Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza | versi akustik lagi merdu! - sayidahnapisahdotcom Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza | versi akustik lagi merdu!
LightBlog

Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza | versi akustik lagi merdu!

Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza | Siapa yang tak kenal penyanyi No.1 Malaysia (& penyanyi no.1 di hatiku juga hikhik) dan ibu jelita kepada Siti Aafiyah; Dato' Sri Siti Nurhaliza kan? Semua orang kenal dan respect beliau. Dan lagu anta permana beliau pun memang tengah famous amos trending. Sampai kat radio Ikim.fm pun ada mainkan juga tau! Ha?! Iyee tak percaya? Saya pun sebenarnya terkejut juga pagi tadi dengar lagu Anta Permana di channel Ikim.fm hahaha. Serius terkezut. Saya dah pelik apa kaitan lagu single terbaru Siti Nurhaliza ni dengan agama Islam? Islamik kah? Ada unsur ketuhanan kah? Tu yang saya check semula lirik lagu anta permana.
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza | versi akustik lagi merdu!
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza 
Oh, nak lebih 'afdhal', jom kita hayati maksud lirik lagu Anta Permana sambil tengok video Mak Iti nyanyikan Anta Permana versi akustik Gegar punya.

Seriusssssss lebih sedap lunak merdu berlemak berhantu dari yang versi asal (studio)!

Lirik dan Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza versi akustik


Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana kemana kan terbawa pergi
terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang dibawa pawana
iringi cintamu

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta anta permana

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti

Tajuk: Anta Permana
Artis: Siti Nurhaliza
Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
Pengarah: Rifaiee Omar
Produksi: Rio Films Sdn Bhd
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Ramai yang tanya apa maksud anta permana?
Apa itu anta permana?
Apa makna anta permana?

Dan ramai juga lah yang salah faham bahawa anta permana ni adalah bahasa Arab. Sebab ada word 'anta' kan. Tapi sebenarnya... bukannn.

Anta permana ni adalah perkataan Melayu klasik; yang bermaksud abadi, tidak terhingga.

Which means, dalam lirik tu.. maksud 'cinta anta permana' = cinta yang tidak terhingga/ cinta abadi.
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Back to the topic.. kenapa lagu ni boleh masuk dalam Radio Ikim dot fm? hmmm korang dah dapat jawapan setelah meneliti liriknya?

Kalau dipandang maksud lirik ni dari segi yang lain; dari sudut Islam.. mungkin it refer to Rasulullah S.A.W? Sebab ada word 'cinta yang sejati' dan 'kau tiada pengganti' plus 'sedangkan lidah tergigit jua, inikan pula CINTA MANUSIA'.

Atau boleh juga jadi ianya merujuk kepada pasangan suami/ isteri atau anak? Kan?

Tapi itu hanya pendapat saya saja. Cinta anta permana + cinta manusia (dalam Islam) probably means someone which is Nabi Muhammad, suami/isteri dan anak.

Apa pendapat korang pula? :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Belum hadam lagi la lagu ni hahaha...

    ReplyDelete
  2. Good sharing hehe. my fav song :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/mathaf-2018-star-avenue.html

    ReplyDelete
  3. klasik betul kan perkataan anta permana..apa lagi lah agaknya perkataan klasik mcm ni. indah sungguh

    ReplyDelete
  4. Suka lagu ni.Lagu ni membawa tafsiran mengikut situasi diri masing-masing.Bagi kak PC sebenarnya ianya boleh merangkumi banyak aspek.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p