Kisah Seram Terkena Badi Mayat & Penyesalan Pemakai Susuk | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Dah lama saya tak share cerita seram malam malam kan. Maklumlah berehat seketika haritu. And back to the topic.. malam ni saya nak kongsikan kisah seram seorang lelaki yang terkena badi mayat & juga tentang penyesalan isteri kepada lelaki tersebut; si pemakai susuk secara rahsia.
Of course lah cerita ini bukan cerita saya tetapi dari salah seorang perawat yang merawat mangsa. Niat saya berkongsi kisah seram benar ini harapnya dapat memberi pengajaran dan manfaat buat kita semua. InshaaAllah~ So.. let's!
Kisah Seram Terkena Badi Mayat & Penyesalan Pemakai Susuk [TRUE STORY]
Ditulis oleh: Jebat
Cerita apa yang aku nak cerita pada korang ya malam ni? Penyesalan pemakai susuk atau terkena badi mayat.
Retweet untuk pemakai susuk dan likes for terkena badi mayat. Tutup undian pukul 11. Cerita bermula jam 12 malam.
#BilaLampuTerpadamDenganSendiri #seramshit #penjualmadusidr
Kisah Seram Terkena Badi Mayat & Penyesalan Pemakai Susuk [TRUE STORY] |
Bismillahirrahmanirrahim. Maaf diatas kelewatan. Khilaf aku yang tidak pandai menguruskan waktu.
Kisah bermula dari sekarang. Dan apa yang aku sampaikan ini janganlah kalian takut kerana tiada ada satu kuasa yang dapat melakukan apa-apa terhadap kita. Seperti biasa segala nama di dalam ini telah aku ubah dan diatas permintaan aku ubah sedikit story untuk aku gabungkan kedua-dua kisah.
Kepada yang lemah semangat diharap kalian membaca ayatul kursi terlebih dahulu sebelum membaca kisah ini. Semoga feelnya sampai pada kalian.
Ayat kursi |
Pesakit: huda; isteri kepada yunus yang kerjanya membawa van jenazah. Salah seorang kenalan aku sendiri.
Memang tak dinafikan huda dari zaman sekolah lagi memang orang yang rajin berlawa. Tapi siapa sangka disebalik kecantikkan diri dia. Tersembunyi susuk-susuk yang ditanam diseluruh badan dan muka dia.
Perihal susuk tiada seorang pun yang ketahui. Termasuk suaminya sendiri (yunus). Huda bukanlah seorang yang jahat budinya cuma dia begitu taksub untuk menjadi yang paling cantik di kg tu.
Malang seribu kali malang. Wajah yang cantik tidak kekal lama. Satu persatu tembelang huda bakal pecah dek kerana satu insiden yang menimpa yunus tatkala menghantar jenazah seorang wanita mengandung yang mati dibunuh.
Yunus secara tak sengaja melihat wajah si mati. "Cantik juga ya arwah ni imam. Kesian dia muda-muda lagi dah pergi ya imam". "Huish kamu ni yunus bercakap orang tak ada imam je lagak kamu ni" istighfar panjang pak imam tu dengan gelagat yunus.
"Ala mam. Saya cakap je bukan nya ada maksud apa-apa. Tapi betul la mam dah la cantik masih melekat lagi bau wangi dia ni". Yunus menambah-nambah lagi. Padahal bukan kali pertama dia menghantar jenazah.
Maksudnya bukan dia tidak tau pantang larang untuk menghantar jenazah-jenazah ni. Tapi bagaikan ada yang merasuk dirinya untuk terus menerus memuji jenazah tu.
Dipendekkan cerita (selesai sudah pengembumian jenazah wanita yang mati dibunuh). Sedang elok yunus cuci van jenazah. Yunus terpandang ada dua kain batik lepas yang menutup jenazah tadi.
"Tak dapat orang nya. Dapat bau pun jadi lah". Yunus nekad nak simpan kain batik lepas yang diguna pakai untuk tutup jenazah.
Sampai je dirumah, huda menyambut kepulangan suaminya. Tapi siapa di sebelah suaminya. Huda nampak seperti ada orang yang disamping yunus.
"Assalamualaikum. Awak dah kenapa ni tercegat dekat pintu ni? Dah buang tabiat nak mampus ke apa?" Bentak yunus.
"Bang.. siapa dalam van abang tu bang? Abang ada bagi tumpang kawan abang ke? Kenapa tak panggil masuk?" Balas huda.
"Kamu jangan nak merepek da. Mana ada abang tumpangkan orang. Ni baru balik cuci van ni tadi" sambil pusing melihat ke arah van... nasib dia baik tak ada apa. "dah jangan nak merepek abang nak mandi ni". Yunus tak mengendahkan pertanyaan isteri dia.
Kisah Seram Terkena Badi Mayat & Penyesalan Pemakai Susuk [TRUE STORY] |
Lupa terus yunus tentang kain batik dalam van tadi.
Jauh dari rumah, huda masih lagi nampak kelibat di dalam van. "Imaginasi aku kut, lantak la apa nak jadi." Bisik hati huda.
Malam itu di dalam tidur yunus bermimpi ada perempuan yang menangis tutup muka. Menangis yang teresak-esak. Entah macam mana yunus boleh tanya kenapa ni nangis sorang-sorang ni...
"Kau tanya aku kenapa aku nangis? Hihihi gara-gara kau lah aku nangis..hihihi. kau ambil aku dan sekarang kau tinggalkan aku sorang-sorang dalam van buruk kau ni hihihiihihihi"
Kisah Seram Terkena Badi Mayat & Penyesalan Pemakai Susuk [TRUE STORY] |
Tersentak yunus dari tidur. Kebetulan huda tengah tidur sambil pakai bedak sejuk dekat muka. Bertambah la terkejut si yunus sampai melompat jatuh dari katil.
"Abang dah kenapa ni? Tu la balik terus tidur. Kan dah mimpi bukan bukan"
Dengar suara huda. Hilang gemuruh si yunus. "Dah tenang ke sayang? Hihihihi yakin sangat yang aku ni bini kau ke hihihihihi". Rupanya yunus mimpi dalam mimpi. Kali ni yunus menjerit sekuat hati.
"Pangggg" melekat tangan huda tampo yunus.
"Abang dah kenapa ni. Pagi-pagi buta menjerit-jerit ni. Dah bangun pergi mandi tadi pak imam suruh parking van dekat masjid. Katanya kena ambil jenazah dekat changkat jering". Rupanya hari dah siang. Dah lama rupanya si yunus ni tidur.
Siap mandi-mandi lepas makan yunus pandu van jenazah pergi ke masjid. Dalam hati terbuku sebuah kerisauan berkenaan mimpi yang dialaminya.
Yang paling best si yunus ni lupa terus pasal kain batik dalam van dia.
Jam baru 9.30 pagi imam suruh yunus ambil jenazah di changkat jering untuk disolat dan dikembumikan selepas zohor. Perjalanan yunus berjalan lancar sampai la malam.
Yunus kena ambil jenazah dari hospital raja pemaisuri Bainun ipoh. Dalam perjalanan ke sana. Lalu dikawasan-kawasan kampung tiba-tiba seorang perempuan menahan van yunus.
Bendul punya yunus dia berhenti van dia. Elok je berhenti perempuan tadi berubah rupa. Muka sama macam jenazah yang dia bawa semalam. Malang bagi yunus lampu van yang sedia terpasang terpadam dengan sendiri. Enjin yang hidup semuanya terpadam. Yunus tutup muka dia dengan tangan.
"Kenapa tutup-tutup muka ni. Bukan ke kau sayang dekat aku. Hihihihi. Kau kata aku cantik kan? Ni tengok anak aku pula cantik tak? Hihihihihii"
"Banggg dah nape berhenti kat hutan ni bang? Van rosak ke bang" yunus kena sapa dengan orang.
"Jangan ganggu aku.. jangan jangan ganggu aku. Aku tak kenal pun kau siapa. Pergi! Jangan ganggu aku lagi" jerit yunus.
"Astaghfirullah. Bang dah kenapa ni bang berhenti tengah jalan. Block laluan orang nak lalu ni bang. Kalau mengantuk ke apa berhenti tepi bang..."
Dah ditempik macam tu barulah si yunus ni berani angkat kepala dia. Yang dilihat ketika itu makhluk yang tidak ada kepala hanya badan yang ada. Jadi dari mana suara yang dia dengar?
Dari bahagian tempat jenazah (seat belakang).
Disitu dia nampak ada kepala yang mata kedua-dua belah dah tiada. Yang tinggal hanya ulat-ulat yang keluar dari hidung dan telinga. Yunus pengsan.
Malam itu segala deringan hp tidak dapat membangunkan yunus dari pengsan nya. Sehinggalah keesokkan harinya orang yang melalui kawasan itu nampak van jenazah yang tersadai ditepi jalan. Orang itulah yang menghubungi masjid tempat yunus bekerja. Dan nasib baik pak imam dan siak datang.
Korang mesti tanya mana part aku kan? Ketika ini la pak imam dan siak bawa yunus balik ke rumah yunus. Sampai je dekat rumah huda call aku.
"Jebat kat mana tu ya? Boleh datang rumah aku tak? Aku rasa laki aku kena tegur la"
Aku yang time ni kebetulan memang free. Aku ajak la adik-adik yang belajar rawatan dengan aku time tu. Ajak teman menyembang dalam kereta. Dan boleh mereka belajar sesuatu.
Sampai je dekat rumah huda. Aku rasa aura yang berbeza.. seperti ada aura jahat yang memenuhi kawasan rumah yunus & huda. Ibarat setan-setan buat perjumpaan pula di situ.
Selepas aku bagi salam je. Badan aku jadi miang semiang-miangnya. Macam kena miang buloh. Dan dada aku jadi sesak susah nak bernafas.
"Bismillah. Aku berlindung dengan nama ALLAH dari kejahatan dan tipu daya iblis dan syaitan"
====
Aku minta izin untuk solat dua rakaat jap. Aku rasa badan tak sedap ni. Harap korang sabar ya.
===
Dengar cerita ada yang lampu bilik menyala dan terpadam dengan sendiri. Hihi #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Aku yang tengok si yunus terbaring tidak ubah seperti mayat yang bernyawa. Hanya mata yang liar. Mulut terkunci. Langsung tidak boleh bergerak hanya dada yang bergerak2 gerak menunjukkan dirinya masih boleh bernafas.
"Dah berapa lama dah macam ni huda?"
"Tadi pak imam dengan siak yang hantar abang kat sini. Tadi langsung tak buka mata. Macam mayat pun ada. Tapi bila kau datang ni jebat. Terus mata dia terbeliak macam sekarang ni. Tolong yunus ya jebat."
In sha ALLAH.
Allahuma solli ala Saidina Muhammad. Baru je sampai situ. Aku dengar berkekek-kekek suara orang gelak di luar rumah yunus. (Dari arah van jenazah)
"Dua orang pergi tengok dekat area van jenazah tu. Kalau ada tenaga negatif di situ maklum pada abang", perintah aku selaku perawat.
Macam ada benda terlekat tak nak melepaskan yunus. Seperti yunus ada berbuat salah. "Hmm ni bahana diri sendiri ni. Tak ada penyakit cari penyakit. Huda kau ambil garam semangkuk. Satu baldi air. Sini juga aku mandikan laki kau"
Jirus air yang pertama tangan yunus sahaja yang boleh bergerak. Yunus menunjuk ke arah van jenazah dia. Macam la aku paham bahasa isyarat dia.. haha (sorry bro kalau ko baca).
Aku suruh si huda pass kunci van dekat adik-adik aku kat luar.
Buka je pintu van bau busuk terus menusuk hidung siapa-siapa yang berdekatan dengan van tersebut. Bau kapur barus tidak mampu menghilangkan bau bangkai.
Aku suruh adik-adik aku check ada benda pelik tak dalam van tu yang best nya dorang kata tak ada apa apa. Nampak nya aku juga la yang kena setelkan jap lagi.
Semua aku panggil masuk kembali. Kali ni aku jirus sampai habis air satu baldi.
Aku letak tangan di kepala yunus. Dan bermula la sesi ruqyah.. habis ruqyah aku tekan sekuat-kuat hati di latifah betul-betul bawah pusat yunus. Sambung kaf 40. Barulah yunus kembali normal. Dia peluk aku.
"Terima kasih sahabat kau datang tolong aku. Aku nampak semua nya tapi aku tak mampu untuk bercakap apa. Aku dah buat salah ni sahabat. Aku ada bawa balik barang orang meninggal. Itu yang aku tunjuk-tunjuk ke arah van aku", ujar yunus.
Kali ini aku tak suruh adik-adik aku pergi ke van. aku sendiri yang pergi tengok apa yang ada. Elok je aku nampak kain batik berlipat di tempat duduk belakang (bahagian jenazah).
Dan elok aku nampak ada pocong dekat bahagian luar van (aku nampak dari dalam).
Kisah Seram Terkena Badi Mayat & Penyesalan Pemakai Susuk [TRUE STORY] |
"Ni punca dia ke atau ni sekadar kebetulan. Apa sahaja yang datang hari ni aku layan. Semoga ada hikmah disebalik apa yang terjadi". Getus aku dalam hati.
Sebab aku rasa seperti ada benda yang bercampur aduk dalam kes ni.
Seperti bukan sekadar badi tetapi ada tenaga negatif yang sangat kuat menarik benda-benda ni datang bertandang di rumah yunus dan huda. Aku ambil kain batik lepas yang dalam van. Aku letak dalam baldi air yang aku mandi kan si yunus. Jangan tanya ya macam mana aku mandikan yunus tadi. Habis banjir rumah yunus aku kerjakan.
Baru je aku nak masuk ke dalam rumah angin busuk masuk ke rumah yunus lalu di belakang aku.
Tapi bukan pada yunus angin hitam tu pergi. Kepada huda. Jadi bingung sekejap aku ni dah kenapa pula pergi dekat huda. Yunus buat hal huda pula yang kena. Kali ni aku rasa macam akan lama sesi rawatan sesi rawatan ni.
Bupp jatuh terbaring si huda. Dah memang kali ni kena rawat si huda ni. Baru aja aku nak pergi ke arah huda. "Bunuh aku, bunuh aku. Jangan siksa aku macam ni. Aku tak salah dalam hal ni" suara jin betina dari tubuh huda.
Suara sahaja yang kedengaran. Mulut huda tak terbuka pun wei. Kau rasa aku time tu nak kagum ke apa ni. Ni dah macam buat show wei. Suara tanpa buka mulut.
"Yunus, apa cerita ni? Ada apa-apa yg aku tak tau ke ni"
"Aku pun tak tau bro. Ni setan mana pula ni bro. Tolong aku bro pulih kan isteri aku. Aku sayang dia bro". Yunus pegang bahu aku.
"Ye aku tolong tapi apa apa pun aku minta izin kau dulu nak rawat bini kau. kau kena tengok dan jangan pergi mana-mana". Aku takut fitnah nanti.
Bismillahi masya Allah.
"Permudahkanlah urusan aku ya ALLAH. Jangan kau sulitkan lagi urusan ini. Berilah petunjuk mu terhadap apa masalah ini." Amin ya mujib.
Habis doa. Aku start ruqyah. (Bersarung tangan ya) aku letakkan dan tekan jari terlunjuk aku di kiri kanan belakang telinga huda.
Menjerit melolong si huda. Seperti aku letak bara api dekat belakang telinga dia (kata dia selepas tu ya).
Innahu min sulaiman.
Aku gabungkan dengan lam jalallah. Dan aku tarik segala bagai barang dalam tubuh huda. Adik-adik aku suruh bantu dengan menolak (menggunakan makrifat) dari bahagian atas kepala sehingga ke hujung kaki.
Menjerit jerit si huda. Sesekali aku tengok ke arah yunus. Wajah sugul yunus jelas menunjukkan kebimbangan dia terhadap isterinya.
"Yunus aku harap lepas ni apa pun huda cakap kau maafkan dia ya"
"Kau pun ada salahnya yunus jangan pindahkan kesalahan kau pada huda pula nanti. Aku nasihatkan sebab kau sahabat aku". terpinga-pinga yunus dengar apa yang aku sampaikan.
"Aku rasa ada permainan susuk yang diamalkan huda. Jadi aku harap kau pimpin la huda elok-elok"
Bertambah bingung yunus. Tatkala aku dah nak habiskan rawatan. Waktu ini lampu di rumah yunus terpadam sendiri.
- serius wei aircond aku tetiba keluar bunyi scary. Memang nice menulis 3.50 pagi ni.
"Kalau kau tak sanggup nak pimpin dia yunus aku minta kau panggil orang lain rawat dia. Aku tak nak tengok kau lepas tangan macam ni. Dan aku tak nak tengok orang yang membiarkan sahaja isterinya dalam kesesatan"
"Tolong aku bro. Aku bingung ni. Aku tak tau nak buat apa. Dan aku tak sangka semua ni jadi macam ni. Mungkin ini petunjuk yang Allah nak tunjuk pada aku. Untuk aku pimpin sebenar-benar pimpin bini aku"
"Kalau kau cakap macam tu aku ikhtiar hancur reput semua ilmu yg isteri kau pakai. Dan akan ada effect pada huda. dia pun sedang melawan ni nus. Kalau hati dia tak lawan pujuk rayu syaitan tidak semudah ini rawatan aku bro. Dan in sha ALLAH. ALLAH bersama kita"
Waktu ni paling mencabar berlaku sedikit perubahan pada wajah huda. Yang selama ini aku perasan tapi tak la aku cakap tak nak kecilkan hati membe. Wajah huda luka dengan jarum-jarum yang keluar dari kulit muka huda.
Jarum-jarum tu aku campak dalam baldi yang berisi kain batik tu. Dan selepas selesai aku pass madu dekat yunus. Nus bini kau ni letih dengan kau pun letih aku rasa baik kau bawa huda balik rumah orang tua kau. (Kg yunus dekat je dengan rumah yunus. So dia balik je la ke rumah bapak dia).
Madu ni nus untuk pulihkan tenaga kau dengan isteri kau. Jangan pula kau bagi bini kau je yang makan. Aku nak tengok korang bahagia. Dan nus apa yang kau buat sendiri salah. Kau bawa balik barang yang kotor. Tak salah kau bawa balik sekurangnya cuci la dulu.
Jin amat penuh dengan tipu daya. Ramai yang beranggapan badi mayat berasal dari orang mati yang tak tenteram la apa la. Tapi sebenarnya khilaf yang pesakit buat dia tak perasan.
"Ye la tu bro. Aku pun ralit sangat plus terover waktu uruskan jenazah orang kena bunuh. Dah tu aku bawa balik pulak kain tutup jenazah dia. Salah aku ni bro"
"Sekarang bahagian huda. Jangan kau salahkan dia 100% dia tersilap langkah. Kau sebagai suami dia. Sepatutnya kau lebih memahami diri dia. Bimbinglah dia. Terima dia seadanya. Jika kau nak isteri kau cantik banyakkan berbelanja dia" bisik aku pada yunus.
"Kalau kau besar-besar kan perkara ini kau juga yang dapat malu yunus jadi lebih baik kau senyap dan redha dengan apa yang berlaku". Bertubi-tubi aku bebel dekat yunus. "Dan sekarang aku nak tanya kau nak lagi ke tidak kain ni ke tak taubat-taubat lagi?"
"Kau uruskan la jebat. Aku trauma dah ni. Kau selesaikan. Apa apa pun aku berterima kasih dekat kau ni sanggup datang jauh jauh untuk aku"
"Jangan berterima kasih pada aku yang sembuhkan kau pulihkan kau tu ALLAH perbaiki pegangan kau tu yunus!" Tinggi dah nada aku time ni.
Bukan apa aku tak nak orang ni terlalu taksub dengan perawat la bomoh la. Yang sakti itu ALLAH. Bukan nya manusia.
Tengah elok-elok aku bersembang dengan yunus aku dengar suara perempuan mengilai. Dah sudah apa benda pula kali ni. Ke ada yang aku terlepas pandang?
Masuk je dalam rupanya adik-adik (budak yang belajar rawatan dengan aku) aku tengah tengok video rawatan budak kerasukkan pontianak.
Kus semangat wei. Mana tak nya. Buat rawatan ni bukan sekadar letih kan fizikal kita tetapi penat mental nak melayan lakonan jin.
Ni aku bekalkan korang amalan seandainya korang nampak kelibat ke korang nampak pocong ke.
First jangan sekali kamu TAKUT.
Yang kedua tarik nafas sepanjang-panjangnyanya dan baca syahadah dalam hati. Alirkan syahadah tu ke seluruh anggota kita.
A'udzu bikalimatillahit tamathi syarrima kholaq. (maksudnya: aku berlindung diri dengan firman-firman ALLAH yang sempurna dari kejahatan makhluk). Dibaca 7 kali dan ditiup dikeliling kita.
Ok aku ajarkan sahaja. Bukan apa tak nak korang tersampuk ke apa kat luar sana.
Jadi ini adalah bonus.
Duhai cuci cicit Nabi Adam a.s ingatlah kamu alam ghaib itu adalah benar. Jin itu wujud dan kamu tidak mampu melihatnya dengan mata kasar kamu.
Janganlah kamu berlaku syirik dan kufur pada ALLAH dengan bergantung pada kekuasaan kelebihan jin.
Akhir kalam.
Ùˆَلا تَÙ„ْبِسُوا الْØَÙ‚َّ بِالْبَاطِÙ„ِ ÙˆَتَÙƒْتُÙ…ُوا الْØَÙ‚َّ ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ْ تَعْÙ„َÙ…ُونَ
“Dan janganlah kamu mencampurkan antara haq dan batil, dan kamu menyembunyikan yang hak itu padahal kamu tahu.” (QS. Al Baqarah (2): 42)
Aku nak promote sikit madu aku. Aku nak penuhkan order sementara hari isnin ni aku pergi hantar dekat pejabat pos. Kalau korang nak selit selit order boleh la aku pos sekali. Or cod dekat area area lembah klang/damansara/sg buloh.
Madu asli |
Aku selalu sangat promote madu bukan apa. Korang korang yang selalu sangat bocor kena sihir tu. Sekurang-kurangnya pemakanan-pemakanan sunnah ni dapat mengurangkan kesan sihir pada korang. Nak order haa tekan link ni terus berhubung dengan agent wasap.my/60176846517
3 Comments
seram pula bila baca ni
ReplyDeleteseram sejuk baca...
ReplyDeletenasib baik ada gambar madu untuk menenangkan fikiran dan perasaan
seram jugak cerita ni..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p