Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa je yang tak kenal Menara Berkembar, KLCC (Kuala Lumpur City Centre)? Kita semuaa kenal mercu tanda negara Malaysia yang satu ni. Budak-budak pun tahu kot kan.
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
KLCC adalah antara bangunan yang tertinggi di dunia sekaligus memegang title antara bangunan yang tertinggi di Asia. Tapi dah kenapa nak cerita pasal KLCC sekarang walhal ianya sudah pun siap dibina pada tahun 1996 yang lepas?
Baru-baru ni saya ada jumpa thread panjang di twitter oleh SoulusiMY yang memulakan bebenangnya dengan...
"PERKARA TENTANG KLCC YANG ANDA TAK TAHU, MEREMANG BULU ROMA LEPAS BACA."
Uishhhh, saya pun curious. Nak tahu juga la meremang ke tak bulu roma den lepas baca hahaa. Saya pun baca la dari mula hinggaaa habis. Memangg... dup dap dup dap! Takdela sampai meremang bulu bagai, just hati rasa berdebar je. Mixed feelings. Rasa kagum, bangga, terharu dan rasa tak percaya bersilih ganti.
So.. pada sesiapa yang tak baca lagi, okayy jom baca!
So.. pada sesiapa yang tak baca lagi, okayy jom baca!
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur
1. Malaysia masa tu tak ada kepakaran bina pencakar langit. Perdana Menteri (PM) request design pelik-pelik yang takde orang buat.
2. Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8 tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat 6 tahun sahaja.
3. Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput dan rapuh. Mustahil nak bina menara tinggi kat situ.
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
4. Iklim tropika kat Malaysia ni menyebabkan banyak hujan, LEBAT pulak tu. Simen akan basah dan mustahil nak bina bangunan besar dalam keadaan camtu.
5. Pada tahun 90an, Malaysia belum maju dalam industri pembuatan keluli. Macam mana nak bina pencakar langit kalau takde batang keluli? Nak import dari luar pula tak mampu.
6. Salah 1 tingkat KLCC terbina dengan konkrit lembut sebab kontraktor tak ikut spec. Bangunan takde tiang besi, agak-agak apa jadi?
8. Waktu pembinaan KLCC, berlaku serangan pengganas di Oklahoma, Amerika. Satu trak bom diletupkan depan Alfred P. Murrah Federal Building menyebabkan separuh bangunan tu runtuh. Yang menakutkannya ialah, bangunan tu SAMA macam KLCC juga takde tiang besi.
9. Pengangkutan dalam bangunan tu satu hal… KLCC kecik tak boleh sumbat banyak lif dalam tu. Macam mana nak angkut ramai orang naik ke atas tu?
10. KLCC BERHAYUN. Semua bangunan tinggi berhayun. Bak kata arkitek dalam dokumentari tu, kadang orang boleh nampak air toilet berkocak sebab bangunan berhayun. Dalam kes KLCC, jambatan tengah tu boleh memburukkan keadaan kalau dua menara saling menarik antara satu sama lain!
Haa, ni masalah-masalah dia tapi ingat setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jom baca penyelesaian dia pulak!
1. Design KLCC. Bangunan yang nampak macam dua batang jagung tu sebenarnya berinspirasikan budaya Melayu dan kesenian Islam. Waktu Tun Mahathir request nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’, Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri Malaysia’ tu macam mana? PM pun taktau nak habaq.
Arkitek nampak ‘ciri Malaysia’ tu beridentitikan Islam, dia kaji kesenian Islam & macam mana nak buat menara moden bersenikan Islam. Last-last Tun Mahathir sendiri bagi idea buat tapak dia bentuk Rubu’ Hizb (segi 4 bersilang macam penanda juzu’ dalam Quran). Arkitek tambah baik lagi supaya lebih luas.
2. Bajet. Disebabkan Malaysia mampu sediakan bajet untuk 6 tahun saja, maka kerja pembinaan KLCC terpaksa dijalankan TANPA REHAT supaya dapat mencapat target masa tu. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau terlajak sehari saja Malaysia akan kerugian 700,00. Terlajak seminggu, rugi 5 juta.
Kos tu maksudnya dengan gaji pekerja buruh dan pakar, sewaan jentera… bukan kos bahan pembinaan tu sendiri. KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur. Satu lagi pendekatan, kerajaan upah 2 kontraktor berbeza untuk siapkan 2 menara, supaya mereka saling bersaing & siapkan kerja tu on-time.
3. Tapak KLCC di tebing jurang batu kapur. Mula-mula saya tak faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ tu di dalam tanah. Pening jurutera tengok takde tapak yang keras pun untuk dijadikan base KLCC. Kalau bina menara berat-berat kat situ endingnya nanti tenggelam dalam bumi. Jenuh diorang fikir,
Kaji pengalaman-pengalaman lepas, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh tu? Akhirnya diorang cuba fikir luar kotak dan buat suatu yang baru untuk KLCC.
Mereka bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah hingga melepasi ketebalan batu kapur. Disebabkan tu, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.
4. Waktu buat tapak tu masalah hujan lebat berlaku. Diorang pening lagi dengan hujan KL ni… Lagi sekali dorang berfikir di luar kotak, diorang ‘payung’ tapak tu dengan kanvas besar seluas 5 khemah sarkas. Sampai tapak betul-betul kering dan keras barulah pembinaan bersambung.
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
5. Tiada keluli yang menepati spesifikasi. Fikir punya fikir, diorang cipta sebatian konkrit baru yang mampu menyamai kekuatan keluli. Menariknya, sebatian tu menggunakan bahan-bahan KHUSUS yang terdapat di negara kita.
Nampaknya ‘darah daging’ KLCC tu sendiri tercipta dari tanah Malaysia. Dan kelebihannya, bangunan berasaskan batu ni lebih rintang terhadap angin.
6. Dah sampai tingkat keberapa, jurutera dapat kesan kontraktor guna bancuhan konkrit yang tidak mengikut ‘resipi’. Cuak la diorang… membayangkan KLCC akan runtuh kalau diteruskan pembinaannya. Semua kerja berhenti. Diorang cek balik banyak mana tingkat yang guna simen lembik tu.
Mujurnya baru satu tingkat. Dengan berat hati diorang terpaksa RUNTUHKAN BALIK tingkat yang rapuh tu & bina semula ikut spec. Dalam temubual, memang diorang kecewa sangat sebab melambatkan masa dan membazirkan bahan. Tapi diorang kena buat juga demi menjamin keselamatan KLCC di masa depan.
7. Dah separuh siap, senget pulak satu menara. Senget beberapa mm je. Katanya, tak menjejaskan struktur bangunan pun. Tapi untuk sebuah menara tinggi, mana tahu boleh jadi bahaya kan. Engineer dia mati akal terus. Takkan nak robohkan balik 70 tingkat tu?
Gosh… Sudahnya diorang buat keputusan untuk terus bina tingkat yang berbaki, ikut hala bertentangan dari arah yang senget. Elok la balik.
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
8. Serangan pengganas. Mengambil iktibar dari bangunan runtuh di Oklahoma, jurutera buat test adakah KLCC dapat bertahan kalau tiang konkritnya diletupkan?
Keputusannya amat memeranjatkan. Bukan saja kekuatan konkrit tu boleh bertahan, bahkan KLCC masih mampu berdiri tanpa 3 dari 16 tiang asas dia. Syukur. Kalau keputusannya tak baik, rugi usaha penat lelah diorang.
9. Risiko menara saling menarik waktu berhayun. Jurutera reka ‘sendi’ pada sambungan skybridge membolehkan ia bergerak. Kalau 1 menara berhayun ditiup angin, takde la dia tarik kawan dia 1 lagi. Jangan korang bayangkan KLCC berhayun macam buai. Hayunan bangunan ni perlahan sangat, kita pun tak rasa.
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Cerita 'Seram' dan Mendebarkan Di Sebalik Pembinaan KLCC, Kuala Lumpur |
Itu lah kisahnyaaa di sebalik pembinaan menara gah KLCC. Hebat kan Tun Dr Mahathir dan semua kontraktor yang terlibat? RESPECT!
6 Comments
pernah tgk dalam discovery channel kot kalau tak salah pasal klcc. btw nice sharing :)
ReplyDeletenice info..dah pernah naik atas time tu dgn family.Jika gayat mmg meremang bulu.
ReplyDeleteJenuh baca sampai habis. Hee. Terbaik info ni. Tak tahu pun. Sehingga sekarang, Siqah suka tengok KLCC. Bangga tau 😍
ReplyDeletemenarikkk !
ReplyDeleteTak pernah tau pun sblm ni btw good sharing kc...
ReplyDeletebangga baca..tak meremang..taching..tak sangka Malaysia mampu bina bangunan setinggi ni dengan kepakaran yg kurang masa tu...time pembinaan KLCC ni,k.fiezz sekolah lagi...masa habis SPM, baru kenal KLCC ni and jadi tempat jalan2 dengan member time cuti-cuti...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p