb bukan smua ibu bapa mampu nak bayar bas atau van sekolah ni.
ReplyDeleteHidup di bandar mmg memerlukan kos yg tinggi dan bkn semua mereka yg duduk di bandar ni org senang. Syukurlah ada program sebegini. Ringan sikit beban ibu dan ayah. Alhamdullilah ..
ReplyDeleteBagus ada kemudahan bas percuma ni. Sebab yuran bas pon makin mahal. Kalau anak ramai memang terasa peritnya.
ReplyDeleteSekarang yuran bas dan van sekolah quite high. Kalau ada 2-3 anak agak membebankan. Bagus program macam ni.
ReplyDeleteMembela golongan kurang berkemampuan
Alhamdulillah. Tahniah DBKL atas usaha murni membantu masyarakat.
ReplyDeleteMemang kemudahan yang begitu memudahkan untuk warga kota. Semoga kemudahan ini digunakan dengan penuh adab dan bertamadun. Insyallah
ReplyDeleteSangat bagus perkhidmatan bas percuma ni. Dapat meringankan beban ibu bapa dan juga anak anak lebih selamat ke sekolah.
ReplyDeleteBudak2 sekolah pun tak perlu nak jalan kaki lagi walaupun jarak sekolah dekat sekali pun.
ReplyDeleteAnak kak sha pun dah nak sekolah ni..harap perkhidmatan ini diperluaskan pada masa hadapan..semoga dengan kemudahan ini dimanfaatkan bersama dan berguna untuk golongan memerlukan maklumlah zaman sekarang ni segalanya perlu wang..
ReplyDeletemacam ni mmg terbaik la. senang anak-anak nak pergi sekolah. takdelah mak/bapak susah hati nak hantar anak ke sekolah lagi dah
ReplyDeleteProgram yang baik , semoga membantu ramai ibubapa yang terbeban dgn perbelanjaan bayaran bas sekolah bulanan ...
ReplyDeleteBestnya dapat pergi sekolah naik bas. Dulu ke sekolah naik basikal je sebab dekat dengan rumah. Apa-apa pun bagus sangat ada program macam ni dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa yang semakin bertambah.
ReplyDeleteBeruntungnya anak2 sekolah yg tinggal di Wilayah Persekutuan dan KL.. Orang2 KL sebenarnya takde lah semuanya kaya tapi kebanyakannya miskin bandar. Program sebegini membantu ringankan beban ibubapa juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Akhirnya ada juga program yang membantu mereka yang memerlukan. Moga ia memberi manfaat kepada semua
ReplyDeleteProgram yg memberi banyak kebaikan kpd rakyat. Alhamdulillah =)
ReplyDeleteSatu program yang sangat bermanfaat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Dapat juga meringankan perbelanjaan bulanan. Alhamdulilah. Manfaatkan sebaiknya
ReplyDeleteUntungnya bas sekolah percuma. Dapat jimat byk sgt tu
ReplyDeleteAlhamdulillah ada perkhidmatan bas cam ni.. MF dulu merasa la tambang bas sekolah 50 sen, pastu naik ke 70 sen rasanya sekarang dh seringgit lebih kot.. Kalau perkhidmatan macam diperluaskan kat kawasan kampung bagus sgt dah ni...
ReplyDeleteBagus program ni dan anak2 xde masalah lagi utk ke sekolah kan
ReplyDeleteEma setuju dengan kata kata "dok bandar, belum tentu senang". Jadi, kemudahan camni sangat membantu mengurangkan belanja harian, lebih lebih lagi yang ada ahli keluarga ramai
ReplyDeletebagusnyaa skrg harga yuran bas sekolah pun dh mahal seiring minyak hehe
ReplyDeletedapat ringan kan beban kalau program bas van sekolah percuma ni ada di banyak tempat kan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Satu program yang bagus dilaksanakan di negeri-negeri lain.. Dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan..
ReplyDeleteSangat membantu keluarga yang punya anak ramai dan pengangkutan cuma motosikal serta dapat mengurangkan beban keluarga berpendapatan sederhana.
ReplyDeleteBagusnya ada kemudahan ni. Patut di perluaskan
ReplyDeleteWah, kemudahan yang sangat bermanfaat untuk rakyat...
ReplyDeleteBagus program ni.. Membantu ibu bapa yg mempunyai pendapatan rendah..kat kws rumah k.fiezz mmg dh lama ada perkhidmatan bas percuma ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang bagus program camni dibuat sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan sedikit beban yang ditanggung ibubapa yang berpendapatan rendah
ReplyDeleteokay,lepasni dah tak boleh kata pelajar takde lagi kenderaan ke sekolah dah. Bgus inisiatif cemni.. takde lagi kes ponteng sekolah
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p