Walau paling menyakitkan hati
tapi dia sentiasa hadir dalam hidupku
Walau aku tidak mahu
tapi dia sentiasa datang dekat
Apa aku nak buat?
Paling suka mempermainkan hatiku
Sekejap buat aku gembira
Sekejap buat aku tak tentu hala
Sekejap buat aku hilang sabar
Sekejap buat aku sakit hati
Malam malam buat aku tidur tak lena
Suka buat aku penasaran
Suka cari pasal dengan aku
Suka cari gaduh dengan aku
Suka menyeksa diriku
Bila aku datang dekat, dia pergi
Melarikan diri
Meninggalkan aku keseorangan
Terkapai kapai
Bila dia datang dekat, aku tak boleh duduk diam
Aku cuba buat tak endah, tapi dia tetap ada
Tak berputus asa
Tidak pernah jemu
Tetap berusaha
Hoi nyamuk!
Lebih baik kau pergi sebelum aku bunuh kau.
Sebab kau lah, aku garu garu sampai berdarah tahu tak?
Lepastu jadi parut, tak lawa dah kulit den.
GRRRR!
p/s: puisi ini khas ditujukan buat nyamuk. harap lah dia baca #haha #lawakhambar
1 Comments
asbab nyamuk ada peribahasa cakap nyamuk seekor habis kelambu di bakar. geram betul dengan nyamukan haha
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p