Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza', cabut uban, warnakan, potong sendiri - sayidahnapisahdotcom Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza', cabut uban, warnakan, potong sendiri
LightBlog

Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza', cabut uban, warnakan, potong sendiri

Hukum Tentang Rambut dalam Islam | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pagi tadi pak sedara saya, Pakchu, yang juga seorang Ustaz dan pengetua sekolah tahfiz; ada beri sedikit tazkirah mengenai 'hukum tentang RAMBUT'. Yeahh our hair~

Haa ingatkan pasal rambut tak banyak sangat hukum rupanyaaa.. berderet! Hahaha. Tu belum kira para wanita yang memakai tudung tapi sanggul tinggi dan besaq bak hang kan? Rasa macam nak request kat Pakchu untuk cerita hukum bab pemakaian hijab perempuan pula hee walaupun saya pun takde lah 'alim' sangat dalam menutup aurat. But.. selagi masih hidup, selagi tu lah ruang untuk memperbaiki diri tu masih terbuka kan? InshaaAllah~

Pehal tiba tiba masuk ruangan muhasabah diri ni Sayidah uitt haha. Okay back to the topic.

Persoalan atau kemusykilan yang kita biasa dengar bab bab rambut sepanjang zaman ni.. kena tanam atau tidak rambut selepas potong, boleh ke dye/ warna kan rambut hitam, lelaki boleh ke potong style rambut Qaza', tentang cukur rambut ketika haji/ tahalul, boleh ke sambung rambut dengan rambut palsu.

Okay jom kita ketahui jawapannya!


16 Hukum Tentang Rambut dalam Islam- cukur, potong, mewarnakan, stail fesyen terkini


TAZKIRAH PAGI NIE
Oleh: Ustazdin

Kenapa gunting rambut sendri hukumnya makruh??

Terima kasih yang bertanya.. asbab daripada pertanyaan tu terfikir nak tazkirah tentang RAMBUT.

1. Makruh menurut pendapat sebahagian ulama jika kita potong rambut sendiri.. dibimbangi tercedera

2. Makruh, hukumnya kalau cabut uban

3. Haram potong sebahagian rambut dan sebahagian lagi dibiarkan tanpa dipotong.. seperti fesyen qaza' zaman sekarang .. (siap ada ekor lagi ciss)
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza', cabut uban, warnakan, potong sendiri
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza' adalah HARAM!
Sedikit info tambahan bab hukum fesyen rambut yang dilarang dalam Islam - Qoza' / Qaza menurut Mufti Wilayah Persekutuan:


MENCUKUR SEBAHAGIAN RAMBUT DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN LAIN


SOALAN:
Assalamualaikum wbt, Tuan Mufti stail rambut ini haram kah?
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza', cabut uban, warnakan, potong sendiri
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza' adalah HARAM
JAWAPAN:

Waalaikumusalam wbt,

Kami cenderung bahawa perbuatan ini termasuk dalam makna qaza` yang dilarang Syarak secara makruh.

Daripada Ibn Umar R.anhuma:

Ø£َÙ†َّ رَسُولَ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ù†َÙ‡َÙ‰ عَÙ†ِ القَزَعِ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang melakukan al-qaza’.

Hadis riwayat Imam Bukhari (5921) dalam Sahih-nya dan Imam Imam Muslim (2120) dalam Sahih-nya

Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (14/100) menyatakan bahawa qaza’ itu bererti mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak. Sebahagian ulama mengatakan qaza’ itu mencukur bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah. Yang sahih, ialah pendapat pertama berdasarkan penafsiran rawi.

Telah ijmak ulama atas hukum makruh tanzih melakukan qaza’ pada bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah kecuali bagi tujuan perubatan (berbekam dan lain lain).

Larangan ini termasuk ke atas lelaki dan wanita dan hikmahnya dikatakan ialah kerana memburukkan ciptaan, melambangkan kebodohan, dan menyerupai fesyen agama Yahudi.

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang bayi dicukur sebahagian rambutnya dan dibiarkan bahagian lain. Baginda SAW menegah perbuatan itu dan bersabda:

احْÙ„ِÙ‚ُوهُ ÙƒُÙ„َّÙ‡ُ، Ø£َÙˆِ اتْرُÙƒُوهُ ÙƒُÙ„َّÙ‡ُ

Maksudnya: Cukurlah semuanya, atau tinggalkan semuanya.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (4195) dalam Sunan-nya. Wallahua’lam.
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza', cabut uban, warnakan, potong sendiri
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza'  HARAM! (style rambut qoza')
4. Sunat cukur rambut 'baby'. Time nya!.. selepas haiwan aqiqahnya disembelih.

5. (saya kurang pasti hukum ini - samaada haram/ makruh).. Iaitu mereka yang mewarnakan rambut dengan warna putih atau warna hitam.

6. Sunat dibelah dua ketika kita sikat rambut - belah bahagi tengah-tengah kepala, sunnah nabi.

7. Sunat gondol kepala bagi lelaki semasa bertahalul.. untuk orang pompuan makruh hukumnya.. taw ker apa itu 'gondol'?

8. (yang ni pun saya kurang pasti hukumnya.. tak silap hukumnya sunat).. Iaitu sembelih haiwan dam dahulu, sebelum tahalul.

9. Haram menyambung rambut. Hukum tanam rambut? maaf! saya tak pasti hal itu.

10. Makruh berdandan rambut secara keterlaluan .. ni ada hadis.

11. Sunat mualaf yang baru masuk islam cukur semua rerambutnya (khas untuk mualaf lelaki je)

12. Sunat orang lelaki yang melaksanakan korban bercukur rambut. Masanya selepas haiwan korban disembelih.

13. Haram orang yang ber-ihram gugurkan rambutnya (dah laa haram kena dam lagi).. kalau tak sengaja, dia kena fidyah sahaja.

14. Haram melihat rambut  kepunyaan yang bukan mahram, yang berlainan jantina, walaupun tengok rambut tu dalam tong sampah.

15. Haram dai rambut dengan benda bernajis atau bahan yang tak serap air

16. Sunat warnakan rambut / janggut yang beruban dengan colour kekuningan / kemerahan.

Fuhhh! Jenuh juga nak ngingat .. sampai 16 list.. Wallahualam.

Info tambahan dari Berita Harian:

HUKUM LELAKI DAN WANITA MEWARNAKAN RAMBUT


SOALAN: Suami menyuruh saya mewarnakan rambut dengan warna merah. Adakah berdosa perbuatan itu sedangkan ia dilakukan untuk memuaskan hati suami.
Hukum Tentang Rambut dalam Islam mewarnakan rambut
Hukum Tentang Rambut dalam Islam - mewarnakan rambut
JAWAPAN: Mewarnakan rambut dengan pewarna tertentu selain hitam adalah dibolehkan dalam Islam. Bahkan ia menjadi sunat jika dilakukan dengan warna inai. Perkara ini telah dibuktikan menerusi hadis Nabi yang begitu banyak menggalakkan sahabatnya menginai rambut mereka apabila usia meningkat.

Antaranya hadis diriwayatkan oleh Aisyah, Nabi SAW bersabda: "Ubahlah rambut yang beruban (dengan berinai), janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Nasrani (yang suka membiarkan rambut mereka putih)." (Sunan al-Nasaie)

Sabda Nabi SAW lagi: "Warnakanlah rambut kamu semua dengan inai. Sesungguhnya perbuatan itu akan menyebabkan kamu semua kelihatan lebih muda dan bergaya ketika hendak melangsungkan perkahwinan." (Riwayat al-Bukhari)

Periksa status halal

Dapatlah disimpulkan bahawa perbuatan mewarnakan rambut telah dibenarkan oleh Nabi SAW untuk umatnya sama ada lelaki ataupun wanita. Namun, perlu diingatkan pewarna rambut selain inai mestilah disahkan status halalnya terlebih dahulu.

Ia berikutan terdapat sesetengah pewarna rambut mengandungi bahan terlarang dan diharamkan oleh Islam. Adakalanya pewarna rambut berkenaan akan mengakibatkan air wuduk tidak sampai kepada rambut sedangkan ia rukun dalam wuduk.

Jika dua keadaan ini berlaku, maka hukum mewarnakan rambut dengan pewarna itu adalah haram. Justeru, penggunaan pewarna rambut daripada inai adalah yang terbaik memandangkan ia tidak mengandungi bahan meragukan.

Walau bagaimanapun, wanita perlu mengambil perhatian bahawa mewarnakan rambut tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat keizinan suami. Manakala bagi wanita yang belum berkahwin, keizinan mereka tertakluk kepada keizinan ibu bapa.

Mereka juga tidak boleh mempertontonkan rambut yang telah diwarnakan itu kepada lelaki yang bukan mahram kerana rambut wanita adalah aurat yang wajib ditutup daripada pandangan lelaki bukan mahram.


SOALAN: Bolehkah saya mewarnakan rambut supaya uban tidak kelihatan dan untuk nampak muda depan isteri.

JAWAPAN: Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada saudara kerana berjaya memelihara keharmonian rumah tangga dengan cara tidak bercanggah syarak. Mewarnakan rambut dengan inai adalah dibenarkan kerana terdapat dalil menyokong.

Sabda Nabi SAW kepada seorang sahabat yang datang berjumpa baginda dalam keadaan rambut dan janggutnya putih: "Tidakkah kamu seorang Muslim? Dia berkata: Ya. Maka warnai (rambut dan janggutmu dengan inai)." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: "Warnakan (rambut) dengan inai kerana ia akan menampakkan kamu kelihatan muda pada usia dan perkahwinan." (Riwayat al-Bukhari)

Dalil menunjukkan perbuatan mewarnakan rambut dengan warna tertentu seperti inai adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Islam. Syaratnya bahan pewarna itu halal.

Moga bermanfaat! Jangan lupa share pada orang ramai bagi semua tahu dan alert bab hukum hukum ni.

Daa~ wassalam! :)

Post a Comment

2 Comments

  1. nak try letak inai lah kat rambut mama yang beruban ni.. kalau buat rambut layer boleh tak? rambut tebal sgt laa

    ReplyDelete
  2. Hmm fesyen rambut macam tu macam trend pulak sekarang. Konon nampak cantikla buat ruper tu.. Bagus perkongsian KC ni, masih banyak lagi yang perlu dibelajar mengenai hukum ni.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p