DOA ARAFAH | DOA PADA HARI ARAFAH - sayidahnapisahdotcom DOA ARAFAH | DOA PADA HARI ARAFAH
LightBlog

DOA ARAFAH | DOA PADA HARI ARAFAH

DOA ARAFAH | Seperti yang kita semua tahu, hari ini 21 Ogos 2018 bersamaan 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah; hari di mana para haji dan hajah melakukan wukuf di Arafah. Dan mengapakah kita digalakkan berdoa pada hari Arafah? Apakah kepentingan doa arafah?


"Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah"
-Hadis diriwayatkan oleh Malik-

"Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, Lailaha illallah wahdahula syarikalah lahulmulku wa lahulhamd wa huwa 'ala kulli syai in qadir (bermaksud: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)".
-Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi-
DOA ARAFAH
DOA ARAFAH

DOA ARAFAH


Sebenarnya tiada doa arafah yang khusus atau tetap (fixed). Tiada doa arafah yang kita wajib ikut atau baca. Kita boleh doa apa sahaja yang kita nak doa pada hari Arafah today. Tapi doa yang baik baik sahaja ye. Jangan doa untuk kejahatan dan keburukan orang lain pula.

Waktu afdhal berdoa di Malaysia adalah pada jam 8.48pm - 11.30pm. Tapi boleh je doa bila bila masa pada hari ini. Doa lah sebanyak mana. Jangan putus berdoa. InshaaAllah ..moga doa kita semua dimakbulkan amin.

Di bawah ini adalah cadangan doa-doa yang bagi saya sangat best! Indah dan menusuk kalbu.

1. Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan Rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi Rahmat-Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash-Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada-Mu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keEsaan-Mu, kehebatan-Mu dan kekuasaan-Mu.

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk-Mu dan Nabi-Mu SAW.

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki-Mu.

15. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan-Mu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada-Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Ya Allah, selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud pada-Mu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu Ya Allah.

25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh-Mu.

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN~


Post a Comment

6 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p