Macam Mana Nak Tahu Wanita Suci Dari Darah Haid? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wanita dan darah haid berpisah tiada. Kerana saat pertama kali seseorang perempuan dipanggil 'matang' apabila pertama kali keluarnya darah merah (haid) a.k.a period.
Hari tu saya ada dengar ceramah seorang ustaz di Radio ikim.fm yang membincangkan tentang permasalahan berkaitan haid dan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh para pendengar. Best. Walaupun ianya too common dalam masyarakat kita, tapi mungkin ada sesetengah orang tak begitu arif dalam beberapa kes. Meh saya share apa intipati yang saya dapat dari ceramah tersebut.
BASIC INFO & IMPORTANT FACTS ABOUT DARAH HAID WANITA
Basic Info & Important Facts about Darah Wanita Haid |
Berapa lamakah waktu (tempoh) seseorang perempuan boleh keluar darah haid?
Paling minima (paling sekejap): 1 hari 1 malam (24 jam).
-- misalnya darah keluar harini 1:15 p.m. sehingga maghrib dan tak keluar dah hingga habis bulan (tak cukup 24 jam), darah yang keluar itu bukan dianggap darah haid.
Paling maksima (paling lama) :15 hari.
-- contoh.. keluar darah pada 1haribulan 1:15PM hingga 16hb 1:15PM (cukup 15 hari). Jika keluar selepas dari masa 15 hari itu, ia dianggap darah istihadhah (darah penyakit).
Tempoh kebiasaan: 6 atau 7 hari.
Berapakah umur paling muda wanita boleh mengeluarkan darah haid?
Umur paling muda yang darah haid mungkin boleh keluar dari seorang wanita = 9 tahun lebih kurang (menurut perkiraan Hijrah).
Jika darah yang keluar sebelum 9 tahun = darah istihadhah (darah rosak)
DUA perkara wanita dihukum baligh:
1. UZUR
- apabila telah keluar haid pada usia 9 tahun (paling minima)
2. UMUR
- mencapai usia 15 tahun (mengikut kiraan tepat - kalendar Hijrah)
Macam mana nak tahu wanita putus darah haid (suci darah haid)?
Ustaz ajar cara bagaimana untuk kita kenalpasti sama ada darah haid dah stop ke belum. Kita dah suci darah haid ke belum. Kita dah boleh mandi wajib ke belum.
Caranya.. masukkan kapas putih ke dalam kemaluan, dan bila dikeluarkan, tiada bekas bekas warna hitam/ merah/ coklat/ keruh/ kuning.
Dalam erti kata lain.. kalau masukkan kapas putih ke dalam kemaluan & bila kita keluarkan, masih dalam keadaan putih.. baru maksudnya kita dah berhenti darah haid. Dah boleh mandi wajib.
TAPI.. kan ada sesetengah perempuan yang mengalami kes yang kejap ada, kejap tak ada darah haidnya. How?
Misalnya.. darah berhenti pada hari ke-10. Then mandi wajib. Solat dan puasa seperti biasa. Tiba-tiba hari ke-13 darah keluar.. persoalan: adakah puasa & solat yang dilakukan dalam tempoh 2 hari tu hukumnya sah? --> Hukumnya tidak sah ustaz tu kata.
Menurut Imam Syafie, sebenarnya ada DUA pendapat:
1. Dalam tempoh 2 hari tu, wanita itu suci. Maka semua solat dan puasa sah.
2. Solat dan puasa yang dikerjakan hari ke-11 dan 12 yang tak keluar darah tu.. tak sah. [PENDAPAT YANG MUKTAMAD!]
Conclusionnya.. sekiranya ada berhenti darah di tengah-tengah dua masa haid, solat dan puasa TAK SAH. Solat tak perlu qadha. Tapi puasa perlu ganti (qadha').
Ada faham? hehehe.
Moga mendapat manfaat. Dan siapa yang dah berstatus ibu & mempunyai anak perempuan.. benda-benda macam ni lah antara yang kena ajar. Supaya mereka lebih faham dan tidak keliru.
Okay daaa~ wassalam! :)
3 Comments
Assalamualaikum. Tahniah kerana anda menjadi salah seorang pemenang SPM Result Giveaway! Untuk keterangan lanjut dan cara-cara untuk menuntut hadiah, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.
ReplyDeletehttp://www.zukidin.com/2018/04/keputusan-spm-result-giveaway.html
Akak selalu yang lompat-lompat tu. Gap 2,3 hari jugak
ReplyDeletetergolong dalam manusia ada gap tu hahaha
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p