Bolehkah wanita haid masuk masjid? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Seringkali kita; kaum Hawa; tertanya-tanya.. adakah dibenarkan wanita haid masuk masjid dan duduk di dalamnya? Bolehkah perempuan yang sedang haid stay di dalam masjid ketika menunggu member yang sedang solat? Bolehkah wanita yang belum suci dari darah haid masuk ke dalam masjid dengan tujuan untuk menuntut ilmu (dengar ceramah) atau menghadiri program/kursus?
Pada sesiapa yang masih keliru atau was was boleh ke tidak masuk masjid ketika sedang uzur (haid).. lets find out what the answer is! Moga bermanfaat untuk semuaa.
p/s: baca hingga akhir ye. kerana ada dua pendapat yang berbeza (khilaf).
p/s: baca hingga akhir ye. kerana ada dua pendapat yang berbeza (khilaf).
Bolehkah wanita haid masuk masjid? Bolehkah perempuan haid duduk di dalam masjid?
Sumber: Laman Web Mufti Negeri Selangor (Wilayah)
Bolehkah wanita haid masuk masjid? |
LAWATAN KE MASJID KETIKA HAID
Soalan: Saya ada kemusykilan tentang hukum wanita yang sedang haid memasuki masjid untuk tujuan lawatan dan ziarah. Adakah dibolehkan?
Jawapan:
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 30 Ogos 2001 telah membuat keputusan bahawa:
1. Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata. Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.
Oleh itu, wanita yang sedang haid tidak boleh memasuki masjid melainkan lalu sahaja untuk tujuan lawatan. wallahu
Bolehkah wanita haid masuk masjid? |
WANITA HAID DI DEWAN SOLAT
Soalan: Bolehkah seseorang wanita yang masih berada dalam haid memasuki dewan solat untuk menyertai Program Camp Solat yang diadakan di situ?
Jawapan:
Berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. (Surah an-Nisa’: 43).
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-49, yang bersidang pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada atau duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan. Perempuan haid hanya boleh berada di luar kawasan solat utama atau di beranda masjid sahaja untuk menyertai program Camp Solat. wallahu.
Bolehkah wanita haid masuk masjid? |
Wanita haid bolehkah masuk ke masjid? - jawapan dari Ustazah Fatimah Syarha
Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.
Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini, beliau menjawab wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha'.
Namun beliau berkata lagi, "Ternyata saya telah membuat mereka berada dalam kesempitan dalam masalah yang sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan."
Beliau mengkaji nash-nash sahih, kuat dan jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yang tidak menghalalkan wanita haid dan junub masuk masjid itu penuh dengan sanad-sanad lemah dan tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum.
Kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yang mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.
Saya dan jutaan muslimah serata dunia berbahagia memilih kemudahan ini. Jika ada di kalangan kalian yang tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama-sama berlapang dada. Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dengan hina-menghina.
Tiada khilaf bagi orang yang belajar atau mengajar fiqah berpandukan pendapat-pendapat lama semata-mata. Iaitu berpandukan pendapat imam yang empat sahaja. Ada khilaf bagi orang yang belajar dan mengajar fiqah dengan cara menghargai pendapat lama dan meraikan pendapat baru/kontemporari.
Firman Allah SWT: "Allah mahukan kemudahan bagimu, Allah tidak mahukan kesukaran bagimu." Terpulanglah atas pilihan masing-masing.
Ada 'isu' terdahulu yang memerlukan 'ijtihad' hari ini dalam banyak perkara...Segala hasil ijtihad dan fatwa terdahulu sentiasa dinilai tinggi sebagai pandangan fiqah yang mempunyai nilai ketepatan. Namun begitu, ada realisasi sebilangan, bukan semua, hasil ijtihad dan fatwa lama yang kurang praktikal pada hari ini kerana jurang zaman.
Contohnya, fatwa yang menyebut hujan sebagai sebab tidak wajib menghadirkan diri bersolat jumaat merupakan fatwa yang tepat pada zaman dahulu dan sangat dihormati. Namun, untuk merealisasikan fatwa itu di Malaysia pada hari ini, ia boleh menimbulkan persoalan kerana orang sekarang mempunyai kenderaan bertutup, payung dan sebagainya.
Dalam surah an-Nisaa' ayat empat puluh tiga hanya menyebut berkaitan orang mabuk dan orang junub tidak boleh menghampiri masjid kecuali sekadar lalu. ia tidak menyebut tentang wanita haid.
Rungkaikan keliru.. Inilah keindahan perbezaan pendapat. Setiap ulama mentafsirkan dan menkiaskannya secara unik mengikut kadar pemikiran yang berbeza-beza. sebab itulah Islam mengiktiraf semua perbezaan pendapat dalam masalah fiqah selagi ada hujah masih dalam daerah pahala.
Ulama yang berpendapat wanita haid tak boleh masuk masjid boleh jadi bersandarkan 'kias' ini...sama-sama hadas besar. Mereka juga bersandarkan hadis yang menyebut, "Tidak dihalakan wanita haid dan orang junub menghampiri masjid." Telah dinyatakan bahawa hadis ini statusnya lemah dan tak boleh dijadikan sumber hukum.
Manakala ulama yang berpendapat wanita haid boleh masuk masjid boleh jadi tidak menerima kias sebegini. Sebabnya, sirah menunjukkan wanita sejak zaman Nabi ada yang tinggal dalam masjid. Direkodkan oleh Aisyah dalam hadis sahih Bukhari bahawa ada wanita yang hitam legam selepas masuk Islam memiliki rumah kecil dalam masjid. Begitu juga Rasulullah tidak menegah Aisyah daripada memasuki masjid ketika beliau sedang haid.
BACA JUGA:
Macam Mana Nak Tahu Wanita Suci Dari Darah Haid? Ini Caranya...
Adakah Darah itu Najis? Macam Mana Jika Darah Luka Keluar Semasa Solat?
Bolehkah isteri yang masih belum mandi hasa besar bersetubuh dengan suami?
BACA JUGA:
Macam Mana Nak Tahu Wanita Suci Dari Darah Haid? Ini Caranya...
Adakah Darah itu Najis? Macam Mana Jika Darah Luka Keluar Semasa Solat?
Bolehkah isteri yang masih belum mandi hasa besar bersetubuh dengan suami?
3 Comments
terima kasih sharing. persoalan ni memang kadang menghantui orang perempuan :)
ReplyDeleteterima kasih berkongsi, pencerahan yang bagus
ReplyDeleteGood sharing :)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p