Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY - sayidahnapisahdotcom Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY
LightBlog

Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY

Cerita Seram Saka 9 Keturunan | Kat twitter sekarang, saya suka follow sorang mamat ni. Username nye jebat_165. So far, beliau sudah pun kongsikan 3 kisah seram yang sarat dengan pengajaran & ilmu. Kisah seram tersebut adalah daripada pengalaman beliau sendiri; 'berperang' dengan makhluk halus a.k.a true story. Sebelum ni saya ada share kisah beliau berkaitan dengan tatu, kali ni saya nak share cerita seram beliau berkaitan dengan saka pula. Moga kita ambil iktibar atas apa yang berlaku di dalam cerita ni ye inshaaAllah~


Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY

AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI GODAAN SYAITAN YANG TERKUTUK DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Segala nama di dalam ini bukanlah nama sebenar. Semua telah diubah diatas menjaga aib dan maruah keluarga pesakit.

Bersembur darah hitam keluar dari hidung dan mulut din (nama pesakit) selesai sahaja di libas dengan kain rida'.. tersandar din di penjuru klinik aku keletihan.. pembantu aku menghulurkan tisu dan air yang dah disyifakan.. 

#dikalalamputerpadamsendiri

Dua jam sebelum kejadian, aku dengan beberapa orang pembantu yang lain baru selesai solat isyak berjemaah. Kami dapat satu panggilan nak buat temujanji tapi bukan untuk dia.. untuk anak buah dia yang dah kematian mak dan ayah (yatim piatu).

Habis je cakap di handphone.. lampu klinik kami automatik padam (bukan sebab tak bayar bil ya) disusuli dengan ribut kencang di luar klinik kami.. walhal sebelum tu tak ada apa-apa tanda hari nak hujan pun.

Salah seorang pembantu aku tanya "bang, kita kena serang ke ni (serangan makhluk halus) ke kebetulan je ni" aku dengan muka toyamat amin "redah je kita bertawakal dengan menyebut nama-nama ALLAH dari godaan syaitan yang terkutuk"

Zupp.. satu kelibat melintas di hadapan kita orang. Ibarat memberi amaran untuk tidak menerima kedatangan pesakit yang nak datang sebentar lagi. Lepas je kelibat tu muncul depan klinik kami ada 3 ekor anjing hitam yang saiz lebih kurang besar-besar anak lembu.
Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY
Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY // credit image to the owner
Aku pun mula la peranan aku menggunakan kelengkapan yang diajar guru-guru aku.. buat satu pagar lam jalallah. Liput satu kawasan klinik aku. (Dengan kaedah makrifat)

Alhamdulilah lampu yang terpadam sendiri menyala balik. Aku suruh semua pembantu aku siap sedia.. kerana belum apa-apa lagi kita dah diuji macam ni..

Sambil menunggu pesakit.. kami membuat amalan manzil terlebih dahulu.. persiapkan dahulu kelengkapan perang.. siap je buat amalan.. dengar bunyi sayup-sayup dekat luar salakan anjing.. ooo 3 ekor anjing yang dekat luar tu ghaib entah ke mana lepas buat pagar lam jalallah.

Tak sampai 15 minit lepas tu.. sampai pesakit dengan keluarga dia.. kali ni pesakit agresif sikit.. dalam kereta lagi dia dah mengamuk tak nak turun.. bapa saudara pesakit datang minta tolong kami untuk usung pesakit ke dalam klinik..

Kami yang dah macam ghost buster ni.. pergi la usung pesakit tu.. sambil usung aku tanya nak panggil apa pesakit ni.. kang aku main bedal je nama macam tak logik kan.. pak sedara dia cakap nama saifuddin. Tapi keluarga semua panggil din sahaja. (Ingat ya bukan nama sebenar)

Bayang kan time kami usung si din ni.. rasa macam angkat muatan berat padahal din ni kurus keding je.. kami letak din dekat bahagian ruang tamu klinik.. letak je din terus bersilat sambil mendengus-dengus.. "siapa kalian? Kenapa kalian mengganggu aku"

Masalahnya kalau bercakap sahaja tak apa juga.. ni menyerang orang-orang dekat sekeliling.. aku buka buah kunci.. lock si din ni dekat atas lantai.. sambil lock tu aku pasakkan terus ke tanah.. ya la tak kan nak ruqyah sambil melayan pendekar bersilat pula kan..

Tiba-tiba personaliti din berubah menjadi seperti seorang nenek tua yang teramat la tua.. sambil badan nya merengkok.

"Lepaskan akuuuu.. lepaskannn.. aku yang selama ini menjaga dia. Lepaskan aku.. aku sayang keluarga ni.. jangan pisahkan aku dengan dia tolonggg"

Suara seorang nenek keluar dari mulut din.. pergh time tu nak meloncat pun ada.. bayangkan orang lelaki boleh keluar suara perempuan.

Aku malas nak dengar sangat keluh kesah bangsa jin ni.. tapi dah keluarga pesakit bagi hint minta aku tanya.. aku tanya la.. "dah berapa lama kalian berdampingan dengan anak muda ni"

"Heeeheeheee.. aku dah lama bahkan lebih lama dari datuk moyang dia hidup.. aku dah beratus tahun aku hidup dalam darah daging keturunan dia.. termasuk dia aku dah 9 KETURUNAN DIA AKU JAGA!"

"Jangan kalian fikir kalian mampu memisahkan kami dengan budak ni" sambil mengilai panjang.

Kami? Maknanya bukan seekor dalam badan si din ni.. aku dah naik jelik dengan perbualan dengan jin ni.. aku ambil pendekatan untuk serang balas.

Aku mulakan ruqyah tanpa hirau esak tangis jin.. sampai la satu tahap aku tanya "sekarang ni kau nak keluar ke tak nak? Kalau tak nak aku seksa kau.. aku bunuh kau"

Sebenarnya bukan nya nak bunuh pun.. psycho je time tu.

"Tak nak.. aku tak nak keluar. Bunuh aku dalam jasad ni.. heheheehe itu pun kalau kalian mampu musnahkan seluruh keturunan aku dalam badan budak ni"

Hmm ni dah tahap menguji kesabaran dah ni.. negotiate aku gagal..

Dah tahap mencabar.. aku guna jalan shortcut. Aku sembelih jin yang menyerupai nenek kebayan.. alhamdulilah selesai.. tapi tak sampai dua minit terus jin lain masuk ambil alih badan Din.

Kali ni Din jadi seperti hulubalang pendekar lama-lama tak bercakap banyak terus dia mengepal penumbuk seperti ingin ajak beradu tenaga.. aku duduk bersila.. mendepakan kedua belah tangan sambil membaca ayat 17 dari surah al anfal. "wamaa ramaita idz ramaita, walaakinnallaaha ramaa"

Terperosok din tersungkur dekat atas lantai.. tatkala ni la aku mengambil rida' lantas aku libas ke seluruh badan Din. Darah hitam dan lendir busuk keluar dari hidung dan mulut din..

Pembantu aku cuba lap muntah darah din dengan tisu.. aku halang.. kerana pada hemat aku di situ penuh dengan racun bisa dari badan Din. Kalau kena mata boleh buta. Kena pada kulit boleh jadi kudis buta.

Aku ambil air satu baldi.. campur dengan daun bidara.. baru aku suruh pembantu aku lap.. 

Berbalik pada Din.. din dah boleh bernafas sedikit din minta air.. haa time ni din minum habis 1.5 liter air syifa..

Habis je minum din minta baldi untuk muntah.. bayangkan hampir setengah baldi air hitam yang tohor keluar dari muntah din.. sama macam bau air lokang.. aku yang kesian lihat keadaan din. Aku suruh din tidur sekejap. Sementara aku interview keluarga si din.

"Din ni budak baik orang nya tak pernah melawan cakap.. ye la dia sedar diri dia sebatang kara dekat dunia ni.. mak ayah dah pergi waktu dia kecil lagi.. jadi dia membesar dekat rumah atuk dia.. lepas datuk dia pergi dia menetap di rumah kami" kata bapa saudara Din.

"Lepas atuk din meninggal sikap din berubah. Dia jadi murung dan suka duduk bersendirian.. lately ni dia mula bercakap sendiri tu yang kami hantar dia berubat ni" sambung bapa saudara Din.

Dari sini faham la aku . Kemungkinan saka dia diwarisi waktu dia di rumah atuk dia. Baru je aku nak cakap.. tetiba bunyi orang mendengus dari ruang tamu tempat din baring.. 

Dah jadi balik dah din ni.. kali ni din merangkak sebijik seperti perwatakkan harimau.
Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY
Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY
Kali ni aku tak ada dialog-dialog dah.. aku ambil rida' belit pada din.. aku makrifatkan pedang.. Allahhu Akbar.. aku mulakan penyembelihan.. (bagi yang tak faham ingat aku bunuh.. sebenarnya aku itu ikhtiar aku untuk memutuskan hubungan jin dengan badan tuannya.)

Habis je sebelih.. aku teruskan pembersihan di seluruh badan din.. clearkan saki baki kelompok-kelompok jin yang bersarang dalam salur darah din. 

Selesai je bersihkan.. aku syifa satu badan din.. Bila din sedar je aku tanya apa yang berlaku td.. dia kata dia nampak arwah atuk dia datang jenguk dia tadi.. tiba-tiba atuk dia hulurkan satu tali terus dia tak ingat apa-apa.. 

Aku tanya dia ada tak arwah bagi barang apa-apa.. dia kata ada. Keris berluk 7 yang perlu diperasap dan perlu diberikan darah (tak kisah darah apa. Binatang pun boleh) setiap bulan mengambang.. 

Jadi aku tanya dekat din.. mana dia simpan keris tu.. dia kata ada dia simpan dekat dalam bilik dia.
Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY
Aku tanya sudi tak aku clearkan khadam yang ada dalam keris tu.. Din termenung panjang. Last-last dia setuju..  Aku suruh dia datang balik a.s.a.p bawa keris tu dekat klinik kami.. alhamdulilah balik tu tak ada apa-apa gangguan..

Ooo sebelum terlupa.. sebelum dia balik tu aku suruh dia mandi di klinik kami.. dan kami bekalkan kain pelikat dan baju yang kami ada sediakan di klinik kami.. (Kang korang tanya plak aku.. mana si din tu dapat baju kan) Lepas mandi aku suruh dia solat taubat dan solat hajat.

Ok pendekkan cerita.. esok din datang dengan pak sedara dia. Bawa keris yang dibaluti kain kuning.. tapi pakej dengan balutan setanggi. Aku tawarkan semua bisa pada keris dan aku buang khadam-khadam yang ada dalam tu.

Aku cakap kemungkinan besar din dan keluarga bakal diganggu dengan gangguan-gangguan yang dahsyat.. sebab jin-jin tu masih cuba untuk menyesatkan Din.. jadi aku minta Din dan keluarga buat kenduri doa selamat.. dan start buat baca yaasin selama 44 hari..

Alhamdulilah selesai 44 hari.. tiada gangguan dan kelibat-kelibat di rumah Din (rumah pak sedara dia) dan din pun mulai kembali normal seperti biasa.. dan din pun dah mula bekerja.

Bagi aku saka ni janganlah kalian menghukum nenek moyang korang.. mereka mengambil saka dahulu banyak sebabnya.. dan mereka dahulu tidak diganggu.

Tapi bila diwarisi tidak dilengkapkan dengan keilmuan itu yang jadi jin ni memperolok kan tuan nya.

Alhamdulilah.. aku dah selesai dah bercerita untuk hari ni.. harap-harap jalan cerita aku tu boleh la korang faham.. yang mana kurang aku minta maaf pada kalian.. in sha ALLAH tiga hari lagi aku bercerita lagi dengan kalian.

#perawatmuda #seramshit


Ada juga Q&A selepas thread panjang kat atas ni. Salah satu nya adalah:

Q:
Ustaz @jebat_165 rumah saya pernah kena gangguan. Ada bunyi guli bila pukul 3 pagi jin baling guli sekuat hati atas siling. Lepas hampir setiap hari ruqyah now dah macam takde gangguan dah. Tapi kadang-kadang lepas lama tak bunyi, 2 bulan kmudian ada bunyi sikit-sikit. Macam mana nak buang habis gangguan ya?

A:
Salah satu cara.. nampak macam tak betul la sikit.. tapi cuba ya. Cakap "aku bagi masa 3 hari untuk seluruh kaum-kaum jin yang menumpang di rumah. Selepas 3 hari aku perang" selepas tiga hari jika ada gangguan lagi. Amalkan surah al- jin dan surah albaqarah.

Sampai dimuka surat 16 (masih surah albaqarah ya.) Ayat 102. Amalkan baca setiap subuh dan setiap maghrib. Sekejap je.. 3 juz albaqarah dua hari inshaaALLAH habis..

Q:
Terima kasih saudaraku atas ilmu. Ayat 102 tu memang power. Saya pernah lihat rakan saya bacakan pada pelajar yang diganggu. Memang kesakitan makhluk tu.
Cerita Seram Saka 9 Keturunan | TRUE STORY
Surah Al Baqarah ayat 102
A:
Ayat quran semuanya power.. sehinggakan Allah mencabar manusia dan jin untuk mencipta satu kalam yang dapat menandingi alquran.. MASAKAN (TAK MUNGKIN) MANUSIA DAN JIN MAMPU MENANDINGINYA.

BACA JUGA: 
Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam | TRUE STORY

Post a Comment

1 Comments

  1. Seram kalau kene mcm ni.. kesian keturunan yg xtau apa2..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p